Blog Member

Rabu, 4 Januari 2012

Nak roboh pasar tanpa terlebih dahulu berbincang dgn penduduk

DBKL diarah tangguh roboh pasar
oleh aqmar alladad
aqmar.alladad@kosmo.com.my
kosmo.com.my

PENIAGA mengadakan demonstrasi membantah cadangan merobohkan Pasar Besar TTDI baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah menangguhkan rancangan untuk merobohkan Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismali (TTDI) di sini yang akan dibangunkan dengan projek kondominium mewah.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, DBKL perlu mengambil kira pandangan penduduk dan penjaja di situ terlebih dahulu sebelum meneruskan projek berkenaan.

“Saya sendiri terkejut dengan pengumuman yang dilakukan oleh DBKL untuk merobohkan pasar itu tanpa pengetahuan pihak kementerian.

“Sepatutnya, DBKL berbincang terlebih dahulu dengan penduduk setempat serta penjaja di pasar itu sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Orientasi Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya di sini semalam.

Turut hadir Penasihat Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Datuk Seri Lim Huah Leong; Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Sentul, Nik Ramas Nik Wan dan Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Bangsar-Pudu, Ismail Musa.

Tiada ulasan:

Catat Komen

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...