Blog Member

Rabu, 11 Januari 2012

antara kerja gila dan kerja bodoh

gambar oleh Malaysiakini.com
berita penuh : malaysiakini.com / utusan.com.my

bila aku baca laporan nih....aku nk kata kerja gila pun tak tau...nak kata kerja bodoh pun entahlah....

kalau bom tu dibawa oleh peserta himpunan sebenarnya betul sbb semua yg hadir adalah sememangnya 'peserta himpunan'....bezanya cuma pada tujuan dan wakilan...ada yg hadir utk menjaga keselamatan iaitu polis, ada yg hadir utk mendapatkan berita iaitu wartawan, ada yg hadir utk memberi sokongan yg sudah tentu 'penyokong PR', malah ada yg hadir utk buat kacau iaitu selain dari yg disebutkan di atas termasuklah geng 'perkasa' dan lain2.... kesimpulannya, depa tu semua adalah PESERTA HIMPUNAN

tetapi, apabila berita ini diterbitkan....ianya dah tentu tak merujuk kpd lain-lain golongan melainkan ditujukan fahaman 'peserta himpunan' itu adalah penyokong2 PR....tuduhan ini mmg sesuatu yg kerja bodoh seterusnya dilakukan oleh akhbar yg sudah ketinggalam zaman.....

apakah penyokong PR ini bodoh, dungu atau bebal??? semua apa perkara yg berlaku ditudingkan kpd PR samada PAS, PKR dan DAP....adakah mereka selain penyokong PR yg menyertai himpunan itu maksum semuanya???

seluruh dunia tahu bahawa akan adanya perhimpunan pada hari itu....maka pelbagai kemungkinan boleh terjadi serta pelbagai pihak boleh melibatkan diri....tidak ada pendaftaran dibuat dan tidak ada sekatan dikenakan kpd yg hadir...sesiapa sahaja boleh baik samada mereka itu terdiri dari samseng, perompak dan penyamun sekalipun nk hadir....boleh hadir kerana tidak ada sesuatu halangan pendaftaran dibuat ke atas para peserta....

dan ternyata, puak2 pengacau yg kehadiran depa umpama 'hadir tak diundang, pergi tak disuruh' pun turut hadir dan membuat kacau....mungkin ini juga boleh diletakkan sebagai satu 'kemungkinan' perbuatan depa sbb depa yang kononnya nak berqiamullail ternyata bohong dan sebenarnya niat depa nak membuat kacau. satu kebodohan lah kalau peserta perhimpunan yg dimaksudkan adalah penyokong PR buat benda2 macam ni dan tidak ada satu kebaikan langsung kpd arah tuju perjuangan PR dalam kejadian ini....kalau dilakukan oleh penyokong PR, apa yg sebenarnya nak ditunjukkan???

melainkan aku rasa ini berkaitan dgn kebenaran yg diberikan oleh polis bagi menunjukkan bahawa perhimpunan PR senantiasa dicemari dgn keganasan dan kerosakan. manakala dalam berita t v3suku semalam ada melaporkan bahawa 'kon' yg digunakan utk meletakkan bom jangka itu bukan kepunyaan pihak polis....sedangkan kita semua maklum bahawa polis sejak malam sebelum telah pun membuat persediaan dan menjaga kawasan sekitaran....kon tu plak bukannya boleh dibawa dalam beg atau kocek...so, mana2 org yg bawanya akan mudah dilihat dan pada aku, seorang amatur tidak akan berani nk bawa kon yg bakal digunakan utk tujuan jenayah di khalayak ramai begitu dan dgn selambanya meletakkan di tempat2 yg dicadangkan....maka bagi aku, jika kon itu bukan milik polis, tidak diletakkan pada ketika polis menjaga pada malamnya....maka sudah tentu kon itu diletakkan ketika kebanjiran orang hadir pada siangnya dan hanya mereka yg profesional atau terlatih atau yg mmg dah pakar buat kerja jahat saja mampu berbuat demikian...

kemudian, kita tgk pula kpd jenis bom yg dibuat iaitu satu jenis bom jangka yg menggunakan tetapan masa utk meletup....bagi aku, kebanyakan rakyat Malaysia tidak terdedah kpd ilmu membuat bom ni...kalau takat bom ikan tu rasa mgkn ramai juga yg tahu sbb mudah saja....lagi pun, nk buat bom bagi jadi ni mesti kena testing dulu ataupun melalui satu siri latihan yg baik ataupun org tu dah pernah buat bom sebelum ni...tp dalam sejarah negara kita, blm ada mana2 bangunan di bom atau ada ugutan2 bom sana bom sini yg nak menunjukkan penjenayah di Malaysia ni mahir membuat bom......

itu semua hanya pendapat aku saja....hangpa pikiaq dan bancuh sendiri....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...