Blog Member

Sabtu, 21 Januari 2012

apa nak jadi dgn manusia zaman la ni!!!!

Kena samun ketika solat


SUNGAI MANIK - Bukan sahaja dipukul, dipijak dan dibelasah tanpa belas kasihan, malah seorang warga emas berusia 64 tahun turut disamun dua lelaki setelah selesai menunaikan solat Subuh di rumahnya, di Parit 8B, awal pagi semalam.

Akibat tindakan ganas penyamun yang hanya mengenakan seluar dalam berwarna kuning itu, warga emas berkenaan terpaksa menerima lima jahitan di bibirnya akibat ditumbuk di bahagian muka dan dipijak berkali-kali.

Warga emas, Aminah Awang berkata, ketika kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, dia yang baru selesai solat Subuh dan mahu berdoa, terkejut apabila secara tiba–tiba diacukan parang di lehernya.


“Makcik terus menjerit meminta tolong tetapi penyamun tersebut membelasah bertubi-tubi tanpa belas kasihan meskipun mengetahui makcik tidak mampu melawan.

lagi berita : sinarharian.com.my

apa nak jadi dgn orang zaman ini??? dulu kita amat jarang nk dengar berita yg macam ini....tetapi semakin zaman dikatakan maju, semakin kita dengar benda2 mcm ni terjadi..... inilah sebenarnya yg perlu menguatkan azam kita utk melaksanakan sistem perundangan Islam di Malaysia walau payah, walau susah.....

dulu, ada sorang pemimpin tu kata Undang-undang Islam hanyalah 'salah satu' atau 'option'...katanya lagi, kalaupun dilaksanakan hukum Islam, belum tentu masalah atau kes jenayah akan selesai....ini sebenarnya kata dia yg tidak langsung bersandarkan kpd keyakinan kpd Allah swt.....

kalau aku nk bagi contoh mudah mcm ni lah....contohnya kita makan nasi lah...sesiapa yg yakin disebabkan dia makan nasi dua pinggan tu lah menyebabkan perutnya kenyang, sebenarnya org tu dah berbuat syirik kepada Allah iaitu syirik tersembunyi....yg sebenarnya, bukan kerana makan dan bukan kerana nasi 2 pinggan yg dimakan itu penyebab kenyangnya...tapi kenyang itu adalah dari Allah, nasi yg dimakan dan perbuatan makan itu hanyalah medium penyampai atau dgn kata lain hanyalah sebagai alat kpd nikmat kenyang yg Allah berikan itu....tp, kalau tak makan....belum tentu akan kenyang kerana sunnatullah menjadikan manusia kenyang dengan perbuatan makan

begitulah dgn perlaksanaan hukum al Quran....sememangnya diakui oleh mana2 ulama' pun bahawa perlaksanaan hukum Islam itu bukan satu jaminan kepada bebasnya masalah jenayah dalam satu-satu negeri atau negara....tetapi, jaminan Allah yg sebenarnya mengatasi segalanya. Allah dah jamin, sesiapa yg turut perintahNya, akan diberi rahmat, bantuan dan sebagainya.....itu yg perlu kita pegang dan percaya serta yakin

siapa berani jamin bahawa 'apabila makan, WAJIB kenyang' atau 'apabila sakit kepala, makan ubat, WAJIB lega'...melainkan di situ adanya pertolongan Allah....keyakinan kita bukan diletakkan kepada hukum, tetapi keyakinan letaknya kepada Allah....keyakinan kita bukan letak pada ubat, tetapi sebenarnya perlu diletakkan kepada Allah sebagai Tuhan yang Maha Penyembuh

sesiapa yg mempertikaikan ubat sakit kepala tak mampu sembuhkan sakit kepala....sebenarnya bukan pertikai ubat tu, tp mempertikaikan kilang atau pengeluarnya.....bersamaan dgn sesiapa yg mempertikaikan hukum Allah, sebenarnya mereka mempertikaikan apa yg telah Allah turunkan utk kita laksanakan....

pikiaq ambik sendiri lah.................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...