berita dari : utusan.com.my
sedikit petikan berita :
Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan UMNO yang hampir sama perjuangannya dengan parti Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) supaya tidak terperangkap dan 'hanyut' dengan jasa-jasa lama membebaskan negara masing-masing dari cengkaman penjajah.
pertamanya Najib mengingatkan umno dan ahlinya mungkin supaya tidak terperangkap dan hanyut dgn jasa-jasa lama....bagi aku, umno sebenarnya sudah lama terperangkap dan hanyut. Ini diperlihatkan oleh umno dengan jelas apabila pemimpin dan ahli2 umno seringkali menyebut dan mengingatkan serta mengungkit jasa-jasa yg pernah ditaburkan hinggakan menafikan jasa pihak-pihak lain dalam mencapai kemerdekaan negara.
Hampir semua orang sudah muak mendengarkannya apabila umno senantiasa memomokkan lubang telinga rakyat dengan jasa-jasa depa hinggakan seringkali dijadikan perbandingan di semua peringkat, hinggakan juga sejarah telah diubah bagi menunjukkan bahawa umno lah segala-galanya. kononnya jatuh umno, maka jatuhlah Melayu disebabkan umno lah yg selama ini memperjuangkan bangsa Melayu.....dan dikononkan juga apabila umno hilang kuasa, maka rakyat terutama orang Melayu akan kembali ke zaman lama. Selain itu, umno juga sering mengulang-tayang pembangunan yg dibawa seolah-olah hanya umno saja yg mampu bawa pembangunan dan kemajuan....
Suatu ketika, bapak saudara aku yg masih totok umno pernah berkata "hangpa dok lawan umno buat apa? kalau tak dak umno, kita (org Melayu) dok makan ubi kayu lagi"....begitulah mentaliti orang umno kebanyakannya hinggakan merasakan umno lah segala-galanya dan tidak keterlaluan kalau aku kata, umno telah diTuhankan oleh sesetengah orang dalam keadaan tidak sedar.
petikan berita :
"Perjuangan ANC ada persamaannya dengan UMNO yang telah melalui transisi sebagai parti pejuang kepada parti yang perlu membina sebuah negara bangsa yang baru.
"Apabila kita berjuang menentang kerajaan Apartheid, kita perlukan kemahiran dan strategi berlainan tetapi apabila sudah memiliki kerajaan, kita perlu pula membina satu negara bangsa yang mana strategi dan budayanya kita perlu ubah agar sesuai dengan fasa perjuangan yang mengambil kira suasana yang sudah berubah.
aku nak tanya Najib lah, di mana nya persamaan perjuangan ANC menentang dasar apartheid dengan perjuangan umno utk mengkayakan anak bini dan kroni???
apa itu dasar apartheid??? kalau disebutkan oleh pakcik makcik di kampung, depa mungkin geleng kepala... tapi sebahagian besar generasi muda dan berpelajaran tahu apa itu dasar apartheid yg digunakan utk menekan dan meminggirkan suatu bangsa. tetapi, nk mensamaratakan umno dan ANC amatlah tidak kena kerana perjuangan umno menuju ke arah apartheid sedangkan perjuangan ANC adalah utk menghapuskan dasar apartheid....umno berjuang dgn meletakkan semangat kebangsaan Melayu mengatasi segala bangsa yg lain di Malaysia dan ini lah salah satu corak permulaan dasar apartheid di Afrika. Aku tak kata bangsa Melayu perlu dihapuskan hak dan keistimewaan yg ada, tapi corak perjuangan umno boleh dikatakan ala-ala atau hampir dgn dasar apartheid melalui pendekatan-pendekatan pemimpin serta dasar2 depa. Apartheid dalam bahasa Afrika dan bermaksud 'penyisihan' dan itulah yg dilakukan dan diamalkan oleh umno be end selama ini dgn menyisihkan mana-mana pihak yg didapati tidak sehaluan dgn depa....
hampir semua rakyat samada ahli/orang umno dan bukan umno tahu dasar ini yg walaupun tidak secara bertulis, tetapi diketahui secara praktis....di mana2 pun org akan berkata "jgn dok lawan sangat, nanti kena tukar tempat kerja" atau "jgn dok terang sangat, nanti tak naik pangkat" atau dgn bentuk2 kefahaman lain yg hampir sama. Ini juga adalah dasar apartheid iaitu dasar penyisihan yg diamalkan oleh umno be end....begitu juga bentuk2 bantuan rakyat juga disisihkan kepada sebahagian golongan yg menyokong saja...bagi aku, semua orang tahu benda ni wujud sbb kalau tanyakan kpd orang umno sekalipun (terutama di kampung2), inilah salah satu alasan depa iaitu "takut tak dapat bantuan" dsb hinggakan baru-baru ini ada yg terpaksa buat laporan polis sbb dimalukan oleh pemimpin umno hanya kerana tak ingat nama pemimpin umno bahagian ketika disoal bagi mendapat sokongan utk pinjaman perniagaan TEKUN yg dibuatnya....
sebenarnya, umno tak perlu lah nk jadi talam dua muka. Di depan pemimpin dunia, cakap depa lah yg lebih berwibawa...tetapi dalam negara, depa lah yg menekan rakyat dgn pelbagai kepayahan.....
selebihnya, hangpa bancuh lah sendiri looooo............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....