Blog Member

Isnin, 16 Januari 2012

akhbar ni tak serik-serik dgn fitnah

 NONE

kata Sasterawan Negara Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh (gambar) "Jangan heret saya dalam perkelahian politik" seperti dilaporkan oleh Malaysiakini....

ini berikutan satu artikel disiarkan oleh akhbar Berita Harian yg bertajuk "DAP binasakan identiti Melayu: Sasterawan desak selamatkan warisan sejarah"

apa nak heran Prof....dah memang gelagat akhbar pro umno di Malaysia nih akan spin apa saja yg orang kata walaupun yg disebutkan tidak sebenarnya berbaur politik....tapi demi kepentingan politik sempit umno, depa akan spin, kona baring, kona patah semua ada.....lain yg org sebut, lain yg orang maksudkan...lain yg depa tuliskan....yang teramat penting bagi depa adalah 'survival umno' dalam politik Malaysia terpelihara

Dr Muhammad dipetik berkata "Saya tidak menyebut kerajaan BN atau DAP dan mengharap orang yang berfikir dapat meneka - tetapi selama 50 tahun lebih orang Melayu sedikit demi sedikit lari ke Seberang, terperosok di rumah pangsa yang sempit dan kehadiran mereka di negeri ini, terutama di pulau, semakin menipis"

dari ayat Dr Muhammad tu, aku yg bukan warta-tak-ketahuan ni pun dapat agak dan teka....beliau secara terang dan nyata menyebutkan bahawa sejak 50 tahun lebih, orang Melayu sikit demi sikit dah terpinggir secara terhormat terutama di bahagian Pulau.....hehehehehe.....siapa yg dah mentadbir Pulau Pinang semenjak 50 tahun dulu??? DAP kah yg mentadbir???

bertambah bebal laporan akhbar berita hairan ni apabila Dr Muhammad mempertahankan maksud kenyataannya dengan berkata "Ramai daripada mereka miskin dan terdesak. Masalah yang dihadapi orang Melayu berusia lebih 50 tahun. Kerajaan sekarang baru saja beberapa tahun memerintah, dan baru saja cuba menangani masalah ini"

bagi aku, secara tak lansungnya dah boleh paham ayat tu sebenarnya ditujukan kepada siapa??? tetapi dah puak2 akhbar ni mmg jenis suka mempolitikkan isu walau sebesar kuman sekalipun....maka jadilah ianya satu isu politik yg perlu diperjelaskan secara politik juga

lain kata beliau, iaitu "Apa yang berlaku sejak lebih 50 tahun ini ialah tragedi orang Melayu dan orang miskin"
sekali lagi beliau mengulangi '50 tahun'.....siapa yg mentadbir Pulau Pinang 50 tahun sebelum ini??? DAP kah atau be end kah???

sendiri mau jawab lah.....dah tak ada benda yg depa nk ambik jadikan sandaran sokongan depa....lepas ni, aku percaya yg Dr Muhammad ni akan dilupuskan macam yg berlaku kpd sasterawan yg lain sekiranya semakin lantang bersuara yg boleh dinampak seolah2 mengajak rakyat berfikir secara lebih terbuka sbb umno be end mmg suka kalau rakyat pakat bengap kepala....senang depa nk pusin

sudah-sudahlah tu berita harian ooooiiiii.....ingat anak bini atau keluarga di rumah....kalau aku lah jadi para wartawan yg dok cari makan dgn kompeni akhbar yg lebih suka dok jaja fitnah tu....dah lama aku resign...rezeki bukan di tangan depa....tapi rezeki hak Allah swt....Dia nak bagi rezeki ikut suka Dia dan boleh melalui 1001 macam cara sbb Allah yg mencipta kita.....

rujuk berita : malaysiakini.com

Tiada ulasan:

Catat Komen

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...