Blog Member

Sabtu, 21 Januari 2012

harap jgn berlaku tempat kita mcm ni

5 tiada kerja bakar diri

SEORANG penunjuk perasaan terbaring selepas membakar diri di Rabat, Maghribi.

RABAT: Lima penganggur membakar diri di ibu kota Maghribi sebagai sebahagian demonstrasi di negara itu berhubung kekurangan pekerjaan, terutama untuk graduan universiti, kata aktivis hak asasi, kelmarin.

lagi berita : bharian.com.my

harap jgn jadi perkara mcm ni di negara kita.....sebenarnya masih banyak kerjaan yg boleh dibuat yg menghasilkan pendapatan di negara kita ni....tapi disebabkan mentaliti yg diasuh sejak kecik membuatkan golongan yg tidak berpekerjaan di negara ini menjadi tinggi

kalau tengok di kampung2 la ni, orang muda dah berkurangan dan ramai yg berhijrah ke bandar....dulu, masa aku belajaq geografi, cikgu aku ada ajaq bab migrasi penduduk luar bandar ke bandar yg dipengaruhi pelbagai faktor dan menyebabkan kerja2 di kampung ditinggalkan

betoi mcm yg di kata....sepanjang aku dok jalan masuk kampung keluar kampung, aku dapati banyak tanah-tanah pertanian yg tak diusahakan samada tak diusahakan sebab bergaduh berebut harta pusaka atau lainnya aku tak tau lah....tapi memang banyak tanah yg dibiarkan tanpa diusahakan. itu sebenarnya satu peluang pekerjaan, tp orang zaman la ni nak mudah semua....nak senang semua. bila sebut kerja, dalam kepala otak hanya akan menjuruskan kpd kerja makan gaji. selain dari itu, tidak dinamakan kerja......

lagi satu, sikap malas berusaha dan tak berani nk tanggung risiko....ini pun jadi punca. sedangkan dalam apa jua pekerjaan pun ada risiko tersendiri....kerja makan gaji juga ada risiko tersendiri....masuk kerja 1 haribulan, belum tentu boleh dapat gaji di hujung bulan.....hukum adat memang iya, tapi hukum sebenar itu tak dapat dipastikan sebab masih banyak boleh berlaku sepanjang bulan....entah2 kompeni tutup ka hapa. sama juga lah mcm kerja kampung....tak tanam pokok, mcm mana nk makan buahnya....kalau dah tanam, kenalah baja, kena jaga....insyaAllah boleh dapat hasilnya

dan lagi orang kita ni banyak berkira kerja....nak kerja gaji yg tinggi belaka sedangkan depa tak tau kerja kampung pun boleh dapat pendapatan lumayan juga. kemudian, ada yg dok kira kerja kotoq skit tak mau..nak kerja dok dalam opis ada ekon....macam-macamlah orang kita ni....itu sbb orang Melayu boleh dikatakan menghuni majoriti tertinggi penganggur negara....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...