Blog Member

Sabtu, 21 Januari 2012

Jom 100 oleh BERSIH

BERSIH melancarkan kempen JOM 100 antara lain bermaksud iaitu kempen bagi memberi kesedaran kpd semua warga Malaysia yg layak mengundi supaya keluar mengundi pada PRU 13 nanti....

pada aku, ini suatu kempen yg sihat...kempen yg amat bagus dan sepatutnya perlu disokong oleh semua lapisan masyarakat terutamanya parti politik yg akan bertanding pada PRU 13 nanti termasuklah UMNO dan parti komponen BE END....

tanpa pengundi, apa ertinya pilihanraya....


kalau ikutkan dalam sejarah pilihanraya kita, peratusan keluar mengundi senantiasa berada pada taraf yg tidak tetap dan ada sesetengah tempat agak mengecewakan apabila peratus keluar mengundi amatlah kurang....

pengundi sepatutnya tidak mengikut sentimen isu tertentu....kewajipan mengundi perlu ditunaikan walaupun apa saja isu yg berlaku di sekeliling.....

untuk kempen ini, aku harap semua parti dapat bergabung dalam memberikan satu kesedaran kpd semua pengundi betapa pentingnya kewajipan keluar mengundi....nak pangkah mana, itu soal lain....tapi kewajipan keluar mengundi tu penting....kalau tak keluar mengundi, mcm mana nk buat pilihan....

baik PAS, PKR, DAP, UMNO, MCA, MIC dan semua parti yg wujud perlukan kpd pengundi....maka jomlah kita kempen supaya PRU 13 nanti kita akan dapat peratusan keluar mengundi yang tertinggi dalam sejarah negara dan yg terpilih menerajui kerajaan adalah yg sebenar-benar terpilih dari rakyat kebanyakan

klik maklumat lanjut KEMPEN JOM 100
laporan berita : themalaysianinsider.com

Tiada ulasan:

Catat Komen

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...