Blog Member

Khamis, 12 Januari 2012

kes bunuh di Malaysia dah jadi kes harian

Gadis mati dikelar dalam bilik
berita : kosmo.com.my

Mayat Sivaranjini yang ditemui mati dibunuh dalam rumahnya di Taman Kempas, Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU – Tidak diketahui motifnya, seorang gadis yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui mati dengan kesan kelar di leher di dalam rumahnya di Taman Kempas di sini semalam.

Mangsa, C. Sivaranjini, 18, ditemui dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya oleh bapanya yang baru pulang dari kerja pada pukul 10 pagi.

Difahamkan semasa dibunuh, mangsa tinggal bersendirian di rumah kerana ibu dan bapanya keluar bekerja manakala dua adik lelaki Sivaranjini pula berada di sekolah.

Pemeriksaan terhadap mayat mangsa yang juga bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kempas di sini percaya dia dikelar menggunakan objek tajam.

Suspek dipercayai lebih daripada seorang itu memasuki rumah mangsa melalui pintu belakang. Mereka kemudian membunuh mangsa sebelum kesemua suspek itu melarikan diri dengan menunggang motosikal.

Polis yang menerima maklumat kejadian itu berjaya menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 50 tahun di tiga lokasi di Kempas, Pasir Gudang dan Senai tidak lama selepas mangsa dibunuh.
-------------------------------------------------------
cepatnya polis Malaysia bertindak....kes Teoh Beng Hock mati 'bukan bunuh diri dan bukan dibunuh'...kes Sarbaini

2 ulasan:

  1. APA LA KO NIE..KO ORANG ISLAM, SEMBANG PASAL ORANG INDIA N CINA... KO ORANG APA NI... POLIS JUGAK YANG KO SALAHKAN.. KALAU KO HEBAT SANGAT KO JELA YANG PERGI SIASAT... SETAKAT SEMBANG DALAM BLOG APA BARANG... YANG DAH MATI TU BIARLA MATI... YANG KO SIBUK SANGAT PSAL CINA TU KENAPA?

    BalasPadam
  2. tak payahla nak tau nama aku.. dalam bahasa melayu maksud nama aku "hARTA RAMPASAN PERANG".. KO P.K LA SENDIRI DALAM ARAB... INGAT SIKIT... DAH BANYAK DUIT RAKYAT YANG KO DAH CEKIK... DARI KECIK SAMPAI KE TUA.. BERAPA SEN SANGAT CUKAI KO BAYAR... BILA DAH TUA...KO BANGKANG KERAJAAN YANG BAGI KO SEKOLAH SAMPAI BOLEH PANDAI BACA N CAKAP MELAYU.. LAGI ADVANCE BOOLEH BUAT BLOG.. HAHA... BERSHUKUR LA SIKIT...AKU ORANG JOHOR.. TEMPAT BERMULANYA PERGERAKAN KEMERDEKAAN ADALAH DI BATU PAHAT JOHOR..KELUARGA AKU KETURUNAN PANGLIMA SALLEH.. KO XTAU MCM MANA SUSAHNYA NAK MERDEKA.. KALAU MALAYSIA NI X MERDEKA.. MUNGKIN KO SEKARANG NI TENGAH MAKAN UBI...HAHAHAHA

    BalasPadam

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...