Melayu Proto nenek moyang masyarakat dunia: Pengkaji
Seorang pengkaji asal-usul bangsa Melayu, Zaharah Sulaiman di Kuala Lumpur hari ini berkata kajian arkeologi dan genetik boleh menunjukkan bahawa golongan Melayu Proto yang tinggal di Pentas Sunda merupakan nenek moyang kepada masyarakat dunia hari ini.
Dalam pembentangannya di satu persidangan hari ini, Zaharah menunjukkan bahawa penduduk di Pentas Sunda itu berjaya menyelamatkan diri daripada letusan besar gunung berapi Toba pada 75,000 tahun dahulu.
Penduduk seramai kira-kira 10,000 itu dan berjaya menyelamatkan diri kerana berada di Pentas Sunda – yang kini membentuk Asia Tenggara.
Golongan berkenaan yang berhijrah dari Afrika itu kemudiannya terpaksa berpindah lagi ke India, China, Jepun dan Amerika dan juga ke seluruh pelusuk dunia, bermula 50,000 tahun kemudian akibat pemanasan dunia.
Pemanasan dunia itu menyebabkan Pentas Sunda berpecah kepada kepulauan, menurut beliau lagi.
Teori berkenaan sekali gus menafikan satu lagi teori yang timbul sebelum ini bahawa orang Melayu berasal dari Yunan atau dari kalangan penanam padi Taiwan yang berhijrah ke kepulauan ini.
Teori ini disokong oleh pakar antropologi genetik Stephen Oppenheimer yang menunjukkan bukti bahawa Orang Melayu dan Orang Asi berasal dari Asia Tenggara.
Kajian DNA yang dilakukannya ke atas masyarakat Melayu, Semang, Senoi dan Orang Asli lain menunjukkan bahawa 44 peratus daripada nenek moyang komuniti berkenaan telah tinggal di kawasan ini sejak lebih 25,000 tahun dahulu.
Assalamualaikum....terima kasih kerana melawat blog aku yg tak berapa nk canggih-manggih neh...ini adalah wilayah ISA (Ikut Suka Aku) utk aku bancuh apa yg patut dibancuh...sesiapa tak puas hati, pi bancuh sendiri.....aku yang menulis tidak bertuan, tapi aku berTUHAN. Maka, ambik lah yang mana manfaat, abaikan yang mudharat. Jika ada yang mahu menghulurkan sumbangan sebagai meringankan beban, amatlah di alu-alukan. Saluran : MBB-152023088590 / CIMB-02048617025529
Teori Yunan dah tak terpakai dah...
BalasPadamM.Hussain