antara sebab penangguhan yg disebutkan adalah kerana "tiadanya perundingan secukupnya dengan wakil pekerja (kesatuan sekerja) dan peratusan kenaikan gaji yang tidak seimbang antara kumpulan kakitangan rendah dan tertinggi"
inilah yg aku kata buang masa!!! dan dah tentunya buang tenaga dan buang duit rakyat....depa pandai kaji, nampak menguntungkan dan terus nk laksanakan....cuba pikiaqlah, yg buat kajian tu bukannya pekerja rendah am, tp golongan pegawai2....dah tentu depa kaji bagi untung depa...xkan depa nk kaji bagi golongan setaraf depa tak naik gaji atau kenaikan gaji pekerja bawahan lebih tinggi dari pegawai atau ketua jabatan...
mmg lah tak dinafikan tanggungjawab pegawai dan ketua jabatan lebih berat, kelulusan pun tinggi tapi bukan itu yg jadi persoalan....apa yg dipersoalkan adalah kenaikan itu tak berpatutan dan tak bersesuaian kerana menganaktirikan pekerja bawahan....sedangkan pegawai2 dan ketua jabatan dah terima pelbagai kemudahan kerajaan dan yg aku dok tengok, puak2 pegawai dan ketua jabatan ni lah yg paling ramai dok seleweng harta kerajaan yg juga harta rakyat
pernah aku tengok sorang pegawai bawa anak bini pi makan angin guna kenderaan jabatan....kat logo jabatan tu dia tutup dgn pita pelekat....macamlah orang tak tau....
mmg depa ni suka buang masa, tenaga dan duit ringgit.....pekerja bawahan mcm tak perlu makan...yg pegawai2 atasan ada sorang dua tiga biji rumah, yg pekerja bawahan...nk bayaq sewa rumah pun sakit....bukanlah nk minta bagi gaji sama banyak, tp bagi lah keadilan....kena tgk juga keperluan pekerja rendah tu, jgn sendiri buat kajian....langsung tak bawa berbincang dan terus nak laksanakan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....