Blog Member

Khamis, 27 November 2014

Terjawab sudah fitnah jahat dari golongan pemfitnah

aku malas nak ulas panjang-panjang sbb aku dah ulas kat SINI (klik)....cuma aku nak paparkan gambar ORIGINAL yang aku baru dapat ni sebagai BUKTI saheh terhadap apa yang telah difitnahkan oleh segolongan manusia yang kononnya memperjuangkan kebenaran, perjuangkan Islam, perjuangkan kesamarataan dan keadilan.....tetapi, FITNAH adalah makanan depa seharian.... justeru, sekali lagi aku ulangi "nak jadi serupa umno tak perlu masuk umno, tapi cukup dengan haya buat perangai serupa umno"..... hangpa nilaikan ambik sendiri....apakah hangpa sanggup bersekongkol dengan pembuat dan penyebar fitnah ini???..... selagi depa tak menuntut maaf secara peribadi dari semua yg ada dalam gambar ini yang difitnahkan, maka selama itulah puak2 pemfitnah itu berada dalam golongan manusia yang fasiq dan zindiq.......





fitnah dan menyebar fitnah satu keseronokan terbaru dunia maya

Umum tahu bahawa fitnah itu amatlah dilarang dan merupakan satu DOSA BESAR dalam Islam. Bukan sekadar itu, fitnah digambarkan oleh Allah dalam al Quran sebagai satu perbuatan yang lebih buruk daripada membunuh satu jiwa. Namun pada hari ini, amalan fitnah dan menyebarkan fitnah itu sudah menjadi seperti satu 'strategi' bagi menguasai permainan....

sesiapa yang dapat menguasai permainan walaupun menggunakan strategi yang terburuk sekali, dia lah yang bakal memenangi permainan tersebut.....soal hukum hakam tidak lagi dipentingkan, asalkan matlamat berjaya dicapai.....

dan berterusan malang kepada ahli-ahli PAS sekalian apabila mempunyai sekelompok manusia yang amat menyukai hal-hal fitnah dan menyebarkan pula tanpa usul periksa....tanpa mempunyai sedikit pun rasa kasih dan sayang di hati terhadap manusia lain....malah, tiada sekelumit pun rasa bersalah dalam sanubarinya walaupun diketahuinya apa yg disebarkannya itu merupakan suatu fitnah..... dek sebab wujud manusia-manusia beginilah, segala kemenangan ditangguhkan oleh Allah Azzawajall... 

Rabu, 26 November 2014

Pemandu Van ambulan lawan arus digantung tugas


mmg patut padan pun kena gantung tugas.....mmg perbuatan dungu oleh pemandu ambulans ni memandu di lorong laju atas lebuhraya dalam keadaan melawan arus..... kerja pemandu ambulan tu kerja yg mulia, tapi jangan buat perbuatan bodoh dan dungu semacam ini!!!....

aku dah tengok video yg dimuatnaik ke facebook dua hari lepas.... mmg kering darah pemandu yg bertembung dgn ambulan ni.... mana tidaknya....dok tengah speed 110km sejam dalam mood memotong...tiba2 tersemboi kereta kat depan melawan arus.... mmg cuak gila!!!!....nasib baik lah hamba Allah tu tak gelabah jebon.... kalau dia gelabah.... mau terbalik kereta dia membrek kecemasan....

Bukan Salah Ibu Mengandung......

gambar hiasan
ada satu ayat yg selalu disebut iaitu "bukan salah ibu mengandung"....ayat ini nak menggambarkan bahawa segala kesalahan yang diperbuat oleh si anak yang sudah besaq panjang itu tidak lagi bersabit dengan ibunya....atau dengan kata lain, tidak boleh disabitkan dengan ibunya yg mengandungkannya dan melahirkannya..... memang tepat ungkapan orang tua-tua itu....

ayat di atas juga sebenarnya selari dengan hadis Rasulullah yang bermaksud bahawa setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kedua ibu bapanya lah yang bertanggungjawab mendidik si anak itu samada menurut jejak langkah yahudi, nasrani atau majusi...... mungkin sebahagian orang akan nampak ungkapa orang tua-tua yang aku sebutkan di atas bertentangan dengan hadis Rasulullah tersebut.....tapi bagi aku, ia nampak keselarian....apa alasannya?... sebab ungkapan "bukan salah ibu mengandung" itu lebih merujuk kepada 'kandungan' atau merujuk hal2 yang bersangkutan dengan kandungan..... Allah yang mentaqdirkan benih si bapa dan benih si ibu bertemu dalam rahim dan kemudian menjadi 'alaq dan seterusnya hingga akhir menjadi bayi di dalam kandungan..... maka, segala tingkahlaku si anak itu tidak bersabit dengan ibu yang mengandungkannya.....

Selasa, 25 November 2014

Gaji RM5juta setahun hanya dengan menjadi dalang???

terkejut aku baca berita ni!!!!..... biaq betoi!!!!....

Pendedahan oleh seorang orang kuat UMNO iaitu yang bernama Zaharin Mohd Yassin yang berjawatan sebagai Setiausaha Kerja Barisan Nasional Bandar Tun Razak ini sungguh sesuatu yang amat mengejutkan.... apa tidaknya...hanya dengan menjadi dalang kepada sindiket pekerja asing, boleh memperolehi pendapatan hingga RM5juta setahun.....


Malah, lebih mengejutkan apabila pendedahan dibuat dengan mengaitkan pekerja di kementerian yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan warganegaranya.... jika benar berlaku pembabitan dan penyalahgunaan kuasa itu, aku rasa....hukuman yang layak hanyalah dilucutkan kewarganegaraan kepada manusia-manusia terbabit.....

inilah sebenarnya rupa bentuk pentadbiran kerajaan Malaysia yg diterajui oleh UMNO bersama BN... apa sahaja yg berlaku ibarat "sudah terantuk baru nak terngadah".... kalau tak jadi sesuatu...tak apa...masing-masing pakat sapu....tapi kalau dah jadi, baru lah orang itu nk bersuara...orang ini nak bersuara....aku pinjam ayat Tun Musa Hitam yg maksudnya dulu (masa kes Memali), dia tak berani dedahkan yg Tun M ada dalam negara....sebab takut dituduh dan difitnah (merujuk kes Anwar Ibrahim)..... tapi la ni, dah tak ada apa-apa jawatan, tak ada kuasa, baru lah berani nak dedah.... 

ini semua membuktikan, nyawa rakyat hanya mainan sahaja.... yang penting, dapat duit...ada kuasa dan ada pengaruh..... kebenaran tak perlu diutamakan..... tambah pulak lagi, dgn Akta Hasutan la ni.... rasa tergugat sahaja.... guna akta dan undang-undang bersifat drakonian tu.....

Isnin, 24 November 2014

Lagi kes tahanan meninggal dalam lock-up


apa perasaan hangpa jika anak yg sihat wal afiat, tiba-tiba ditahan polis dan dihantar balik ke rumah dalam keadaan sudah kaku, keras, kejung tak bernyawa???...

bab salah ka tak salah ka, bukan ditentukan oleh polis atau pegawai polis.... itu ditentukan melalui perbicaraan yang adil dalam mahkamah..... tak semestinya ada syak saja, kemudian tangkap dan boleh buat sesuka hati. Ini juga bukan kes pertama berlaku dalam sejarah kepolisian di Malaysia....dah kerap berlaku, cuma selama ini tidak ada tindakan yg boleh memberi keyakinan dan ketelusan bahawa ianya tidak berulang lagi.....

Aku sokong usaha polis membanteras jenayah, tetapi berpada-pada lah dalam tindakan..... nak jadi anggota polis, bukan sahaja kena disiplin bagai....tapi kena ambik contoh Sunnatullah menjadikan Malaikat sebagai petugas..... bukan nak suruh buang nafsu, tapi jangan ikut nafsu dalam tindakan..... kalau penjenayah semua bagi kerjasama, tak perlu lah polis dok kalut lagi..... 

berita penuh : Malaysiakini

sapa yang dok rasa tak berapa nak power.....boleh tambah power!!!....

lagi gambar di dalam

Syair kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang



Dedikasi buat Al-Allamah Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Sedunia yang bertaraf Ustaz Mursyid atau Ustaziyyatul Alam:

شيخ العلامة كنت بدرا نيرا # Tuan Guru, dirimu umpama bulan mengambang yang menyinari
وعلی هداك تعلم القوم السرى # Dengan pedomanmu masyarakat mempelajari kehidupan bermanfaat
قد كنت أعلم بالكتاب رواية # Sesungguhnya dirimu adalah pakar ilmu Al-Quran dari sudut asbab turunnya
ودراية وتفقها وتبحرا # Juga segala kandungannya dengan kefaqihan yang teramat luas
وإليك يغدو كل داعي ومدعو # Para pendakwah datang kepadamu tidak lupa juga masyarakat awam
مسترشد ويروح صبحا مسفرا # Meminta tunjuk ajar dan kemudian mereka balik dengan cahaya yang memancar.
أم اللغات على لسانك آية # Kefasihan berbahasa arab di lidahmu adalah petanda kealiman
لم تشك لحنا أو غلطا تعثرا # Tidak dijumpai pada ungkapannya kesilapan mahupun kesalahan
عالم سياسي فكنت قدوة # Dirimu amat berpengalaman dalam berpolitik dan sentiasa menjadi rujukan
للصالحين تبتلا وتطهرا # Bagi orang-orang yang soleh mereka berjuang dengan keikhlasan dan kesucian
الأمين للعهد لم يتبدل # Janjinya selalu ditepati! sesekali tidak mudah berubah
أسد الشرى لم يباع ويشترى # Rentakmu umpama singa ganas yang tidak mudah dijual beli!
جند شداد في الثغور أعزة # Kepahlawananmu amat kental yang menjaga setiap penjuru (parti) dengan keizzahan
وداعي إلى الله في المدائن والقرى # Kamulah pendakwah yang sentiasa menyeru kepada tuntutan Allah dibandar juga di desa

Oleh: Asri ed-Diwanie

Ahad, 23 November 2014

Hulurkan bantuan semampu kalian.....


kalau tak mampu nak pi bantu dengan tenaga, bantu dengan duit ringgit.....tapi jangan jadi serupa dgn makhluk pengikut dajjal yg menghalang orang buat kebajikan!!!!......

golongan manakah kita mahu berada???....

Dalam Islam pada mutaakhir ini memang tak dapat dielak akan kewujudan kedua-dua golongan yang disebutkan oleh Tuan Guru. Bukan hanya sekadar dalam perjuangan Islam, akan tetapi dalam pelbagai bidang dan urusan seharian.

Satu contoh mudah iaitu golongan 'mutasahilun' itu hanya lebih suka mengambil apa yg disebut sebagai 'nilai-nilai murni' agama sahaja.... tetapi tidak mengambil seluruh intipati dan kehendak Allah dalam sesuatu perkara dan urusan. Suka ambik mudah dalam hal yang tak sepatutnya diambil mudah, tapi suka memayahkan dalam hal yang tak sepatutnya dipayahkan..... serupa dgn satu puak tu lah, konon nak lawan umno, tapi tak sedaq yang depa sekarang sedang berjalan seiring dengan umno be end....

manakala golongan 'mutasyaddidun' tu pulak adalah puak yang suka berlebih-lebih..... orang cuit sikit saja, dia punya reaction terover pulak..... ada yg panggil 'over acting' pun boleh jugak..... jenis yg macam ni kadang-kadang sebab hendak dipuji, nak disanjung dan mahu dihargai....... 

Jangan takut menyatakan kebenaran....!!!!


CATATAN ZOHOR : PKR WAJAR CERMIN DIRI MELIHAT DISIPLIN PARTI SENDIRI

Saya terkilan apabila seorang pimpinan PKR mula mempertikaikan disiplin kehadiran TGHH dalam mesyuarat pakatan, walhal selama ini PKR sarat merancang, melaksana dan melanggar disiplin di dalam Pakatan Rakyat.

a) Isu terdahulu, apabila PKR mengumumkan calon Bagan Serai tanpa berbincang dengan Pakatan Rakyat mahupun PAS. Apakah bentuk disiplin yang kalian perjuangkan?

Bantahan Pemandu Teksi di Langkawi

23 November 2014

Aku difahamkan pihak kerajaan negeri bercadang untuk menyediakan perkhidmatan bas henti-henti di Pulau Langkawi. Cadangan tersebut dibantah oleh pemandu-pemandu teksi di Langkawi hari ini.

Gambar-gambar ni aku perolehi dari seorang rakan fb....menariknya baca plakad pak long sorang tu yg tulis "WARNA HIJAU LEBIH BAIK 2017/2018 DARIPADA WARNA BIRU SEKARANG!!!"....

hahahaha....kalau sesiapa jumpa pak long tu, tolong pi habaq kat dia "ni pak long, kami dok habaq lama dah....tapi hari itu pemandu teksi pakat dapat tayar sorang 4 biji, habih terkalih...".... kot hari ni saja kot kata HIJAU baguih, mai PRU 14 nanti, pakat boleh brim, trim dan bagai2 krim.....semua kalih.....hahahaha

lagi gambar di dalam

AGENDA MENJATUHKAN PRESIDEN SARAT DI MEDIA, TETAPI MASIH NAFIKAN?


Oleh : Akmal Sani

1. Entah mengapa ada pula orang di sekeliling kita yang melompat kepanasan apabila PJ PAS Perak mengeluarkan kenyataan peringatan bagi mana mana individu atau kumpulan yang ingin menjatuhkan Presiden PAS. Hairan juga.

2. Sambil kepanasan, ada juga yang mengatakan PJ PAS Perak sengaja menimbulkan polemik, atau tuduhan tanpa asas. Mungkin juga mereka jarang membaca akhbar dan tidak melayari internet kerana terlalu sibuk berpoligam. Atau gelabah kerana strategi licik mereka dikesan.

3. Di sini saya ingin membantu mereka untuk membuka mata melihat agenda agenda menjatuhkan Presiden TGHH yang mereka anggap sebagai polemik dan tuduhan tanpa asas;

alkisah nombor plat kereta sama....

alkisah dua kereta mempunyai nombor plat yang sama....aku pernah jumpa kes mcm ni....tapi bukan jumpa dua-dua buah kereta, cuma aku jumpa sebuah kereta sahaja..... kalau di Kedah ni, orang panggil 'kereta piang'.....kereta piang ni maksudnya kereta yang tak bayar ansuran bulanan di bank....bagi mengelakkan tindakan kereta tu ditarik, depa klon nombor plat kereta yang hampir sama terutama dari segi jenis dengan kereta yg depa miliki....

kemudian, nak ambik roadtax tak susah mana....depa akan gunakan saluran tertentu, buat report di JPJ mengatakan roadtax kereta yg sebenar tu rosak atau hilang....dengan itu, depa dapatlah satu lagi salinan roadtax kereta sebenar dan dipakaikan pada kereta piang depa..... bila tuan punya kereta sebenar bayar roadtax, depa akan tunggu sebulan dua...lepas tu depa pi mohon salinan roadtax di JPJ kononnya roadtax yg asal pudar, rosak dan sebagainya.....mungkin ada keterlibatan rasuah dalam urusan ini....

sebenarnya kerja buat ni dah lama dah dok jadi....tapi disebabkan dulu tak ada facebook dan jaringan hubungan sosial tak sebegitu meriah macam zaman ini....maka, ramai yg tak tahu..... cumanya yg jadi pelik dan persoalan, tindakan pihak berkuasa dan korajaan di Malaysia ni mmg aku boleh kata macam pelaq....bila ada kes mcm ni, depa hanya siasat dan selesaikan kes terbabit sahaja.....tapi bukan utk halang supaya kes tak berulang.....bukan depa nak cari kaedah-kaedah dan wujudkan peraturan utk banteras kerja buat songsang ni....yg depa kalut, dok nak ukur nombor plat kereta orang kononnya punca kemalangan.....

nota : copy paste dari tulisan aku di fb sebelum ini.....

hehehehe.....aku anti jebon.....


Ayuh!!!!.....


PESAN GURU......


Memahami Peranan Muktamar, Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

ni tulisan aku di Nota dalam facebook aku....saja aku copy n paste balik (tulisan warna oren) sementara idea menulis aku nak mai balik dalam sehari dua ni..... nak istiqamah mmg agak payah la ni....almaklumlah, menulis tak bergaji....kalau ada gaji....zoooommmmm 24 jam aku boleh menulis.....hahahaha

Saudara "Mujahiddin Timur" telah menanyakan soalan yang bertulis : "majlis syura dan pas pusat yg manakah badan tertinggi dan pembuat dasar dan kata putus dalam parti ,serta perincian tugas dua badan tersebut supaya ahli dan penyokong tak keliru dan lebih memahami tugas mereka"....

maka di bawah ini adalah jawapan dari aku yang tak pandai dalam politik

Lama sungguh!!!!

Lama sungguh aku tak jengoi di blog aku ni.... malas nak menulis, tak dak idea nak menulis....pendek kata...macam-macam ada.... tak tahu lah apa yang boleh merajinkan aku menulis....

kalau aku nak menulis pun lepas ni, aku karang pendek-pendek sudah lah....tak larat aku nak tulis panjang-panjang..... dok cari idea pulak nak membancuh lepas ni, insya Allah.....

aku pun dah banyak lupa dah mcm mana nak buat posting, nak tempek gambaq dan sebagainya....hadoi!!!....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...