Blog Member

Ahad, 23 November 2014

Memahami Peranan Muktamar, Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

ni tulisan aku di Nota dalam facebook aku....saja aku copy n paste balik (tulisan warna oren) sementara idea menulis aku nak mai balik dalam sehari dua ni..... nak istiqamah mmg agak payah la ni....almaklumlah, menulis tak bergaji....kalau ada gaji....zoooommmmm 24 jam aku boleh menulis.....hahahaha

Saudara "Mujahiddin Timur" telah menanyakan soalan yang bertulis : "majlis syura dan pas pusat yg manakah badan tertinggi dan pembuat dasar dan kata putus dalam parti ,serta perincian tugas dua badan tersebut supaya ahli dan penyokong tak keliru dan lebih memahami tugas mereka"....

maka di bawah ini adalah jawapan dari aku yang tak pandai dalam politik
sebagaimana disebutkan oleh saudara Sham Manaf adalah benar...cuma aku ingin membuat sedikit penambahan supaya sama-sama faham dan jika tersilap, sama2 kita betulkan kefahaman kita....

tapi sebelum itu, di wall aku sendiri telah aku sebutkan mengenai kefahaman kebanyakan ahli pada hari ini yang amat sedikit mengenai sosio pentadbiran parti, malah hampir kebanyakan ahli samada ahli lama apatah lagi ahli baru tidak pernah membaca perlembagaan parti... yang hanya tahu dok sebut Perlembagaan PAS adalah al Quran, Sunnah, Ijma' dan Qias....sedangkan dalam Perlembagaan PAS itu, masih banyak perkara-perkara penting yg wajib diketahui oleh ahli sesebuah organisasi...... sebenarnya hal ini aku pernah suarakan kepada beberapa orang kepimpinan peringkat Kawasan pada tahun 2000 dahulu lagi....tapi tidak pernah diberi perhatian....iaitu masalah berkaitan dengan tarbiah, masalah berkaitan kefahaman ahli terhadap corak pentadbiran dan perjalanan parti.....

sebagai menjawab soalan yang dikemukakan, kita fahamkan dulu berkaitan dengan PERLEMBAGAAN secara ringkas. PAS wujud daripada keputusan Muktamar Tahunan atau Mesyuarat Agong Tahunan. Mesyuarat Agong lah sebenarnya badan pemutus berkaitan dengan sebarang perubahan dan penambahan pada Perlembagaan parti. Perlembagaan parti sama sekali tidak boleh diubah oleh Majlis Syura Ulama (MSU) ataupun Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKKPP). Ini adalah peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Pertubuhan 1966. Cuma, usul bagi merombak mana2 terma dalam Perlembagaan itu boleh datang dari usul dari pelbagai peringkat dan Dewan-dewan. itu serba ringkas berkaitan perlembagaan...justeru, MSU dan JKKPP tidak ada kuasa untuk merubah Perlembagaan yang merupakan asas penubuhan dan perjalanan PAS di seluruh negara....

Fasal 7 (2) menyebutkan : Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

Fungsi MSU
Perihal MSU ini dinyatakan dalam Fasal 8, Perlembagaan PAS....sila rujuk sendiri. cuma, aku nak menyentuh kepada fungsi MSU seperti yang tercatat dalam Perlembagaan PAS sendiri iaitu 3 fungsi utama :

a) Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

b) Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.

c) Mendengar dan memutuskan semua rayuan semula tatatertib yang dikemukakan oleh ahli PAS mengikut Fasal 83 Perlembagaan ini.

dengan mengambil contoh kedudukan TSKI, MSU sebenarnya telah bertindak wajar sebagaimana diperuntukkan kuasa kepadanya untuk berbuat demikian iaitu mengikut peruntukan Fasal 8(1)(a) seperti dicatatkan di atas....iaitu dalam konteks "menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS......"....apa dia Dasar PAS???....

dalam Fasal 3 Perlembagaan PAS menyebutkan bahawa Dasar PAS adalah ISLAM. Kemudian, bersangkutan dengan Fasal 5,6&7 Perlembagaan PAS, MSU mempunyai hak untuk membuat penafsiran dari sudut syarak berkaitan dengan kedudukan TSKI sebagai seorang muslim, sebagai seorang pentadbir yang sedang memegang kuasa dan menjalankan tugas serta fungsinya dengan amanah, tetapi telah diusahakan untuk dijatuhkan tanpa diberi pengadilan atau dengan kata lain syarak tidak membenarkan seseorang dihukum hanya berdasarkan tuduhan sebelah pihak dan belum disabitkan bersalah melalui perbicaraan yang adil di mana-mana pengadilan. Adil di sini bukan merujuk kepada keputusan akhir (samada bersalah atau tidak), tetapi merujuk kepada pembuktian pertuduhan dan hak untuk membela diri.....walaupun dikatakan ianya telah diadili melalui kaedah dalaman parti PKR, namun ianya masih punya kekaburan dan keadilan masih lagi dalam kesamaran.....

berbalik kepada fungsi MSU, MSU yang telah bermesyuarat dan membuat keputusan adalah berdasarkan kepada fungsi mereka sebagai sebuah badan yang diberi kuasa untuk memberi penafsiran kepada Dasar PAS yakni Islam berkait sebarang isu dan persoalan.

Dan perlantikan Ahli MSU ini juga mempunyai syarat yang ketat sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan iaitu pada Fasal 8(3) iaitu : Seseorang yang hendak dilantik menjadi Ahli Majlis Syura ‘Ulamak itu hendaklah seseorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (AL-USUL) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat merujuk masalah-masalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya serta hendaklah seorang ahli PAS.

maka, apakah mereka yang mempertikaikan keputusan MSU itu mempunyai kelebihan seperti yang disebutkan di atas iaitu

1. mengetahui masalah-masalah pokok (ilmu usul)
2. dapat merujuk masalah2 itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijma' dan Qias
3. faham maksud dan makna al Quran, as-Sunnah, Ijma' dan Qias dengan sanad dan riwayat yang muktabar
4. seorang yang adil
5. tidak melakukan dosa besar
6. tidak terus menerus melakukan dosa kecil
7. terpelihara maruahnya

kesimpulannya, MSU telah bertindak wajar mengikut peruntukan Perlembagaan PAS.....


Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKKPP)
secara ringkas dan mudah, sila rujuk kepada Fasal 25, 26 & 27 Perlembagaan PAS yang menyebutkan mengenai JKKPP ni... cuma, fungsi JKKPP ini secara ringkas yang aku boleh sebut iaitu hanya berkaitan dengan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS sebagaimana yang telah diputuskan oleh Muktamar Tahunan dan melaksanakan apa yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Fungsi utama JKKPP adalah berkaitan

1. pentadbiran parti
2. melaksanakan fungsi lajnah-lajnah
3. merancang, mengurus dan menjalankan hal ehwal pilihanraya
4. melantik perjawatan-perjawatan di peringkat yg lebih bawah
5. merancang, mengurus dan menjalankan aktiviti parti
6. mengembangkan dan memperkuatkan parti di semua peringkat keahlian

mungkin ada sedikit kekeliruan berkaitan dengan keputusan MSU dan JKKPP dalam isu MB Selangor....ana cuba terangkan dalam bahasa yang amat mudah seperti di bawah

1. Keputusan MSU
- sebagaimana diterangkan di atas bahawa MSU bermesyuarat dan membuat keputusan berdasarkan kepada kedudukan syarak bahawa untuk menjatuhkan TSKI dari jawatan MB adalah satu keputusan yang tidak selari dengan syar'ie dalam keadaan TSKI masih dan sedang menjalankan tugasnya sebagai MB yang sah dan mengikut pandangan umum bahawa beliau telah menjalankan amanah dengan baik dan tiada penyelewengan ke atas amanah yang berlaku. lagi pula, beliau belum lagi disabitkan bersalah ke atas tuduhan yang dituduhkan, maka tidak syar'ie untuk menghukum beliau atas kesalahan yang belum disabitkan.... pointnya di sini iaitu
a) kebenaran syarak
b) bersabit batang tubuh TSKI dan jawatan MB

2. Keputusan JKKPP
- apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tidak bertentangan dengan apa yang diputuskan oleh MSU kerana kedua-dua keputusan itu melihat dari konteks yang berbeza. jika MSU memutuskan dari sudut syarak, JKKPP membuat keputusan dalam bidang kuasa yang telah diberikan kepada mereka oleh Muktamar Tahunan yang lalu iaitu "memperkukuhkan PR" serta dalam bidang kuasa yang dibenarkan oleh Perlembagaan iaitu berkait dengan politik dan aktiviti parti. Dalam hal ini, JKKPP melihat ia dari sudut keahlian TSKI dan persetujuan sedia ada dalam PR..... point utama di sini iaitua) keahlian TSKIb) Persetujuan sedia ada dalam PR iaitu MB mesti dari PKR

justeru, apa yang telah diputuskan oleh MSU dan JKKPP adalah tepat dan terbaik mengikut bidang kuasa masing-masing. Keputusan MSU tidak mengikat PR, tapi hanya mengikat PAS dan perlu dipatuhi oleh semua ahli....manakala keputusan oleh JKKPP adalah badan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan agenda parti dalam kesepakatan PR sebagaimana yang telah dipersetujui bersama sebelum ini....

cuma timbul isu apabila ada sesetengah manusia yg otak semput mengatakan PAS buat U-turn sedangkan kedua2 keputusan itu berbeza natijahnya...mungkin agak sukar nak difahami bagi orang yang akal semput sebab depa memandang PAS itu tidak lebih dari sebuah parti politik yang sama seperti parti-parti politik lain....

kesimpulannya dalam kedua2 keputusan di atas tidak saling bertentangan, tapi saling melengkapi kerana PAS dan PR bukanlah pihak yang tertinggi bagi memutuskan... masih ada kuasa sultan sebagai pengadil atau hakim dalam hal ini. PAS hanya bertindak mengikut kehendak perlembagaannya dan tidak membatasi apa yang telah diwajibkan kepadanya mengikut syarak dan mengikut persetujuan bersama dalam PR.... walaupun akhirnya TSKI akan digugurkan atau dikekalkan, kuasa pemutus bukannya oleh PAS....tapi oleh satu kuasa yang lebih tinggi iaitu kuasa Sultan.... dan syarak tidak menghalang kuasa lebih tinggi untuk menggantikan atau menukar penyandang jawatan di bawahnya, sepertimana juga kuasa melantik. cuma, syarak melarang orang di bawah (rakyat) menjatuhkan pemimpin menggunakan kaedah yang tidak selari dengan syarak....

Berdasarkan huraian di atas, mungkin akan ada orang membuat perbandingan kononnya....

1. dalam isu TSKI, MSU mempertahankan TSKI atas alasan "tuduhan belum dibuktikan atau belum disabitkan bersalah"...sedangkan selama ini PAS juga membuat pelbagai 'tuduhan' ke atas umno be end dan menggunakan tuduhan itu untuk menjatuhkan umno be end2. MSU mengatakan syarak tidak membenarkan seorang pemimpin Islam dijatuhkan dalam keadaan pemimpin itu sedang berkuasa dan menjalankan amanahnya dengan baik...tapi selama ini PAS bekerja dan berusaha menjatuhkan pemimpin umno be end sedangkan pemimpin umno be end....

ada orang buat perbandingan dengan najib sbb selama ini pendedahan yang dibuat oleh PAS dan PR hanya bersifat 'tuduhan' dan tidak pernah dibuktikan'...tapi PAS tetap berusaha menjatuhkan najib dan umno be end...

pada aku, orang yg menggunakan hujjah seperti di atas adalah golongan yang sebenarnya tak tahu apa langsung mengenai politik dan perjalanan politik di Malaysia.....

ini hujjah aku....

1. selama ini, PAS mendedahkan pelbagai kepincangan, salah guna kuasa dan sebagainya yang dibuat oleh pemimpin umno be end bukan bersifat 'tuduhan' sebagaimana yang dikenakan ke atas TSKI iaitu 'dituduh, belum dibuktikan bersalah, telah dihukum'.... pendedahan kepincangan umno be end dan pemimpinnya adalah sebenarnya satu pendedahan kerana

a) dalam isu2 berkaitan, wujudnya keraguan yang perlu diberikan penjelasan kepada rakyat

b) apa yang didedahkan bukan bersifat 'tuduhan', tetapi sebagai satu gesaan atau menuntut supaya satu siasatan di adakan dan jika benar ada penyelewengan, maka yang bersalah perlu dihadapkan ke pengadilantapi, oleh kerana selama ini....pelbagai pendedahan yang dibuat oleh PAS tidak dipedulikan oleh pentadbir (kerajaan), kita dedah itu ini...tapi tidak pernah diambil tindakan atau siasatan oleh kerajaan.... maka, keraguan2 ini boleh bertukar menjadi satu hal yang betul dan benar pada kefahaman ramai..... itu sebab juga, amat jarang pemimpin umno be end nak ambik tindakan ke atas pendedahan dibuat oleh mana2 pemimpin PAS dan PR seperti contoh cincin rosmah....sampai hari ini, belum ada seorang pun yang disiasat atau disaman oleh rosmah.... sebab apa???....sebab yg didedahkan bukan bersifat tuduhan yang bertujuan mensabitkan kesalahan melainkan ianya hanya pendedahan kerana timbulnya keraguan2..... dek sebab rosmah tak berani saman, maka ramai orang anggap atau menghukum sebagai kes cincin tu benar.....

2. dikononkan juga bahawa PAS cakap tak serupa bikin.... kononnya syarak tak benarkan menjatuhkan TSKI dalam hal dia sedang berkuasa berdasarkan tuduhan2 yang belum dibuktikan.....tapi selama ini PAS dok berusaha menjatuhkan umno be end yang sedang berkuasa juga berdasarkan tuduhan yang belum dibuktikan..... kasihan lah kepada orang yg beranggapan demikian sebab sebenarnya tak tahu apa benda dalam politik.....

dalam praktis pembentukan kerajaan di Malaysia, kerajaan yang sah melalui pembetukan Parlimen mempunyai satu tempoh yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Negara.... bila sudah sampai ketika atau tidak melebihi tempoh ditetapkan, Parlimen perlu dibubarkan dan selepas pembubaran parlimen itu, ianya dipanggil sebagai "kerajaan sementara" atau "kerajaan peralihan"..... kerajaan sementara tu bukanlah sebuah kerajaan yang sah dilantik....praktis yang sepatutnya iaitu apabila parlimen dibubarkan, kerajaan sementara itu patut dipegang oleh Yang DiPertuan Agong atau boleh juga diserahkan kepada tentera yang boleh bertindak sebagai pemegang amanah, sementara pilihanraya baru dijalankan dan pembentukan kerajaan baru oleh parti yang menang..... maka, masa kita berpilihanraya....kita bukan lawan kerajaan yang sah.... kita lawan umno dan kerajaan yang sah adalah Kerajaan Malaysia walau siapa pun mentadbirnya.....

yang haram pada syarak iaitu seperti apa yang berlaku di Mesir iaitu menggulingkan pemerintah yang sedang sah berkuasa walaupun dengan tidak menggunakan kekerasan....melainkan ada sebab-sebab syar'ie untuk berbuat demikian......

kesimpulannya iaitu sekarang ni ramai sangat golongan alruwaibidhah sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah..... tuduh orang sana UG lah, GU lah....tapi sebenarnya yang menuduh itu hanya tukang copy paste dari mulut orang..... diri sendiri tak tahu apa satu....tapi berlagak macam tahu..... jadi pak turut..... orang riuh sebut UG.... dia pun melaung sama..... tapi tak sedar diri hanya umpama katak panggil hujan...... hujan turun bukan sebab dia panggil....tapi sebab Allah yang Maha Berkuasa menurunkan hujan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...