Blog Member

Rabu, 26 November 2014

Bukan Salah Ibu Mengandung......

gambar hiasan
ada satu ayat yg selalu disebut iaitu "bukan salah ibu mengandung"....ayat ini nak menggambarkan bahawa segala kesalahan yang diperbuat oleh si anak yang sudah besaq panjang itu tidak lagi bersabit dengan ibunya....atau dengan kata lain, tidak boleh disabitkan dengan ibunya yg mengandungkannya dan melahirkannya..... memang tepat ungkapan orang tua-tua itu....

ayat di atas juga sebenarnya selari dengan hadis Rasulullah yang bermaksud bahawa setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kedua ibu bapanya lah yang bertanggungjawab mendidik si anak itu samada menurut jejak langkah yahudi, nasrani atau majusi...... mungkin sebahagian orang akan nampak ungkapa orang tua-tua yang aku sebutkan di atas bertentangan dengan hadis Rasulullah tersebut.....tapi bagi aku, ia nampak keselarian....apa alasannya?... sebab ungkapan "bukan salah ibu mengandung" itu lebih merujuk kepada 'kandungan' atau merujuk hal2 yang bersangkutan dengan kandungan..... Allah yang mentaqdirkan benih si bapa dan benih si ibu bertemu dalam rahim dan kemudian menjadi 'alaq dan seterusnya hingga akhir menjadi bayi di dalam kandungan..... maka, segala tingkahlaku si anak itu tidak bersabit dengan ibu yang mengandungkannya.....

akan tetapi, setelah dilahirkan....maka ia menjadi tanggungjawab si ibu dan bapa untuk mendidiknya menjadi manusia yang beriman dan beramal soleh.... justeru, apabila si anak itu telah dewasa....sudah diberikan pendidikan sebetulnya dan sebaiknya....maka, segala tingkahlaku buruknya tidak lagi bersabit dengan si ibu dan bapanya.....

begitu juga apabila ditilik kepada apa yang berlaku di kalangan ahli PAS pada hari ini..... ada yang mengeluarkan komen dengan kata-kata sinis mengenai syurga dan neraka.....sudah serupa umno sahaja komennya.....malah, komentar-komentar sebegitu hanya kebiasaannya dikeluarkan oleh puak-puak umno suatu ketika dulu..... tapi hari ini, sudah diambil alih oleh kononnya 'ahli atau penyokong' PAS itu sendiri..... bagi aku, ini terjadi akibat ketidakfahaman terhadap agama sendiri...tidak faham terhadap duduk letak sesuatu perkara mengikut kaedah dan tatacaranya yang sebenar.....

kalau dulu, kita selalu dengar ungkapan sindiran dari puak umno seperti "orang PAS sahaja layak masuk syurga, orang umno masuk neraka" atau ayat sindiran "sesiapa nak syurga, masuk PAS sebab PAS pegang kunci syurga" atau pelbagai ungkapan lain.....TETAPI, pada hari ini....ungkapan seperti itu tidak lagi dijaja oleh mulut puak2 umno sahaja, tetapi diambil alih oleh golongan yang kononnya berjuang bersama PAS demi Islam....
aku hanya boleh ucapkan kasihan kepada golongan-golongan terbabit.... inilah akibatnya apabila menyokong PAS, menjadi ahli PAS atau berjuang bersama PAS dengan mempunyai niat dan agenda yang tersembunyi selain dari agenda Islam.... ada yang bersama dengan PAS sebab demokrasi, ada yang bersama dengan PAS sebab benci kepada umno, ada yang bersama PAS sebab umno itu zalim, menindas dan sebagainya..... maka, golongan yg mempunyai agenda tersembunyi ini hanya boleh atau mampu dizahirkan oleh Allah Azzawajalla semata-mata..... sebab hanya Allah yang mengetahui segala apa yg kita sembunyikan dalam hati kita....walaupun setiap dari kita boleh menafikan, tetapi Allah itu Maha Mengetahui........
orang tua-tua juga selalu kata, "zahir perbuatan adalah petanda apa yg diniatkan".....maka benarlah ia sebagai satu pedoman..... perjuangan Islam bersama PAS hanya dijadikan sebagai satu alasan, hanya semata-mata alasan disebabkan tiada pilihan..... maka, terzahirlah pelbagai ucapan, ungkapan dan perbuatan yang tidak selari dengan Islam..... motto Muktamar Agung Tahunan Pemuda PAS 2013 yang mengambil tema "infiru" sebenarnya tidak begitu dihayati..... Allah berfirman dalam ayat tersebut yang berbunyi "infiru khifafan wa tsiqalan......(hingga akhir ayat)".... yang membawa pengajaran bahawa berangkatlah, berjuanglah walau dalam keadaan payah, walau dalam keadaan susah, walau dalam keadaan berat...apatah lagi dalam keadaan ringan dan keadaan senang.....

akhir kalam dari aku dalam penulisan ini..... guru-guru yang dibenihkan di dalam PAS, para da'ie yang dicerna di dalam dan luar PAS, yang bersama dengan perjuangan PAS secara langsung atau tidak langsung, tidak pernah...sama sekali tidak pernah mengajarkan bahawa syurga dan neraka itu di tangan para guru, para alim ulama atau di tangan makhluk hidup mahupun mati..... PAS tidak pernah membawa fahaman bahawa menta'ati guru dan alim ulama itu sebagai satu tiket masuk syurga..... hanya hangpa lah sahaja, hanya sekelompok manusia yang hitam dan busuk hatinya sahaja yang merasakan demikian....malah, lebih teruk lagi kebusukan dari puak umno sebab hangpa telahpun diajarkan.....puak2 umno tu tak apa lah, tok guru depa ajaq macam lain...... bukanlah "salah ibu mengandungkan"....begitu juga maksudnya "bukan salah tok guru mengajarkan"...tetapi kefahaman hangpa lah yang sebenarnya salah, yang sebenarnya menyelewengkan dek kerana niat-niat tersembunyi dalam hati yang hanya Allah Maha Ketahui......





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...