Followers

SAHAM AKHIRAT

SAHAM AKHIRAT
(klik gambar utk ke laman web rasmi)

Isnin, 29 Oktober 2012

selepas 'haramjadah'.....'lancau' pulak dah!!!!!



tadi petang aku ada tengok satu video komen dari Fathul Bari pasai CSL yg menghina Hudud......kesian sungguh aku kpd si pembodek pemerintah ini....tapi aku dok cari dah tak berjumpa link nya.....apa yg sempat aku dengar iaitu si pemuka agama ini menyatakan perbezaan dan persamaan antara CSL dan Karpal......ugh!!!! heran sungguh lah aku......isu yg sedang diperkatakan adalah mengenai penghinaan CSL terhadap Hudud yakni hukum jenayah dalam Islam......apa kena mengena dgn Karpal Singh pulak???

si pembodek itu cuba utk mengaitkan apa yg disebutkan oleh Karpal dgn apa yg disebutkan oleh CSL sebagai satu persamaan iaitu 'bermain dgn sensitiviti umat Islam'.....hahahahaha.....rasanya si pembodek ini tak faham isu.....ini bukan soal sensitiviti ummat Islam, apa yg disebutkan oleh CSL adalah 'PENGHINAAN' kepada salam satu hukum yg sedia wujud dalam Islam......sedangkan apa yg disebutkan oleh Karpal TIDAK langsung bersifat menghina kalau hanya dia sebutkan "over my dead body".... Karpal tidak pernah langsung menyentuh tatacara perlaksanaan hudud samada dari sudut keadilannya, perlaksanaannya, kesannya kepada rakyat Malaysia.....amat berbeza dgn puak2 umno sendiri yg dijadikan contoh kpd CSL terusan menghina hukum Allah....puak2 umno sendiri yg mengajar teman sekatil depa dari MCA itu menghina hukum Allah....siapa yg kata 'hukum Hudud hanya ciptaan ahli fekah'...siapa jugak yg kata 'hukum hudud tak adil', siap pula yg berkata 'kalau hudud dilaksanakan, orang Islam yg kena potong tangan dah tak dapat bekerja" dan pelbagai penghinaan lain terhadap hukum Islam itu sendiri??? adakah Karpal yg sebutkan semua itu???

jom kita pakat tunggu pulak, apa alasan2 atau dalil digunakan oleh puak2 pembodek umno mengenai video di atas.........kasihan oooo kasihan.......

Selasa, 23 Oktober 2012

Parlimen bubar 22 Januari 2013???

ada satu pantun zaman kanak2 aku di kampung...

teka teki
teka tekok
semut mati
jatuh pokok

hahahahahahaha................. Malaysia sebuah negara mempunyai sebuah korajaan paling penakut dalam dunia utk menetapkan tarikh pembubaran parlimen dan tarikh pilihanraya selepas pembubaran......

ini satu benda yg amat sukar utk difahami oleh hampir semua rakyat Malaysia........kononnya tarikh pembubaran itu hak ekslusif PM....hahahaha....yg depa tak sedar jugak iaitu hak mengundi adalah hak eksklusif rakyat....mengundi, melantik pemerintah dan meneliti perjalanan pentadbiran adalah hak eksklusif rakyat yg tak boleh diganggu gugat....... maka itu sebenarnya rakyat perlu mengetahui bilakah parlimen akan dibubarkan supaya rakyat yg sah menjadi pengundi boleh merancang percutian dan merancang perjalanan.......korajaan umno be end melalui agensi2 nya pandai sangat nk ajar rakyat merancang itu ini.....tapi depa sendiri gagal dalam menterjemahkan dalam pentadbiran....

apa ada pada 22 Januari 2013??? hahahahaha............itu tarikh pembubaran parlimen Israel....so, aku agaklah anak murid dah tentu akan ikut jejak tok gurunya..........tok guru biasa nya lebih berani dari anak murid....itu sbb tok guru umum awal......anak murid tak berani nk umum sbb dok nak tilik dulu tengok matahari siapa terbenam lebih awal..............hahahahahaha

AWAS!!!! SMS penipuan......

beberapa hari yg lepas, wife aku dapat satu SMS kononnya dari Shell (M) Berhad dan memilih nombor handphone wife aku sebagai 'pemenang bertuah'........ aku tak dapat nk upload gambar sms tu sbb wife aku dah padam sms tersebut........... cuma, aku sempat ingat laman web yg dipaparkan oleh sms tersebut.... laman web nya seperti rupa di bawah........

alamat webnya iaitu : http://www.shell.totalh.net/



SMS yg diterima menyatakan nombor handphone wife aku terpilih sebagai pemenang bertuah dan berjaya memenangi sebanyak RM20,000 dan diminta utk menelefon satu nombor handphone 017-xxxxxxxx... aku tak ingat nombor telefonnya.....so, aku semak lah dgn laman web di atas......lagipun aku dah tau dah ini satu penipuan....cuma nk sahkan saja................dan ini bukan kali pertama aku dapat SMS mcm ni....dah berbagai2 dah.....cuma kali ini saja teringat nk bagi WARNING kpd pembaca blog aku nih.........

bila aku semak dgn laman web berkaitan....sekali tengok mcm 'betul'.....tapi dua tiga kali tengok, bahasa indon yg keluar da!!!! SAH!!!! ini mmg penipuan.........yg bestnya tu, siap ada logo PDRM, ada logo Persekutuan dan amaran penipuan lagi tu......hahahahaha...........

antara sebab yg aku yakin ianya satu penipuan iaitu wife aku tak ada pun sebarang kad diskaun @ membership yg berkaitan dgn Shell, keduanya wife aku tak pernah pun mendaftarkan nombor telefon utk sebarang peraduan dgn Shell.....nombor telefon aku ada lah sbb aku ada kad 'BonusLink'....so, mcm mana depa boleh memberi tuah kpd nombor handphone wife aku???..............

so, aku berharap agar dapatlah kita meningkatkan taraf keberhatian kita dan jgn sesekali mudah terpengaruh atau terpedaya.........harapan aku jugak semoga pihak berkenaan iaitu Shell (M), PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dapat bertindak mengikut undang2 sedia bagi membanteras penipuan seperti ini terus berleluasa..... apatah lagi dgn berani dan sewenang2nya depa guna logo Persekutuan Malaysia dan PDRM utk menghalalkan penipuan depa..................

SMS desperado!!!!

gambar di bawah adalah 2 SMS desperado yg dihantar kepada telefon wife aku beberapa hari lepas..... hahahaha...... nampak sangatlah betapa terdesaknya puak2 itu.......



menariknya iaitu SMS (gambar 1) dihantar kpd nombor hp wife aku iaitu seorang anak Kedah yg tak ada kena mengena dgn Selangor....maksud aku, wife aku bukannya anak kelahiran Selangor, bukan juga tinggal di Selangor, tak pernah bersekolah di Selangor dan tak pernah pun pikiaq pun apa2 pasai negeri Selangor......

manakala gambar 2 pulak iaitu ucapan besday kpd wife aku.....hahahahaha...... herannya jugak iaitu pada tarikh ianya di hantar langsung tak ada kena mengena dgn tarikh besday wife aku......besday wife aku dah lepas 6 bulan yg lalu.........hahahaha...... betapa desperate nya puak2 itu......puak mana??? hahahaha..... sendiri mau tau ler......

Selasa, 2 Oktober 2012

Ubat 'Sheng Chang' Diharamkan

Ubat 'Sheng Chang' Diharamkan

Kementerian Kesihatan mengharamkan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk tradisional Jin Fei Cao San Extract Powder 'Sheng Chang' selepas dikesan mempunyai mengandungi racun berjadual 'epherine' dan 'pseudoephedrine'.

Ubat tradisional itu digunakan untuk melegakan selesema, batuk, kahak dan sakit kepala dan dikilangkan oleh syarikat Taiwan, Sheng Chang Pharmaceutical Co Ltd.

Dalam kenyataan pada Isnin, kementerian itu berkata Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, telah membatalkan lesen pendaftaran produk yang dipegang oleh Lifecare Essential Sdn Bhd., Kuala Lumpur, pada 27 Sept lepas.

Mana-mana pihak yang memiliki stok produk berkenaan dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk itu serta-merta, katanya. - BERNAMA

Ahad, 30 September 2012

Ringkasan Bajet 2013

aku boh dulu ringkasan bajet yang ditulis oleh orang yg pandai dalam hal ringkas meringkas bajet ni.... aku reti komen saja......nanti aku tulis pulak komen aku dalam entri yg akan datang....nak kena study dulu dua tiga perkara.........


Ringkasan bajet 2013
  • Bonus 1 bulan setengah diberikan kepada penjawat awam. Setengah bulan sudah dibayar semasa hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Setengah bulan akan dibayar pada bulan Disember nanti dan setengah lagi pada bulan Januari 2013. Bagi pesara pula pemberian @bonus juga mereka dapat sebanyak RM500. 
  • Pelepasan cukai pendapatan bagi tabungan di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (PTPTN) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000. 
  • Diskaun 20% bagi pinjamaan PTPTN jika selesaikan hutang tersebut sekaligus bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. Bagi yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual bermula 1 Oktober 2012, diskaun 10% setahun akan diberikan. 

Khamis, 27 September 2012

warta pitnah dah mula keluaq!!!!

tak cukup dengan tibi tiga dan saluran media elektronik dan media cetak, puak2 umnu be end cetak pulak Warta Nasional yg aku rasa lebih elok dipanggil warta fitnah.....

gambaq di sebelah adalah apa yg aku jumpa hari ini di satu bus stop di Alor Setar....diletakkan entah oleh siapa dan tercatat padanya Bil. 4/2012/Edisi Percuma.......hahahaha..... bersama dgn warta tu adalah sebuah buku Janji Ditepati.......

malas aku nk komen banyak dan malas aku nk ulas segala isi kandungannya buat masa la ni sbb kalut skit....trektar dah nak turun bendang dah, hujan plak dua tiga hari ni.....nak kena pi tengok ayaq dalam bendang sat dulu......

ringkasnya, aku ambik semua warta dan buku tu, masuk dalam kereta.....balik aku buang dalam tong sampah......hahahahaha.....padan dgn tong sampah saja baca....

apa yg jelas iaitu puak2 tu dah makin terdesak dan mendesak.....dalam warta tu berbagai berita tak berasas diterbitkan tanpa dinyatakan nama pengarang dan pencetaknya mahupun penerbitan mana....... hahahaha..... kalau benar, beranilah dalam berkata2......bukan dgn cara budak2 tadika baling batu sembunyi tangan......

poooooodah!!!!!!!

Selasa, 25 September 2012

Kajian: Jangkaan BN menang PRU13 susut

berita : Sinar

SHAH ALAM - Peratusan jangkaan Barisan Nasional (BN) akan menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) merosot berbanding kedudukan awal tahun, demikian menurut hasil kajian terbaru diumumkan oleh pusat penyelidikan Universiti Malaya (UM), hari ini.
Sebaliknya, jangkaan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan mencapai misinya menguasai Putrajaya dan menggantikan BN di pusat meningkat.

Peratusan pengundi yang tidak pasti berhubung soalan yang membawa kepada jangkaan itu - "dengan andaian anda tidak memihak kepada mana-mana parti politik, parti manakah yang anda jangka akan menang di peringkat nasional dalam PRU13 dan menguasai Putrajaya", mengalami penurunan daripada 30 peratus kepada 26 peratus.

Kedudukan itu 26 peratus itu dilihat menggambarkan pendirian pengundi-pengundi atas pagar, yang akan memainkan peranan penting dalam PRU13.


Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel) ini menunjukkan hanya 44 peratus mengatakan BN dijangka menang di peringkat nasional berbanding jangkaan 49 peratus Mac lalu. Dalam pada itu, peratusan keyakinan PR akan menang meningkat daripada 21 peratus kepada 30 peratus - satu tahap kenaikan yang besar.

Penemuam ini adalah berdasarkan kajian perbandingan yang dijalankan pada Mac-April dan September 2012. Kajian awal dijalankan antara 31 Mac dan 15 April lalu manakala yang terbaru dari 1 hingga 16 September.

Dalam pada itu, kajian yang sama menunjukkan bahawa bilangan responden yang yakin PR akan mengekalkan kuasa di Selangor meningkat besar daripada 38 peratus pada Mac kepada 50 peratus pada bulan ini.

Bagaimanapun jangkaan bahawa BN akan menang pula merosot daripada 28 peratus kepada 16 peratus. Jangkaan di kalangan responden yang tidak pasti kekal 34 peratus pada Mac dan September.

Senario yang sama ditunjukkan oleh data membabitkan Kedah.

Paras jangkaan PR akan menang di Kedah naik daripada 37 peratus kepada 48 peratus manakala di pihak BN pula menurun daripada 40 peratus kepada 32 peratus. Jangkaan di kalangan responden tidak pasti menurun sedikit daripada 23 peratus kepada 20 peratus.

Selangor, Kedah dan Pulau Pinang dikuasai oleh PR pada Pilihan Raya Umum 2008. Pas memerintah Kelantan sejak 1990.

Kajian Mac-April menggunakan 2,282 responden manakala kajian terbaru membabitkan 1,536 responden.

Daripada 1,526 responden, seramai 1,041 melibatkan orang Melayu, Cina (385) dan India (110).

Dalam kenyataan hasil kajian yang dikeluarkan hari ini, Umcedel berkata, pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.

Kajian UM: Populariti Najib jatuh 3 peratus

berita : Sinar

SHAH ALAM - Kajian terbaru sebuah pusat pilihan raya Universiti Malaya (UM) menunjukkan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami sedikit penurunan berbanding kedudukan Mac-April lalu.

Populariti Najib, yang dilihat sebagai faktor penentu dalam membawa Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding prestasi 2008, telah susut daripada 61 peratus kepada 58 peratus.

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel), Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman menyifatkan penurunan itu "masih keci", tetapi sama ada ia "satu trend penurunan atau yang hanya bersifat sementara adalah satu persoalan."

orang Cina dah mula yakin....puak umnu???

sumber : Malaysiakini

42% masyarakat Cina percaya bahawa Hudud mampu membendung kes jenayah??? apa yg aku boleh katakan iaitu pelik bin ajaib walaupun ianya bukanlah sesuatu yg mustahil.......

walaupun angka tersebut tidak mewakili majoriti, tetapi ianya sangat-sangat signifikan dan kiranya satu angka yg mengejutkan jugak lah dalam keadaan ummat Islam di Malaysia sedang berada dalam krisis ilmu dan kefahaman terhadap agama sendiri.........

angka itu juga menjadi petunjuk bahawa penerapan 'Islam Untuk Semua' yang di bawa oleh PAS sudah mula menampakkan hasil yang baik dan berkesan....PAS yang pada dulunya amat ditakuti oleh masyarakat bukan Islam dengan momokan yg dibuat oleh seteru politik terutamanya dalam isu Hudud....hanya sejak 10 tahun kebelakangan ini sahaja, rentak perjalanan PAS semakin gagah dan mantap dalam memberi penerangan kepada masyarakat mengenai Hudud dan perlaksanaannya......

macam mana pulak dengan puak2 umnu??? geng perkosam??? geng pekikda??? hahahaha..... aku rasa, puak2 tu tentu tak setuju dengan angka tersebut dan depa sudah semestinya tak bersetuju bahawa Hudud mampu membawa keadilan dan keamanan kepada masyarakat dan negara.....heran yang amat heran sbb orang yang mengaku Islam menolak sebarang cadangan perlaksanaan undang-undang Islam dengan seribu satu macam alasan.....la ni Allah dah bagi petunjuk jelas bahawa Allah Maha Berkuasa.....kalau hangpa tak mau, masih ada orang yang mau walaupun depa tak beriman dgn Allah dan Rasul Nya.........

Isnin, 24 September 2012

jangan tak komen.....janji puas hati......hahahahaha!!!!!

tu dia aih.....hangpa tengok dan baca komen sekor umno hangit di blog aku ni.....dia ni Tuhan ka yg dgn mudah kata puak2 PAS (ahli & penyokong PAS) adalah "syaitan yg direjam dan dibakar oleh kuasa azab Allah SWT".... setahu aku, hanya umno saja yg disyorkan pilih syaitan berbanding malaikat..... 


kalau dia tulis 'akan'....aku boleh paham lagi lah......tp tak ada langsung perkataan utk aku husnudzhan dgn dia ni........ mangkuk ayun yg macam ni lah bakal menambahkan koleksi mereka2 yang akan memilih syaitan yg dikenali berbanding malaikat yang tak dikenali.....

bedal lah komen apa pun.......satu milimeter pun tak menjejaskan aku.....itu sbb aku open comment di blog aku ni.....mana2 yg bodoh akan teruskan menunjukkan kebodohan sendiri.....yang cerdik insyaAllah akan Allah lindungi......mudah saja matematiknya.......

repekan sahibussamangkuk!!!!!

berita : Malaysiakini

Membaca laporan berita seperti di sebelah, aku hanya boleh kelaskan ungkapan2 yg dikeluarkan lebih kepada bersifat repekan seseorang yg kemungkinannya merasakan dia tidak akan kembali bertemu Khaliq nya....

Sejak dari dulu lagi, manusia inilah paling lantang, paling kuat dan paling terkehadapan dalam membantah perlaksanaan hukum Hudud di bumi Malaysia ni dengan hanya berpandukan kepada satu-satunya hujjah nya iaitu 'keadilan'...........

Yang aku amat hairankan pulak, ke mana perginya puak2 yg mendabik dada pandai agama dalam umno sehingga meletakkan gelaran depa sebagai 'Ulama Muda'??? Kalau tak salah pada ingatan aku, puak2 ulama muda ni pernah menziarahi orang tua itu selepas daripada kenyataan yg dikeluarkannya dalam satu majlis di sebuah universiti yg dipetik sebagai berkata Hudud itu hanyalah ciptaan ahli fekah dan tidak ada dalam al Quran............
hangpa boleh lawat entri aku di sini utk clear view : Hukum Hudud hanyalah ciptaan ahli2 feqah

Entah mcm mana lagi lah nk bagi paham sesetengah manusia yg dari jenis ini.....dan entah hujjah atau bukti yg macam mana lagi yg depa nak.....aku pun tak paham!!!!!!

Dan masa puak2 ILMU yg pi ziarah TDM itu hari, apa yg depa tanya dan cerita kat dia pun kita tak tau!!!! entah pi bagi nasihat ataupun dinasihatkan!!!!

Dalam artikel berita di atas, paling menarik kata2 TDM iaitu seperti screen shot di bawah :

"Tambahnya lagi, golongan berkenaan juga tidak mengambil kira hakikat bahawa komuniti Islam wujud bersama dengan komuniti bukan Islam"

Dengan ayat seperti di atas, timbul persoalan di kepala hotak aku ni iaitu adakah Allah itu jahil pada pandangan TDM ni??? adakah Allah tidak tahu bahawa ummat Islam akan wujud di celah2 atau bersama komuniti bukan Islam hinggakan Allah menurunkan hukum2 yg tidak sesuai untuk dilaksanakan sama sekali??? dan adakah Allah jugak tidak bersifat dengan Maha Adil??? atau bagaimanakah Allah itu pada pandangan TDM ni?????????

katanya lagi :
"Saya dapati kita kurang mempercayai perkara yang yang terkandung dalam Quran tetapi lebih (percaya) apa yang diajarkan kepada kita dalam sunnah dan hadis - yang sebenarnya tidak wajib."

SubhanAllah, masyaAllah......adakah ini juga mengisyaratkan kepada kita bahwa TDM ni menolak Hadis sebagai satu sumber hukum dan sebagai contoh dan pelengkap atau praktis dari isi al Quran??? jika begitu, PENGHINAAN APAKAH INI yang dibuat oleh TDM kepada junjungan besar Nabi Muhammad??? disebalik kita memarahi musuh2 Islam menghina Rasulullah, adakah perkataan TDM ini tidak bersifat menghina Rasulullah yang menjadi utusan Allah, yang maksum, sebagai petunjuk, contoh dan tauladan kepada ummat manusia??? Adakah Rasulullah suruh kita melebihkan sunnah berbanding al Quran??? malah Allah telah berpesan dalam surah al A'raf, ayat 158 yg bermaksud
"Katakanlah (Wahai Muhammad) : wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tiada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan yang mematikan; maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk"

manakala dalam surah al Fatihah yg kita wajib baca setiap hari 17 kali, dalam ayat 5-7 yang bermaksud :
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, yaitu jalan orang-orang yang Engkau anugrahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"

jalan lurus yg mana wahai TDM??? kalau dah hang tak mau pakai hadis dan sunnah......hang tunjuk mai jalan yg hang rasa lurus???

firman Allah dalam surah an Nahl, ayat 44 yang bermaksud :
"Dan Kami turunkan kepadamu (Muhammad) al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka"

petikan dari Mifthul Jannah fii al-Ihtijaj bi as-Sunnah oleh al-Hafizh al-Imam as-Suyuthi, menyebutkan :
riwayat dari Makhul, ia berkata : "al Qur'an lebih memerlukan asSunnah daripada asSunnah memerlukan al Qur'an" - diriwayatkan oleh Said bin Mansur.
riwayat dari Yahya bin Abu Katsir, ia berkata : "asSunnah memutuskan (menetapkan) al-Qur'an dan tidaklah al Qur'an memutuskan (menetapkan) asSunnah" - diriwayatkan oleh ad-Darimi dan Said bin Manshur.
al-Baihaqi berkata : "Maksud dari ungkapan di atas, bahwa kedudukan asSunnah terhadap al Qur'an adalah sebagai yang menerangkan sesuatu yang datang dari Allah, sebagaimana firman Allah"

kalau nk dikarangkan, sampai 3 hari 3 malam pun tak abis cerita pertautan antara asSunnah dan al Qur'an ni....aku pun bukannya reti sangat nk dok explain bab2 ni sbb takdak ilmu pun.....takat mana yg aku reti saja.....tapi pun, tak berani aku sampai nak membuat perbandingan antara al Qur'an dan asSunnah, mana yg lebih perlu diikuti sedangkan sejak aku kenai Islam, tok2 guru dan para ustaz ustazah ajaq aku bahawa Sunnah pelengkap kepada al Qur'an.......... kalau tak ada Sunnah, nk makan pun tak reti macam mana!!!! 

jom kita perati AMARAN Allah dalam surah Qaaf, ayat 45 yang bermaksud :
"Kami (Allah) lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman); oleh itu, berilah peringatan dengan al Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu"

Jumaat, 21 September 2012

beginikah ajaran Islam???

hangpa tengok video di bawah ni.....tengok sampai abih!!!

beginikah ajaran Islam yg diajarkan kepada puak2 gerombolan ni??? kononnya nk mempertahankan kesucian Islam, tetapi apa yg diperbuat sebenarnya lebih menghinakan agama Islam itu sendiri....... ajaran mana yg depa pakai??? kitab mana yg depa turut??? tok guru mana yg depa ikut???



adakah ini jugak yg disebutkan oleh seorang tu yg menjadi tanda bahawa parti depa direstui Ilahi??? atau ini merupakan satu dari ajaran malaikat yg tidak dikenali???

pada aku, kelucahan...kata caci maki dan kurang ajaran seperti dalam video di atas lah sebenarnya bakal mengundang rasa benci dan jijik orang bukan Islam kepada Islam.....bukan Islam yg kurang arif dan kurang memahami Islam akan senantiasa memisahkan diri dari Islam dek kerana perangai yg macam di atas tu!!!!!

Musuh tidak mahu Islam berkuasa - Noh Gadut

berita penuh : Sinar

Antara intipati yang disebutkan oleh bekas Mufti Johor ni iaitu 4 strategi musuh Islam dalam menghalang Islam dari berkuasa.....
1. memiskinkan ummat Islam
2. ketinggalan dalam bidang ekonomi dan ilmu
3. perpecahan ummat Islam
4. tidak berkasih sayang

aku amat bersetuju dgn semua di atas yg disebutkan oleh Datuk Noh.....AKAN TETAPI....ummat kita hari ini amat mudah menyalahkan pihak luar ataupun musuh apabila sesuatu berlaku dalam kehidupan ummat Islam dan pada masa yg sama seolah2 menafikan hasil kerja tangan-tangan ummat Islam sendiri yg telah melemahkan ummat Islam dari segenap penjuru.....

dah namanya pun 'MUSUH'.....dah tentu musuh2 akan bertindak sesuai dengan kedudukan depa sebagai musuh......lebih kurang mcm musuh tanaman....depa akan menyerang tanaman tak kira samada kita dalam keadaan bersedia atau tidak, samada kita boleh hadapi atau tidak.....musuh tanaman tetap akan menyerang apabila sampai waktu dan ketikanya...... maka, apa yg kita dok menyalahkan musuh tak berenti-renti sedangkan dah memang sifat musuh sebegitu!!!!!

sesuatu yang wajar diingat bahawa musuh itu terdiri dari dua bahagian iaitu musuh luaran dan musuh dalaman..... kalau kita sebutkan Yahudi sebagai musuh luaran, maka musuh dalaman ummat Islam siapa??? kalau dalam satu batang tubuh, musuh luaran adalah benda2 di sekelilingnya termasuklah syaitan yang dikenali....maka musuh dalaman adalah hawa nafsunya sendiri.......bagi aku, musuh dalaman ummat Islam adalah orang2 Islam itu sendiri......

mengenai kekuasaan.....kalau sebutkan dalam konteks negara Malaysia....ummat yang berkuasa atau yang memegang tampuk kuasa adalah ummat Islam juga....tapi, mengapa keempat-empat benda yg disebutkan oleh Datuk Noh Gadut wujud dalam negara kita??? adakah itu perbuatan musuh Islam samada Yahudi atau Nasrani??? adakah puak yahudi yg tinggal bertaburan di seluruh dunia yg memiskinkan ummat Islam di Malaysia??? adakah puak2 Nasrani yg meletakkan ummat Islam di Malaysia ketinggalan dalam bidang ekonomi??? adakah, adakah, ADAKAH itu semua????????

di Malaysia, rekod rakyat miskin menunjukkan orang2 Islam masih lagi mengungguli carta kemiskinan, begitu juga dalam aspek pembelajaran dengan kos yang tinggi dalam sara hidup harian dan kos yg tinggi jugak dalam segala aspek berkaitan keilmuan.....dari sudut perpecahan pulak, perbuatan adu domba...fitnah memfitnah jadi makanan harian..... hangpa sambung lah lagi huraian aku tu.....

gila sudah!!!!!!

Selepas tadika, PASTI pula dicerobohi

Oleh Mazlan Aliman, 21 Sep 2012

Belum pun reda isu Tadika Permata Islamiyyah Pasir Gudang ditutup oleh Umno; Tadika Islam Pasti Taman Aman Senai, Johor pula diceroboh malam kelmarin.

Ia dilakukan oleh Ketua Umno Cawangan Taman Aman, Norazman Hasbollah. Beliau juga adalah SU Kerja Umno Bahagian Kulaijaya dan Ahli Majlis Perbandaran Kulaijaya (MDKu).

Norazman telah datang ke premis Pasti jam 8.13 mlm dengan merobohkan signboard Pasti dan menurunkan serta membuang banner 'TAWARAN PAKATAN RAKYAT' . Beliau dipercayai amat marah dengan kewujudan banner tersebut yang baru dinaikkan sehari sebelum itu.

Secara tidak berakhlak beliau dengan nada tinggi memarahi guru Pasti yang tinggal di premis tersebut, Cik Zuraidah Beeran. Beliau turut mengugut guru Pasti berkenaan sehingga menimbulkan ketakutan sesuatu yang buruk boleh berlaku. Norazman terjerit-jerit sambil menggoncang pintu pagar Pasti.

Cik Zuraida telah membuat laporan Polis di Balai Polis Senai pada pukul 10 malam kejadian itu diiringi beberapa pimpinan PAS Kawasan Kulaijaya dan pengurusan Pasti.

Sebagai seorang pimpinan Umno dan masyarakat, tindakan beliau adalah tidak wajar sama sekali. Adakah beliau tidak mengetahui bahawa Pasti terletak di bawah kelolaan PAS menerusi Dewan Pemuda PAS?

berita lanjut : Harakah
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ish ish ish.......lepas kes sebuah tadika yang dimangga oleh seorang AJK Umno.....kali ni PASTI pulak dijadikan mangsa kemarahan politik puak2 tak bertamadun ni...... senang ja aku panggil puak2 umno ni sebagai puak tak bertamadun sbb tindakan2 yg dibuat semakin di luar batasan kewarasan sebagai manusia yg bertamadun.........

Kalau di Terengganu ketika peralihan kuasa kepada PAS pada PRU 1999 yg melihatkan PAS berkuasa 1999-2004, tadika dijadikan alat propaganda dengan mengatakan kerajaan PAS Terengganu menutup dan mengusir kanak2 yang belajar di tadika dengan alasan premis yg digunakan adalah hakmilik kerajaan negeri sedangkan hakikat sebenar adalah tidak benar sama sekali.............

Begitu juga di Kedah ketika awal pengambil alihan kuasa kepada PAS selepas menang PRU 2008, puak2 tak bertamadun itu sekali lagi cuba utk jadikan tadika dan pelajar2nya sebagai alat propaganda meraih simpati masyarakat........tetapi alhamdulillah, tak berjaya apabila Ustaz Azizan selaku MB mengumumkan bahawa Tadika yg beroperasi di premis2 milik kerajaan negeri boleh meneruskan pembelajaran seperti biasa......tapi, berlaku di taman perumahan aku ni apabila puak2 tak bertamadun tu mengosongkan premis tadika depa hanya beberapa hari selepas PAS membentuk kerajaan negeri bersama PKR dan DAP....

Puak2 tak bertamadun ni merasakan depa lah manusia paling betoi dalam dunia ni.....maka, tindakan yg depa buat semuanya betoi belaka. Apatah lagi pulak, ada sorang tok meteri sebut depa tak jamin 'keselematan' pembangkang di Johor......apa lagi!!!!!! anak2 juak naik tocang lah.......

Tapi apa yg puak2 ni tak tau iaitu orang sekeliling menilai apa yg depa buat......semakin tak bertamadun depa, insyaAllah akan semakin jauh hati2 penyokong depa sendiri dari parti depa yg kononnya mendapat restu Ilahi tu....... disebabkan itu jugak kot yg depa suka suki buat bermacam2 benda walaupun melanggar undang2........ dalam kes di atas, satu laporan polis telah pun dibuat.......tapi....TAPI....TAPI.....aku yakin laporan tu hanya akan tinggal atas kertas saja......hangpa tengok lah nanti!!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...