Oleh : Akmal Sani
1. Entah mengapa ada pula orang di sekeliling kita yang melompat kepanasan apabila PJ PAS Perak mengeluarkan kenyataan peringatan bagi mana mana individu atau kumpulan yang ingin menjatuhkan Presiden PAS. Hairan juga.
2. Sambil kepanasan, ada juga yang mengatakan PJ PAS Perak sengaja menimbulkan polemik, atau tuduhan tanpa asas. Mungkin juga mereka jarang membaca akhbar dan tidak melayari internet kerana terlalu sibuk berpoligam. Atau gelabah kerana strategi licik mereka dikesan.
3. Di sini saya ingin membantu mereka untuk membuka mata melihat agenda agenda menjatuhkan Presiden TGHH yang mereka anggap sebagai polemik dan tuduhan tanpa asas;
a) Sarat di dada akhbar hari ini tentang kehadiran TGHH di dalam mesyuarat Pakatan, walhal LGE yang lebih kerap tidak hadir, tidak pula masuk akhbar. Adakah kamu terlupa membaca akhbar?
b) PKR mengheret TGHH ke mahkamah dengan isu yang seperti tin kosong. Kemudian dijaja ke sana ke mari mengatakan TGHH membuat tuduhan tanpa usul periksa. Adakah kamu tak sedar isu ini sedang berlangsung?
c) PasMa ke sana ke mari membuka ruang seluas luasnya kepada mana mana orang untuk menghina TGHH dengan alasan kebebasan bersuara. Kamu tak layari internet kah?
d) Isu MB Selangor, sana sini manusia menunding jari kepada TGHH menuduhnya sebagai pengkhianat walhal beliau berpegang dengan keputusan mesyuarat. Apakah kamu membuta tentang isu ini?
e) Jatuhnya kedah ke tangan BN juga dikaitkan dgn presiden. Padahal ini semua angkara presiden PasMa
f) kononnya agenda khayalan 16 September juga berpunca dpd presiden.
g) UG dikaitkan dgn presiden terus ditendang walaupun penjelasan telah diberi
4. Rasanya cukup sekadar ini untuk membantu mereka yang masih belum sedar penganiyaan terhadap Presiden PAS, atau sengaja buat buat tak tahu? Atau kamu tidak anggap apa yang disenaraikan di atas sebagai satu penganiyaan dan agenda menjatuhkan Presiden?
* Penulis adalah Exco Pemuda PAS Perak
exco pemuda yang berhujah dengan khayalan pil kuda, tiada fakta
BalasPadam