Blog Member

Ahad, 23 November 2014

alkisah nombor plat kereta sama....

alkisah dua kereta mempunyai nombor plat yang sama....aku pernah jumpa kes mcm ni....tapi bukan jumpa dua-dua buah kereta, cuma aku jumpa sebuah kereta sahaja..... kalau di Kedah ni, orang panggil 'kereta piang'.....kereta piang ni maksudnya kereta yang tak bayar ansuran bulanan di bank....bagi mengelakkan tindakan kereta tu ditarik, depa klon nombor plat kereta yang hampir sama terutama dari segi jenis dengan kereta yg depa miliki....

kemudian, nak ambik roadtax tak susah mana....depa akan gunakan saluran tertentu, buat report di JPJ mengatakan roadtax kereta yg sebenar tu rosak atau hilang....dengan itu, depa dapatlah satu lagi salinan roadtax kereta sebenar dan dipakaikan pada kereta piang depa..... bila tuan punya kereta sebenar bayar roadtax, depa akan tunggu sebulan dua...lepas tu depa pi mohon salinan roadtax di JPJ kononnya roadtax yg asal pudar, rosak dan sebagainya.....mungkin ada keterlibatan rasuah dalam urusan ini....

sebenarnya kerja buat ni dah lama dah dok jadi....tapi disebabkan dulu tak ada facebook dan jaringan hubungan sosial tak sebegitu meriah macam zaman ini....maka, ramai yg tak tahu..... cumanya yg jadi pelik dan persoalan, tindakan pihak berkuasa dan korajaan di Malaysia ni mmg aku boleh kata macam pelaq....bila ada kes mcm ni, depa hanya siasat dan selesaikan kes terbabit sahaja.....tapi bukan utk halang supaya kes tak berulang.....bukan depa nak cari kaedah-kaedah dan wujudkan peraturan utk banteras kerja buat songsang ni....yg depa kalut, dok nak ukur nombor plat kereta orang kononnya punca kemalangan.....

nota : copy paste dari tulisan aku di fb sebelum ini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...