gambar Malaysiakini |
pulak dah!!!! selepas kita dikejutkan dgn pernyataan bahawa "Malaysia tak dijajah" oleh seorang profesor, pernyataan Kho Kay Kim ini juga satu yg mengejutkan. walaupun ianya bersifat pandangan peribadi, tetapi sebagai seorang profesor, pendapat tersebut tidak akan terlontar keluar dari mulutnya secara spontan...melainkan ianya satu keyakinan berdasarkan prinsip-prinsip tertentu dalam bidangnya.....
mungkin lepas ni akan ada pulak pihak yg akan menyuarakan bantahan setelah sekian lama depa dok pertahan dan setelah sekian lama pula, cerita Hang Tuah dan Hang Jebat dijadikan sebagai sandaran dan panduan.....kita tunggu dan lihat saja....tp kalau puak2 tu senyap, dah tentu ada restu umno be end dalam apa yg disebutkan oleh Kho Kay Kim ni.....hahahahahaha
tapi, aku juga nak tanya Kho Kay Kim, bagaimana pula manipulasi sejarah yg dibuat sejak sekian lama??? manipulasi sejarah hinggakan menenggelamkan tokoh2 sebenar yg memperjuangkan kemerdekaan, nama2 besar spt Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Pak Sako, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, pejuang2 dalam AWAS, API dan banyak lagi....malah sebelum zaman mereka itu, pejuang seperti Datuk Maharajalela, Datuk Sagor, Tok Janggut, Tok Gajah, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Pandak Indut, Rentap, Datu Mat Salleh dan ramai lagi yg telah berkorban nyawa demi tanah air tercinta......mengapa nama-nama depa ni tak diangkat sebagai pejuang yg sebenar??? tetapi mendepani umno yg ditubuhkan pada awalnya sebagai pembawa agenda British, tetapi diangkat sebagai hero kemerdekaan.....
berita : malaysiakini.com
Saya rasa apa yang dia kata, "....mengatakan Hang Tuah, Hang Jebat dan Puteri Hang Li Po tak wujud....ianya hanya suatu mitos dan tidak wajar dimasukkan sebagai suatu fakta sejarah dalam mata pelajaran Sejarah......" itu, adalah betul kerana tidak ada mana-mana buku sejarah yang ada menulis tentang mereka. Yang ada pun hanyalah hikayat. Hikayat itu bukannya sejarah.
BalasPadamSebagai seorang peminat sejarah tanahair dan saya sudah puas berikhtiar untuk mencari buku-buku sejarah tentang mereka di kesemua perpustakaan IPTA dan juga di NUS tetapi, masih belum jumpa sehingga sekarang.
Kalau ada sesiapa yang berjumpa buku sejarah yang ada menulis tentang mereka, tolong kasi tahu saya. Terima kasih.