Blog Member

Khamis, 12 Januari 2012

Bapa Saiful mohon Peguam Negara rayu kes liwat II

berita : malaysiakini.com



Sudah-sudahlah tu......dok nk panjangkan lagi buat apa!!! orang pun sebenarnya dah naik muak nk baca cerita hangpa dah...ingatlah Tuhan sama

tapi herannya juga hangpa ni, masih dok nak guna mahkamah sivil...apa pasai tak guna mahkamah Syariah??? sebab hangpa tau akan kalah at the first stage....mmg hangpa ni nak cari menang saja

mmg aku pun sebenarnya dah naik muak dgn berita2 kes liwat ni sbb banyak menghilangkan fokus dan sudah tentunya melencongkan pemikiran rakyat dari isu-isu yg lebih mendasar.

kpd keluarga Saiful nih, aku nasihatkan jgn dok bawa agenda pungkoq tu hingga membebani rakyat...berapa banyak kos mahkamah terpaksa dihabiskan, sedangkan keadilan pada sisi Allah tidak terletak kpd kalah dan menang....keadilan pada sisi Allah adalah pada bagaimana sistem itu dilaksanakan, manakala kalah dan menang adalah natijah dari sistem keadilan yg diamalkan. Mahkamah Sivil tidak mampu menjanjikan apa2 keadilan berbanding hukum2 Syariah yg tidak memestikan pesalah perlu dihukum kerana kesalahan membuat tuduhan tanpa berupaya membuktikan adalah lebih berat dari jenayah yg dilakukan.....

dalam perbicaraan kes yg telah lalu, seluruh rakyat Malaysia diperlihatkan pelbagai perkara yg memalukan, melanggar batas hukum serta merentasi logik pada akal dengan fakta-fakta yg terdapat padanya pelbagai percanggahan. Bukan itu saja, hampir kesemuanya tidak mampu dirungkaikan...kita diperlihatkan bagaimana seluar dalam Saiful dijumpai di rumah teman wanitanya, kita diperlihatkan perbuatan bersumpah laknat yg tidak langsung menepati tatacara dan asas keadilan Islam dan pelbagai lagi yg aku boleh katakan memalukan...

sudah sudah lah wahai saiful dan keluarga....bertaubat saja kpd Allah kerana taubat itu tak semestinya kerana membuat salah...tapi dibimbangi ada salah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...