Blog Member

Ahad, 22 Januari 2012

apa pasai berahim ali yg jawab bagi pihak NFC???

hangpa baca berita di bawah nih....yg aku hairan iaitu apa pasai Ibrahim Ali yg jawab bagi pihak NFC??? dan apa sbb NFC sendiri tak dedahkan salah laku pekerja ni sejak awal???

bagi aku, isu penyelewengan pekerja adalah soal dalaman syarikat yg tak perlu nk dijadikan sebagai satu alasan bahawa TIDAK WUJUD penyelewengan dana NFC....dan samada tuduhan penyelewengan itu wujud atau tidak, diminta pihak polis dan SPRM membuat siasatan dgn penuh ketelusan dan jgn sampai ada sebarang persoalan berbangkit......

yg nak sangat rakyat tau iaitu kes pembelian kondo berharga puluhan juta ringgit, pembelian tanah juga berharga jutaan ringgit dari dana NFC....

dilaporkan juga pihak PERKASA berpuas hati mendengar taklimat dari NFC.....hahahaha....ini pun satu kepelikan juga....apakah PERKASA satu entiti berkanun yg mempunyai hak utk membuat kesimpulan 'tidak bersalah' setelah mendengar satu taklimat satu pihak??? malah, taklimat yg diberikan juga hanya dari satu pihak, dan apa pasai PERKASA tidak mahu pulak dengar dari sebelah lagi pihak??? logik akalnya boleh pikiaq bahawa depa ni memang berpihak.....


dan adakah pula, melalui taklimat yg diberikan....segala permasalah sudah boleh diputuskan??? kalau begitu, ini satu lagi sistem baru rekaan depa selepas dari sistem sumpah mubahalah sebagai satu kaedah tak mengaku salah atau mengaku benar......

mengikut petikan berita, iaitu :
"Menurut Ibrahim, buku rekod tunai yang diberikan kepada PKR itu hanyalah sebahagian daripada "cerita sebenar" dan di dalamnya tidak dinyatakan dengan terperinci butiran perbelanjaan syarikat berkenaan"

mengikut faham aku, kalau dah dikatakan sebahagian daripada 'cerita sebenar', maka terbuktilah bahawa apa yg didedahkan sebelum ini adalah benar dan bukannya satu fitnah atau rekaan semata2.....walaupun tidak dinyatakan butiran terperinci perbelanjaannya, tapi semua org boleh paham kalau ditulis beli roti, maka rotilah yg akan dapat....yg terperincinya orang tak tahu roti tu utk kegunaan apa dan apa tujuan dibeli....mcm tu juga, kalau dah tulis beli kondo....maka kondo lah yg dapat....cumanya yg jadi persoalan sekarang ni, kondo tu utk kegunaan apa dan adakah ianya termasuk dalam perbelanjaan yg dibenarkan dari dana yg diberi??? melainkan kalau dibeli dari duit keuntungan syarikat, itu lain skit ceritanya sbb meniaga dah untung...bolehlah beli apa yg patut utk back-up kompeni....itupun masih lagi ada syarat2 tertentu spt tak boleh letak nama individu dsb.....itu yg aku paham lah selaku pengarah syarikat tok nenek moyang aku iaitu pokok getah.... hahahahahaha......

kalau peniaga2 kecik yg pinjam empat lima ribu, bukan main hangpa ligan....masa nk isi borang lagi dah kena tulis apa yg nk dibelanjakan....kalau pinjam utk beli bahan mentah, tak boleh beli benda lain walaupun tayar motor, apatah lagi kalau duit pinjaman tu nk gunakan beli rumah....tobat lahom tak boleh....

hangpa baca lah sini  beritanya....

Pemberi maklumat NFC telah mencuri RM2.7 juta, dakwa Ibrahim Ali

Tiada ulasan:

Catat Komen

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...