Blog Member

Selasa, 10 Januari 2012

Anwar bebas, tidak bermakna tiada liwat - Rahimi Osman

berita penuh : sinarharian.com.my

Rahimi (gambar), bekas Setiausaha Sulit DSAI tetap menyakini bahawa kejadian liwat itu berlaku walaupun DSAI dibebaskan dari pertuduhan.

Ya....secara mudahnya boleh difahamkan sebegitu dan kerana itulah keputusan hakim melepaskan DSAI adalah atas faktor bukti DNA. Hakim yg tidak membaca penghakiman penuh hanya memutuskan DSAI tidak bersalah melalui ucapan penghakimannya selama 1.5 minit dgn katanya "Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik"....

ini juga dapat memberi satu isyarat kpd kita iaitu akan ada kisah sambungannya sekiranya 1. pendakwaraya membawa kes ke mahkamah rayuan 2. pembuktian DNA melalui cara lain dibuat

berbalik kpd apa yg diperkatakan oleh Rahimi....inilah isu yg akan dimainkan oleh para penyokong umno be end dan keputusan penghakiman seperti yg telah diputuskan sememangnya dibuat sedemikian rupa supaya dapat meninggalkan satu tanda soal mengenai 'kejadian' bukannya 'membuktikan kejadian'. contoh mudah dalam kes bunuh...seseorang didapati telah mati dibunuh dan seseorang telahpun ditangkap, di siasat dan didakwa di mahkamah....kejadian bunuh itu mmg telah berlaku dan sebenar berlaku, kematian juga telah sebenar berlaku dan hanya pentingnya iaitu bagaimana nk sabitkan OKT dengan kesalahan...setelah melalui perbicaraan, maka OKT dilepaskan kerana kurang bukti...tetapi ini tidak bermakna kejadian bunuh itu tak berlaku dan kematian itu juga tak berlaku.......nah!!! di sinilah peranan keputusan sebegitu diputuskan supaya masih memberi ruang kpd pihak terbabit berusaha lebih gigih dalam mensabitkan OKT dgn kesalahan ataupun mencari penjenayah sebenar....

melainkan jika hakim memutuskan bahawa kejadian (liwat) itu tak berlaku dan ini akan menatijahkan kesimpulan lain pulak iaitu boleh membawa kemungkinan si penuduh telah membuat laporan palsu dan jika terbukti ianya laporan palsu, maka suatu tindakan perlu dikenakan kpd si penuduh....tetapi ianya tidak berlaku kerana masih pada pendapat mahkamah iaitu kejadian 'liwat' itu berlaku dan hanya masalah 'pembuktian' tidak dapat mensabitkan dakwaan.....

justeru, keputusan hakim ini bolehlah di katakan sebagai 'win-win situation' dan ianya masih memberi ruang kpd sebutan semula kes ini di mahkamah rayuan atau lainnya....atas faktor itulah, Timbalan Presiden PAS @ Abg Mat Sabu mengingatkan supaya jangan berlebihan seronok dengan mengambil Perak sebagai contoh. di pihak umno pulak, depa akan menggunakan penghakiman yg telah dibuat itu sebagai modal merujuk kpd salah laku itu sebagai 'tetap berlaku'.....

bancuh.....jgn tak bancuh.....teh tarik satu!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...