Blog Member

Khamis, 19 Januari 2012

Keputusan mahkamah tidak akan halang projek Aman Central - MB

ALOR SETAR - Sama ada keputusan mahkamah memihak kepada kerajaan dan Majlis Fatwa Kedah atau tidak, projek Aman Central berharga RM500 juta akan dilaksanakan mengikut jadual, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau bagaimanapun yakin Jawatankuasa Madrasah Salihiah, Kancut yang memfailkan writ di Mahkamah Tinggi Alor Setar 9 Januari lepas untuk menghalang madrasah itu dirobohkan akan mengubah pendirian mereka.

Writ saman tersebut akan didengar pada 6 Februari ini.


"Saya fikir masalah ini akan selesai...projek mercu tanda baru bandar raya Alor Setar ini akan diteruskan. Kalau mahkamah tahan tidak boleh roboh tak apalah. Biar surau tu dok di situ. Kita akur keputusan mahkamah.

"...jika keputusan mahkamah mengendalakan projek ini, saya lawan kerana Aman Central akan memajukan Alor Setar selain menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 2,000 orang," kata Azizan.

Beliau yang ditemui pemberita selepas jamuan dan penyampaian buah limau kepada masyarakat Tionghua yang bakal menyambut Tahun Baru Cina beberapa hari lagi di sini petang semalam berkata Aman Central bakal menjadi seperti Orchard Road, Singapura.

Katanya sebuah hotel lima bintang jua akan dibina di tapak bertentangan Aman Central untuk merancakkan pertumbuhan kawasan itu.

Projek tersebut menggantikan kompleks Tunku Yaacob yang terbiar lebih 30 tahun kerana gagal dimajukan sehingga siap selain beberapa kali bertukar pemaju.

Menurut Azizan surau seluas 4,800 kaki akan dibina di tingkat bawah dekat tapak asal oleh pemaju, Bellview Sdn Bhd.

"Jika dikira sekaki RM1,000 ia bernilai RM4.8 juta yang disumbangkan Bellview kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan campur RM1.4 juta yang telah dibayar, kita ada lebih RM6 juta," katanya.

Beliau berkata MAIK telah mengenal pasti enam tapak di kawasan berdekatan untuk dipilih bagi menggantikan wakaf khas madrasah itu.

Katanya MAIK sebagai pemegang amanah wang RM1.4 juta yang dibayar kerajaan negeri bagi pengambilan tapak madrasah itu akan menggunakannya bagi membina madrasah baru di tapak baru sekiranya Jawatankuasa Madrasah Salihiah mengubah fikiran.

sinarharian.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...