maka, adakah skim ini sebenarnya berupaya membantu rakyat??? atau ianya lebih menjahanamkan rakyat??? aku bukanlah pakar ekonomi nk bicara secara ditil segala bentuk perjalanannya...tetapi apa yg aku nk bancuh apa yg aku paham saja.....
pertamanya aku dah buat carian di laman web SPNB sendiri...tiada maklumat skim ini diberikan, aku juga cari di laman web Kementerian Kewangan....langsung tak disebutkan....adakah skim ini dilancarkan dalam keadaan tergesa2 atau hanya diputuskan di atas meja PM saja dan memaksa SPNB dan Kementerian Kewangan menjalankannya tanpa kajian yg lebih mendalam!!!!
Skim ini walaupun tak salah aku ada disebutkan oleh PM sewaktu pembentangan bajet 2012 pada tahun lalu, sepatutnya disediakan bersama prospektus dan ditil2nya sepertimana skim pelaburan yg lain iaitu bagi memberikan maklumat segala bentuk perjalanan dan risiko yg bakal ditanggung oleh pelabur.....
kemudiannya, ia bakal pula dijalankan oleh Malaysia Development Holdings Sdn Bhd iaitu salah satu anak syarikat Kementerian Kewangan....mengapa tidak ianya diserahkan terus kpd SPNB utk diuruskan spt skim2 amanah yg sedia ada spt ASN, ASB, ASW2020 dll....aku boleh ja sebut nama sbb aku tak melabur pun...aku melabur dgn cara lain....
paling pentingnya iaitu skim ini berbentuk pinjaman dan bukan dalam bentuk tunai diterima....disebabkan tak ada prospektus, aku tak tahu secara ditil lagi kaedah pinjamannya guna kaedah apa...kaedah Islam kah atau kaedah konvensional kah??? dan kalau ikutkan ayat berita Bernama, ditulisnya "...amounting to RM5000" kalau ikut paham aku, ini bermaksud maksima pinjaman RM5000 dan bayaran balik selama tempoh 5 tahun.... bayaran balik yg ada disebutkan iaitu sebanyak RM86 sebulan dan pulangan setiap bulan dijanjikan adalah sebanyak RM134 sebulan yg dinamakan sebagai insentif tambahan.....tapi ikutkan cakap Najib dalam berita tv3 suku serta laporan utusan, dikatakan para peserta akan dapat lebihan tunai RM50 setiap bulan setelah ditolak bayaran bulanan....aku agak hairan jugak lah sbb yg aku belajar matematik, kalau RM134 - RM86 = RM48....kok mana depa kira dapat jawapan RM50!!!!
cuba kita pikiaq lagu ni lah....skim ni berbentuk pinjaman yg perlu kita bayaq tiap2 bulan sebanyak RM86...tak boleh bayaq sebulan, dah ganda....lagi tak banyaq...berganda lagi.....insentif yg dijanjikan tu pun kita kena paham...namanya saja pun dah tak boleh nk harap iaitu 'insentif' yg pada paham aku boleh diberi dan boleh ditangguhkan atau ditarik balik....kemudian pulak, kalau didarab RM86 x 5 tahun = RM5,160...itu kira kita dah bayar lebih dari apa yg dipinjamkan....dah nampak mcm ada unsur RIBA...kemudian insentif yg dijanjikan pulak adalah bersifat tetap...ini juga sebenarnya mempunyai unsur riba (sila rujuk kpd pakar)...yg aku paham, ianya berunsurkan RIBA jika dalam satu perniagaan/urusan...kadar pulangan adalah ditetapkan pada satu kadar kerana tidak beri keadilan kpd kedua2 pihak atau hanya menguntungkan sebelah pihak....
kemudiannya pulak, mengapa ianya dijadikan dalam bentuk pinjaman yg perlukan kpd komitmen bayaran ansuran bulanan??? dan kemudian, kerajaan janjikan pulangan pada satu nilai, ditolak balik bayaran pinjaman dan hanya baki diserahkan....adakah dgn cara ini dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan rakyat dan seterusnya akan dapat membantu rakyat mengatasi kemelut kenaikan harga barang??? hahahahaaha.... bagi aku, sama sekali TIDAK membantu dan akan lebih membebankan....
dgn cara ini, peserta sebenarnya akan kehilangan 'kuasa beli'....pendapatan yg diperolehi terpaksa digunakan sebanyak RM86 utk membuat bayaran balik pinjaman....walaupun insentif disediakan, tetapi adakah ianya ditentukan atau dibayar secara bulanan??? kerana setakat yg aku paham, tiada dinyatakan demikian...mgkn ianya dibayar secara tahunan ataupun berkala.....lagipun, namanya saja pun 'insentif'.....
dan kesimpulannya bagi aku, skim ini hanya umpama satu bentuk jualan BON oleh kerajaan kepada rakyat...cuma dinamakan sedemikian....kerajaan buat pinjaman dan salurkan risiko membayar kpd rakyat dalam bentuk skim yg disebutkan....jika benar ikhlas kerajaan nk bantu rakyat, tak perlu skim seperti ini kerana lebih membebankan.....jika ikhlas nk bantu rakyat, kerajaan perlu ada di pasaran dan mengawal pasaran melalui insentif-insentif yg lebih baik atau melalui pengurusan ekonomi yg lebih cekap, sistem pencukaian yg mesra rakyat...pendek kata yg panjang tak kata, masih banyak kaedah lain dan bagi aku, rakyat tak perlukan skim bodoh ini...... dan boleh juga aku andaikan skim ini lebih menjahanamkan!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....