seorang konsultan dan penulis bebas, P Gunasegaram mempersoalkan konsesi pembinaan lebuhraya yg diberikan kepada sebuah syarikat selama 60 tahun dgn kos bernilai RM7.07bilion tidak termasuk kos pengambilan balik tanah.....
bagi aku, ini memang tidak masuk akal kerana panjang lebuhraya yg dicadangkan hanya 316 km dari Banting, Selangor hingga ke Taiping, Perak....manakala dari jarak itu, 224km atau 70% akan dikenakan tol.... sedangkan jarak lebuhraya Utara-Selatan yg menganjur dari Johor sampai ke Bukit Kayu Hitam, Kedah yg sejauh 770km hanya dengan konsesi selama 30 tahun saja....
sebagaimana yg dinyatakan oleh P Gunasegaram dalam pertanyaannya itu, iaitu selain dari tempoh konsesi yg panjang, kerajaan juga akan memberikan pinjaman sokongan bernilai RM2.4bilion bermula tahun 2013 dgn kadar faedah 4% setahun...selain itu, subsidi faedah sebanyak 3% setahun daripada pinjaman komersial juga diberikan kpd pemegang konsesi selama 22 tahun yg dianggarkan mungkin mencapai jumlah RM4bilion...
selain dari itu, dipersoalkan juga iaitu Kumpulan Europlus Bhd (KEuro), sebuah syarikat senaraian awam yg sebenarnya bermasalah mengumumkan bahawa sebanyak 64.2% konsesi yg diperolehi akan dipegang oleh West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE)...manakala KEuro dimiliki secara majoriti oleh usahawan Tan Sri Chan Ah Chye.....
selain dari tempoh konsesi yg panjang yang tak berapa nk masuk akal tu, dan pinjaman serta subsidi yg diberikan, dinyatakan juga kos pengambilan balik tanah yg akan ditanggung oleh kerajaan dianggarkan sebanyak RM980juta.....
ada lagi beberapa fakta menarik utk dibicarakan....aku tak larat nk bancuh ke semua...so, hangpa bacalah sendiri artikel asalnya di SINI
yg agak menghairankan iaitu dikatakan kerajaan belum lagi mengumumkan sebarang maklumat berkaitan projek ini sedangkan mengikut KEuro bahawa surat kelulusan telah diperolehi dari Public Private Partnership unit of the Prime Minister's Department
pada aku, mmg banyak persoalan yg timbul dalam projek ini dan paling ketaranya iaitu tempoh konsesi selama 60 tahun yg tidak masuk akal....sebelum ini juga, kita dikejutkan dgn pendedahan perjanjian 100 tahun membekalkan air ke Singapura yg dibuat pada tahun 60-an....dgn tempoh konsesi yg panjang ini, kalau dikirakan dari tempoh siapnya...maka rakyat akan dikenakan membayar tol selama tempoh 60 tahun....lepas habis konsesi, barulah dipulangkan kpd kerajaan.....maksudnya, ada yg guna lebuhraya tersebut akan kena bayar tol seumur hiduplah....hahahahahaha....mgkn itulah yg dikatakan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".....
untuk berita dalam Bahasa Melayu, klik SINI
maklumat lembaga pengarah KEuro, klik SINI
Assalamualaikum....terima kasih kerana melawat blog aku yg tak berapa nk canggih-manggih neh...ini adalah wilayah ISA (Ikut Suka Aku) utk aku bancuh apa yg patut dibancuh...sesiapa tak puas hati, pi bancuh sendiri.....aku yang menulis tidak bertuan, tapi aku berTUHAN. Maka, ambik lah yang mana manfaat, abaikan yang mudharat. Jika ada yang mahu menghulurkan sumbangan sebagai meringankan beban, amatlah di alu-alukan. Saluran : MBB-152023088590 / CIMB-02048617025529
Blog Member
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....