Blog Member

Khamis, 12 Januari 2012

Selain dakwat kekal, SPR perlu bersih daftar pemilih - TGNA

laporan berita : harakahdaily.net

Tuan Guru Nik Aziz dilaporkan berkata bukan saja bab dakwat kekal, daftar pemilih pun perlu dibersihkan juga.....

betul spt kata TGNA tu...aku setuju dan sokong benar sbb data SPR tak sepenuhnya boleh dipercayai dan sememangnya boleh dimanipulasi....sejak dua tiga bulan kebelakangan ini dah agak sejuk berita berkaitan dgn daftar pemilih ni akibat daripada pelbagai isu yg sengaja ditimbulkan maupun yang tak sengaja dipaparkan....bagi isu yg sengaja ditimbulkan tu adalah dgn harapan dan tujuan supaya rakyat beralih arah kpd isu lain....tambahan pulak bila keluar isu NFC, rakyat terbanyak dah mula lupa isu2 daftar pemilih

dalam pertengahan tahun lepas, aku dah banyak dedahkan data2 yg mengelirukan dalam daftar pemilih SPR...walaupun tak pernah ada sebarang aduan rasmi berkaitannya, tetapi selepas aku dedahkan dan kemudian disemak, SPR dah buang....maka sebenarnya SPR mempunyai kuasa utk membetulkan walau tanpa ada aduan rasmi sbb apa yg aku dedahkan tak pernah dibuat aduan rasmi oleh mana2 pihak samada melalui proses semakan SPR ataupun melalui jalan lain...cumanya pernah didedahkan sekali oleh portal berita Malaysiakini.com iaitu berkenaan dgn beberapa nama yg mempunyai kad pengenalan tak wujud di Malaysia....

itulah yg aku hairan juga....selepas didedahkan oleh Malaysiakini.com, aku dah dihubungi oleh individu berkenaan dan menyatakan rasa hairan mcm mana nombor kad pengenalan dia bertukar sedangkan dia tak pernah pun memohon kad pengenalan baru dan kad pengenalan yg ada padanya masih lagi nombor yg lama masa dia mengundi PRU 12 dulu....dan kalau aku tak dedahkan, ini memungkinkan individu tersebut tak dapat mengundi pada PRU 13 nanti kerana nombor kad pengenalan dalam daftar pemilih dan nombor kad pengenalan di kad yg sebenar berbeza....tidakkah itu satu penganiayaan terhadap hak nya?

begitu juga apa yg aku dah dedahkan pada pertengahan tahun lepas iaitu wujud persamaan kad pengenalan lama pada dua (2) nama yg sama, tapi berbeza nombor kad pengenalan baru....kad pengenalan lama sama, tp nombor kad pengenalan baru ada dua (2)....nk masuk bilik mengundi, kena tunjuk kad pengenalan....kad pengenalan lama dah tak laku....so, kalau ada dua orang bawa kad pengenalan masuk bilik mengundi... walaupun sama nama, tp nombor kad pengenalan berbeza sedangkan salah satunya adalah 'hantu'...maka, dua-dua boleh mengundi....

tapi, hairannya iaitu kesemua data maklumat yg aku dedahkan telah dibetulkan oleh SPR tanpa perlu membuat sebarang aduan rasmi sbb yg aku tahu, SPR tak boleh sewenang-wenangnya buang sesuatu maklumat tanpa aduan rasmi atau bantahan rasmi dari satu-satu pihak...dan setiap bantahan perlu kpd perbicaraan....tapi, hanya melalui pendedahan aku....dalam masa setengah jam saja selepas didedahkan oleh Malaysiakini.com, maklumat tersebut telah dikeluarkan dari pangkalan data SPR.....

masih banyak keraguan dalam daftar SPR ni....kononnya depa link dgn Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ...tp ada sesetengah maklumat ada pada depa (SPR), tapi tak ada dalam pangkalan data JPN...ini sesuatu yg pelik dan ajaib....tugas keluarkan kad pengenalan adalah JPN, bukan SPR....tp maklumat kat SPR wujud, maklumat di JPN kata tak wujud....itu juga berlaku pada sesetengah pendaftaran baru la ni...bila nak didaftarkan, SPR reject dgn alasan 'tiada rekod'.....hairan aku hairan....mcm mana rakyat Malaysia tiada rekod dalam pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara.....penin

utk rekod, di bawah ni adalah gambar2 printscreen maklumat yg dah pernah aku dedahkan....semua maklumat di bawah ni rasanya telah dibetulkan tanpa sebarang aduan rasmi.....boleh lah pulak...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...