Blog Member

Jumaat, 27 Januari 2012

ada lagi video!!!!! berapa banyak da.........!!!


untuk berita : klik SINI

tajuk beritanya : Datuk T dakwa ada satu lagi video 'lebih dahsyat'

uih!!!! dahsyat tara mana tu??? ada dahsyat tara tsunami melanda Acheh ka???
sebenarnya, khabar angin dah bertiup lama dah terutamanya dari blog2 pro-umno mengenai adanya video yg dirakam di Thailand ni....cuma tak pernah dengar dari geng trio ni secara langsung lagi...ini kali baru betul-betul kot.....
walau apa pun isi video tu....dah tentu ianya melibatkan Anwar Ibrahim yg sebelum ini juga dijadikan sasaran oleh depa bertiga ni....herannya jugak aku, apa kepentingan depa melibatkan diri dalam benda2 mcm ni....zaman la ni kalau tak ada sebarang kepentingan tertentu, orang tak akan dok menyibukkan diri pada perkara yg tak bawa manfaat kepadanya

tp ada juga dengar alasan puak2 trio ni iaitu utk menunjukkan betapa buruknya akhlak atau moral Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang serta ketua PR yg dihebohkan bakal dilantik sebagai PM jika PR berjaya membentuk kerajaan pada PRU 13 nanti.....biarlah apa pun alasannya dan biarlah apa pun yg didedahkan depa, rakyat sendiri boleh menilai.....

kita tengok lah, sepanjang Anwar Ibrahim dipecat dari kabinet, dipecat dari umno....belum ada mana2 dakwaan dibuat ke atas sebarang salah laku nya sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan. itu yg patut kita hairankan....bagi aku lah, kalau lah moral DSAI ini seteruk yg didakwa oleh puak2 ni....dah tentu ada penyelewengan2 tertentu dibuatnya terutama ketika pegang tampuk kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri....sekiranya ada....adakah musuh2 politik dia nk dok diam saja??? dah tentu depa bongkar sampai ke lubang cacing......hehehehe

disebabkan tak ada lah, cara lain utk membunuh kredibiliti DSAI adalah melalui apa yg disebutkan sebagai 'pendedahan' akhlak dan moralnya samada melalui kes liwat dan lawat....salah satu sebabnya iaitu orang2 Melayu terutamanya mmg agak sensitif dengan isu2 melibatkan moral dan akhlak pemimpin atasan...dan bagi aku, pendedahan kali pertama depa dulu boleh dianggap sebagai 'test market'.....dalam satu hadis Melayu yg puak2 depa selalu dok main iaitu "tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata".....inilah antara beberapa sebab mengapa depa masih meneruskan agenda yg sama supaya pada akhirnya boleh menjadi satu 'makanan minda' yg akan melekat dalam pemikiran rakyat Malaysia....kaedah depa senang saja iaitu ulang dan ulang dan ulang dan ulang.......lagipun, depa kena denda hari tu berapa RM saja....tak luak pun harta benda depa

tak apa lah...apa yg depa nk dedahkan pun...sila lah....tak ada masalah....perkiraan manusia tak penting, tapi lebih penting adalah perkiraan Allah subhanahu wataa'la....

1 ulasan:

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...