Blog Member

Ahad, 29 Januari 2012

pembohongan yg semakin menjadi-jadi????

apa yg aku nak bancuh ni adalah berkaitan Hassan Ali....aku sebenarnya malas nk sentuh sebarang isu berkenaan dgn satu tokoh bernama Hassan Ali ni, tetapi dek sebab beberapa fren facebook aku minta aku bancuh skit sebanyak isu Hasaan Ali nih berikutan 'pembantaian' terbarunya di program HIMPUN di Kepala Batas, Pulau Pinang kelmarin....maka inilah yg aku nk bancuh dua tiga patah


pertama sekali aku nk sentuh apa yg aku dah highlight dalam screen shot kat atas tu...
berita ni hangpa boleh lawat di SINI


bagi aku, ini satu pembohongan yg jelas dan nyata....PAS sama sekali tak pernah mengeluarkan sebarang arahan ataupun sebarang bentuk cadangan utk melarang atau menghalang mana2 ahlinya utk menyertai program HIMPUN....sejak dari mula lagi, isu ini dimainkan oleh Hassan Ali semata2 utk mencari kepentingan peribadi....screen shot di sebelah ini adalah respon aku kpd isu yg sama di laman facebook seorang fren

aku malas nk taip balik, itu sbb aku buat screen shot saja senang skit....dan jawapan yg aku berikan adalah bersesuaian dgn apa yg aku paham dari kenyataan yg dikeluarkan dari Tuan Guru Haji Hadi selaku Presiden PAS setelah diputuskan oleh mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat....kenyataannya adalah seperti di screen shot di bawah

justeru itu, aku katakan bahawa tuduhan mengatakan PAS menghalang atau melarang ahli2 utk menyertai program HIMPUN adalah suatu pembohongan dan berniat jahat terhadap pimpinan PAS.....kenyataan Presiden di bawah jelas menunjukkan satu sokongan terhadap sebarang program yg dianjurkan oleh mana2 pihak demi kebaikan ummah....tetapi, sikap hasad dengki yg telah menguasai diri telah membutakan mata serta memekakkan telinga sesetengah pihak seterusnya terjerumus kpd permainan musuh politik yg jelas dan nyata bertujuan memecahbelahkan.....

klik SINI utk artikel/sumber asal

hangpa boleh baca dan paham ambik sendiri.....adakah mana2 ayat yg berbentuk larangan atau halangan kpd ahli PAS utk hadir ke mana2 program samada HIMPUN atau program lainnya yg berkaitan dgn maslahah ummat Islam??? kalau tak ada, jgn tanya aku...pi tanya Hassan Ali!!!!!

yang kedua iaitu mengapa agaknya Hassan Ali menggunakan pentas HIMPUN yg pada tujuannya khusus untuk membicarakan persoalan aqidah, tetapi digunakan utk menghentam PAS atau tidak keterlaluan aku katakan sebagai pentas membalas dendam terhadap pimpinan PAS....dalam situasi ini, aku dapat lihat satu sifat yg jelas wujud dalam suara sumbang Hassan Ali ini....pada satu ketika selepas sahaja dia dipecat, dia pernah keluarkan kenyataan seperti berikut :

sumber : klik SINI

adakah Hassan Ali sendiri menghormati apa yg pernah dicakapkannya??? sebab sepanjang aku mengikuti isu2 berkaitan....sejak dari itu, semua pimpinan termasuklah Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi serta pimpinan tinggi PAS tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berkaitan....hanya Hassan Ali yg terhegeh-hegeh kesana kemari membawa paruhnya....

selain itu, ketika sebelum Hassan Ali dipecat atas antara perkara yg membawa asbab musabab dia dipecat iaitu dgn terbuka melarang penyertaan ahli PAS ke perhimpunan 901...larangan ini jugak pada aku sebagai membalas dendam kpd kononnya 'arahan' pimpinan PAS utk tidak menyertai HIMPUN sedangkan pimpinan PAS tak pernah keluarkan sebarang arahan utk menyekat kehadiran sesiapa ke program HIMPUN.....dalam kes perhimpunan 901, Hassan Ali secara terbuka membuat alasan bahawa apa yg dihadapi oleh Anwar Ibrahim merupakan masalah peribadi dan dia (HA) melarang rakyat terlibat dalam urusan peribadi Anwar Ibrahim....Hassan Ali juga menempelak Anwar Ibrahim kerana mengheret rakyat ke dalam urusan peribadi Anwar Ibrahim.....

tetapi, kita tengok pulak Hassan Ali sekarang ini setelah dipecat dari PAS....kononnya nk menjelajah melalui siri roadshow nya bagi memperjelaskan isu2 tertentu....apa lagi yg nk diperjelaskan oleh Hassan Ali jika tidak berkaitan dgn pemecatannya dan bagi aku, perkataannya sendiri telah kembali kepadanya iaitu Hassan Ali lah sekarang ini dalam usaha mengheret rakyat ke dalam urusan peribadinya....

apa sbb aku katakan demikian??? berbeza dgn kes Anwar Ibrahim, Hassan Ali dipecat dari PAS adalah atas perbuatan dirinya sendiri....manakala kes Anwar Ibrahim adalah secara langsung terlibat dgn ketelusan perundangan dan kehakiman negara....Anwar Ibrahim dituduh oleh suatu pihak dan terdapat beberapa kepincangan yg nyata dalam proses perbicaraan dan rakyat bersama2 dgn Anwar Ibrahim bukan kerana jasadnya, tapi kerana sokongan terhadap perjuangan memohon ketelusan dan keadilan mahkamah.....amat jauh bezanya dgn isu Hassan Ali yg dipecat dari beberapa siri kenyataannya sendiri yg tidak menghormati keputusan parti....malah pada awalnya, Hassan Ali juga tidak menghormati keputusan yg dibuat secara kolektif oleh ahli PAS seluruh Malaysia yg bersetuju dgn konsep "Negara Kebajikan" yg telah dipentaskan dalam Muktamar Tahunan....justeru, bagi aku Hassan Ali lah yg sekarang ini memperjuangkan kepentingan peribadinya....

sudahlah.....aku malas nk bancuh banyak sbb lagi banyak aku bancuh....semakin aku sakit hati....sebelum syaitan bertenggek di dahi....aku ucapkan selamat maju jaya kpd Hassan Ali dan semoga pembohongan hang akan makan diri sendiri pada satu hari.....

4 ulasan:

  1. Hasan Ali marah sbb progaram HIMPUN anjuran nya tak sampai 1 juta....kalau berjaya tentu hidungnya kembang kempis......alah dah dah biasa dengar ucapan dia ni semenjak belum joint Pas....dia punya cakap ada sikit tinggi maaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah....kebanyakan motivator mmg ada sikit sebanyak sifat riak, ujub dan sewaktu dengannya...kalau tidak, tak boleh meniaga bro...

      Padam
  2. bancuh..wa salut lu punya komen..power!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas sokongan tuan....tak power tara mana pun, takat bubuh kopi @ teh, masuk gula...kacau2 skit ja....hehehehe. terpulang kpd yg minum lah gi mana rasanya....kalau sedap, boleh lah buka kedai....kalau tak sedap, takat minum sendiri saja lah...

      Padam

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...