berita : kosmo.com.my
TELUK INTAN - "Kami berkelahi tetapi mengapa cikgu masuk campur dan pukul kami berdua sehingga saya cedera teruk."
Demikian luah seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Jalan Changkat Jong di sini yang mendakwa dia dipukul sehingga pengsan oleh seorang guru sekolah tersebut semalam.
Pelajar berkenaan, Muhamad Ziqril Hakin Mohd. Farol, 14, mendakwa, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika dia sedang bergaduh dengan seorang pelajar di sekolah tersebut.
"Saya terkejut kerana guru itu menerpa datang dan memukul kami berdua dengan tangannya. Saya dipukul sebanyak tiga kali di muka dan sekali di leher sehingga menyebabkan saya terjatuh.
"Saya tidak ingat apa-apa lagi selepas itu dan sedar-sedar saya sudah terbaring di atas katil di hospital. Saya cuma rasa sakit di tengkuk dan kepala saya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam.
MUHAMAD ZIQRIL HAKIN telantar di atas pengusung di Hospital Teluk Intan semalam. |

----------------------------------------
aku nasihatkan jgn terlalu mudah percaya dgn laporan pelajar terbabit dan jangan berlepas tangan pula dgn tindakan si guru.....ramai pelajar skrg yg terlebih kurang ajar....aku kesiankan juga kpd nasib si guru di sekolah2....namun, terdapat juga guru yg masa dulunya dia pun malas belajar....SPM pun cukup 'makan', masuk maktab kerana nak senang semua....
apa pun, harap pihak terbabit buatlah siasatan yg telus dan adil kpd kedua2 pihak....
alah,mngada2,org p skolh blja bkn bergdoh..
BalasPadamak dlu skolh pn kne lmpang gak,x report pn