Blog Member

Rabu, 25 Januari 2012

apa mau sembunyi lagi???


diberitakan bahawa kolumnis yg tulis cerita pasai Rosmoh berbelanja besaq di Australia spt yg dilaporkan oleh Sydney Morning Herald tetap mempertahankan tulisannya sbb dia punya bukti kukuh dan sumber yg tepat...  apa lagi mau sembunyi??? kalau dia dah berani, saman saja lah.....

mulut gua bolehlah ditutup....mulut manusia tak boleh nk tutup....hehehehe.... Kalau dah Allah nk serlahkan kebenaran, tak ada suatu pun yg boleh menghalang......


berikut adalah petikan beritanya :
Kolumnis pertahan dakwaan Rosmah belanja RM325,000
Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

sumber : SINI


di atas adalah screenshot dari akaun twitter penulis yg tulis cerita dalam akhbar tu.....kalau masih dok dolak dalik lagi, tak tau lah.....ayat tersebut ditulisnya selepas rosmah kata dia 'jadi mangsa'....dok tunggu apa lagi....saman saja lah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...