Blog Member

Khamis, 26 Januari 2012

HINDRAF tarik balik sokongan kepada ABU




untuk berita : klik SINI

HINDRAF dilaporkan menarik balik sokongan terhadap pergerakan ABU (Asalkan Bukan Umno / Anything But Umno)....mulanya aku nk kata ni dulu "ADA AKU KESAH!!!!!".....hahahaha


Penarikan sokongan ini dibuat selepas daripada insiden di Jalan Kebun sabtu lalu. jurucakap HIDRAF, S Jayathas juga dipetik berkata depa tak menyebelahi mana2 parti, tetapi menentang sebarang bentuk amalan perkauman atau diskriminasi ke atas kaum India.....dia juga ada kata depa menyokong ABUR (Anything But Umno and Pakatan Rakyat Racism).....sekali lagi aku nk sebut, "ADA AKU KESAH!!!!!"


Hindraf ini sebenarnya diwujudkan bagi membela golongan kaum India yg dikononkan tidak terbela dan melalui 18 tuntutan depa terhadap beberapa perkara....Hindraf juga ditubuhkan kononnya utk menentang sebarang diskriminasi kaum ke atas kaum India di Malaysia....pada aku, Hindraf ini juga sebenarnya sebuah pakatan perkauman dan sebenarnya tidak layak utk diberi sokongan atau menerima sokongan dari depa


dalam 18 tuntutan yg dibuat oleh Hindraf yg kononnya nak membela kaum India, tetapi pada masa yg sama menyentuh kaum lain secara berlebihan terutamanya hak dan keistimewaan orang Melayu di Malaysia... ketika kempen BERSIH juga, Hindraf dilaporkan sama sekali tidak memberikan sokongan dan dalam konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3, P Uthayakumar selaku pemimpin Hindraf mengkritik PR hanya kerana tidak ditonjolkan gambar2 pemimpin kaum India pada banner yg dipasang.....hahahaha....sungguh jumud pemikiran depa ni.....hanya kerana benda kecik mcm tu saja, nk diriuhkan umpama langit nk runtuh atas batu jemala.....


Hindraf kemudian pula menubuhkan sebuah parti bernama Makkal Sakthi yg dirasmikan oleh Najib sendiri...kemudian selepas dari itu, BN mengalu-alukan dan seolah2 memberi signal atau restu kpd parti setahun jagung itu utk menyertai pakatan BN.....aku tak mau lah cerita panjang, tp melalui rentetan cerita para pemimpin Hindraf yg pernah di tahan bawah ISA, kemudian dibebaskan oleh Najib dan kemudian menubuhkan parti baru dan kemudian kemudian byk cerita dan fakta yg saling bercanggah kepentingan antara satu sama lain....

apa sebab aku kata bercanggah??? ok...kita tengoklah tujuan penubuhan Hindraf ni satu perkara dan 18 tuntutan yg dibuat tu satu perkara....hampir kesemua dalam kedua2 perkara tersebut boleh dilihat sebagai perkara2 yg menentang prinsip UMNO dan kerjasama BN, tetapi pada masa yg sama....Hindraf dan parti Makkal Sakthi dilihat mesra kpd UMNO dan BN....mesra UMNO dan BN bukannya satu masalah dan aku pun memang tak kisah...cumanya nk menunjukkan bahawa seolah-olah adanya satu permainan yg tak boleh dinampak dgn mata kasar dan seolah2 ada pemain wayang yg besar di belakang kesemua ini.....

pada aku, Hindraf dan parti Makkal Sakhti yg ditubuhkan ini tidak lain tidak bukan hanyalah bertujuan utk menjadi pemecah belah kpd penyatuan kaum India di dalam PR. umum sedia tahu bahawa kaum India di sesetengah tempat merupakan minoriti tetapi mempunyai kekuatan undi yg berbeza. walaupun jumlah depa kecik, tetapi boleh menjadi sebagai faktor penentu kemenangan sesuatu parti yg bertanding...disebabkan itulah, sesuatu perlu dilakukan dgn kaedah yg lain dari kaedah kepartian....mgkn melalui penubuhan Hindraf dan 18 tuntutan serta parti Makkal Sakhti yg ditubuhkan berjaya mendapat satu impak bagi satu kepentingan yg lain dari kepentingan asal.....

dalam laporan berita yg sama di atas juga, jurucakap Hindraf menyentuh mengenai tuntutan depa dgn berkata "Hindraf also said that it will only support Pakatan in the upcoming general election when the alliance officially endorses in writing Hindraf’s 18-point demand and give its word that it will implement all the demands when it comes to power"
konvensyen parti Makkal Sakhti kali kedua (2011) dirasmikan oleh TPM selepas perasmian penubuhan pada tahun 2010 dirasmikan oleh PM.....walaupun depa bukan komponen BN, kita mesti merasakan satu hairan mengapa kedua2 pemimpin tertinggi UMNO dan BN seolah2 memberi sokongan padu kpd parti yg diasaskan oleh Hindraf itu....sedangkan kita juga sedia maklum bahawa ramai penyokong umno sendiri menentang Hindraf secara terang-terangan melalui 18 tuntutan yg dibuat.....

hangpa tolong lah bancuh selebihnya tu.....aku bancuh sikit2 dah cukuplah....nasihat aku kpd kaum India, marilah bersatu di dalam PR dan melalui DHPP sebagai wadah....jgnlah terlalu mudah terpengaruh atas sebarang perkara yg hanya apabila saja disebutkan nk bantu kaum India, pakat sokong belaka....di Malaysia, kalau ikutkan politik kepartian, kaum India lah yg paling banyak perpecahan berbanding Melayu dan Cina... sudahlah kaum India hanya sekitar 8% penduduk Malaysia, berpecah pulak kpd parti2 serpihan yg kecik hanya kerana nk memperjuangkan benda yg semua tahu tak akan mampu direalisasikan.....

sekali lagi saranan aku kpd rakan2 kaum India di Malaysia....berpijaklah di bumi yg nyata....berubahlah demi kebaikan masa depan kita bersama....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...