Blog Member

Ahad, 29 Januari 2012

Baucar buku punya hal!!!!



screen shot ni aku dapat dari seorang rakan facebook aku....sesiapa yg ada akaun facebook, sila klik SINI  utk pergi ke laman nya

pertamanya aku sokong juga tindakan dikenakan ke atas orang yg jual baucar tu....kerajaan bagi utk beli buku yg dah tentunya bermanfaat utk pelajaran....tp dijual pulak....bagi aku lah, org yg jual baucar tu adalah golongan yg tak berfikiran...namun, disebaliknya menunjukkan kita beberapa isu yg patut direnung bersama


yg pertama iaitu adakah tindakan memberikan baucar itu suatu tindakan bijak dari kerajaan??? pada hemat aku, ianya bukan satu tindakan bijak dan mgkn tidak didahulukan dgn kajian yg bersesuaian...apa tidaknya, baucar yg diberikan itu selain boleh dijadikan barang dagangan, ianya juga tidak mencapai tujuan.... tak payahlah aku bancuh apa tujuannya sbb semua org pakat paham dah....cumanya daripada beberapa pemerhatian dan sembang-sembang kedai kopi yg aku dengar, ada yg dapat baucar tu pi bukannya pi tukaq dgn buku2 pelajaran....tp ditukaq dgn buku2 hiburan, novel cinta dan buku2 yg langsung tak memberi pelajaran serta pengajaran....adakah pihak terbabit sedar perkara ini sblm keputusan dibuat???

isu yg kedua iaitu bagi aku kaedah yg dibuat boleh menatijahkan pembaziran kpd wang rakyat....tak semua yg dapat baucar berada di kategori 'tidak berkemampuan'....sepatutnya golongan tidak berkemampuan utk beli buku2 rujukan penting dan mahal harganya diberikan keutamaan....

aku bukannya tak setuju dgn tindakan memberikan baucar kpd pelajar tersebut....tetapi, kaedah yg dibuat tidak kena dan dgn mudah boleh dimanipulasikan....contohnya itulah....baucar tersebut boleh dijual dgn mudah....kemudiannya, tidak ada kawalan terhadap buku2 yg dibeli dan tertanggung atas kerajaan utk membayar dan ditanggung pula oleh rakyat sebagai pembayar cukai.....

kan lebih elok jika pengawalan di buat dari awal dan dikhususkan kepada yg benar2 layak dan berhak saja...jenis buku atau kategori buku pun ditetapkan supaya tidak dibazirkan membeli buku2 yg tidak langsung berfaedah kpd pelajaran....

selain isu di atas, ini juga menunjukkan pelajar kita masih lagi tidak 'cerdik' dalam menilaikan....tidak berdisiplin dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar dan warganegara yg baik atas apa yg telah disumbangkan oleh pihak pemerintah....patutnya orang dah bagi baucar utk beli buku, hangpa beli lah buku...kalau pun semua buku dah pun ada, masih ada buku2 yg bersesuaian utk dibaca....beli kitab2 rujukan agama pun bagus juga....tak pun boleh disedekahkan kpd adik2 yg nak ambik SPM @ STPM @ STAM... sekurang-kurangnya ia memberi manfaat kpd orang lain.....

banyak lagi yg boleh nak dikaitkan dalam hal ini....cukuplah itu saja yg aku nk bancuh...walau apa pun, tindakan sampai penjara 5 tahun tu amatlah tidak bersesuaian jika nk dibandingkan dgn kes rasuah berjuta RM, tp hanya dihukum setakat setahun saja.....

untuk rujukan syarat baucar tu, klik SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...