Blog Member

Sabtu, 21 Januari 2012

negara penyakit berjangkit.....hahahahaha

belum pun lepas kes ugut nak bom helikopter Najib....ada pulak yg pi dok ugut tak ketahuan hala....weh, ini kerja bodoh lah.....dok nk tulis benda2 yg menyusahkan diri buat apa!!!! dah tau tindakan segera bakal dikenakan kalau hangpa dok tulis benda2 tak ketahuan tu....dok tulis buat apa lagi!!!! lainlah kalau tulis ugut nak terjun jambatan ka, tulis ugut nak tembak pimpinan PR ka....baru lah tak akan dikenakan tindakan segera.... ini tulis ugut pemimpin nombor wahid di Malaysia.... sure cepat kena punya walaupun hangpa tak ada kemampuan nk buat pun... pasti akan kena soal jawab dulu.....


nasihat aku, tak payahlah dok buang masa tulis ugut-ugut tu semua.....menyusahkan diri dan menyusahkan keluarga juga.....banyak lagi benda lain boleh di tulis selain dari dok tulis benda2 yg tak pekdah tu semua.....

jgn ingat tak ada orang dok pantau facebook atau blog hangpa.....blog tak ketahuan hala aku ni pun pasti akan ada mata-mata dok pantau......hahahahaha.... aku no hal lah nak pantau ka hapa pun.... dah kerja depa.... dan kerja aku tulis apa yg aku rasa dan patut sebarkan.... bukan dok tulis benda2 yg mengarut

berita : sinarharian.com.my

Lagi pelajar ugut PM ditahan
ALOR SETAR - Seorang penuntut ditahan gara-gara mengeluarkan kenyataan mengancam nyawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melalui laman sosial ‘facebook’ miliknya.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, kegiatan penuntut sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) daerah Kuala Muda berkenaan dikesan setelah polis menerima laporan dari Sungai Petani, pada jam 10 malam kelmarin.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal polis mendapati terdapat ayat-ayat lucah dan ugutan terhadap pemimpin negara itu pada laman sosial milik penuntut berusia 20 tahun berkenaan.

“Kita memanggil penuntut terbabit ke balai polis sekitar jam 9 pagi tadi (semalam) untuk diambil keterangan berhubung perkara itu dan ibu bapanya turut dihubungi serta dipanggil bagi membantu siasatan.

“Barangan miliknya seperti telefon serta komputer riba turut dirampas untuk membolehkan siasatan lebih terperinci dapat dilaksanakan,” katanya kepada media di Mes Pegawai Kanan Polis Kontinjen Kedah, malam tadi.

Ahmad berkata, bagaimanapun penuntut tahun kedua IPTS berkenaan dibebaskan lewat petang semalam setelah mereka berpuas hati dengan segala keterangan yang dikemukakan.

“Bagaimanapun kita sudah mendapat persetujuan daripada kedua orang tuanya untuk memanggil semula penuntut berkenaan pada bila-bila masa semula sekiranya diperlukan kerana dia kini sedang menduduki peperiksaan.

“Dalam masa sama, kita masih menyiasat satu pihak lagi yang boleh membantu dalam siasatan ini,” katanya.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

“Kita juga menasihatkan kepada pengguna laman sosial lain supaya lebih berwaspada dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

“Sekiranya didapati bersalah, tindakan tegas boleh diambil dan kes akan dibawa ke mahkamah,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...