Blog Member

Ahad, 29 Januari 2012

adakah undang-undang sedia ada tidak berkesan???

SEBAHAGIAN daripada GRO warga Vietnam dan Indonesia yang
ditahan di sebuah pusat hiburan karaoke di Petaling Jaya semalam.
(gambar oleh Kosmo)

petikan berita : "Premis tersebut pernah diserbu sebanyak tiga kali tahun lalu"
berita lanjut : sila KLIK


dah bertahun kita dengar kes rumah pelacuran, kelab2 malam dan pelbagai jenis pusat hiburan diserbu berkali-kali....ini termasuk jugak lah pusat perjudian dan lain2 jenis permainan yg salah pada undang-undang. bukan hanya salah pada undang-undang negara, tapi amat bersalahan pada undang-undang Islam....mgkn ini juga hasil dari pada suatu ketika, kerajaan mengumumkan nak jadikan Malaysia sebagai 'hub hiburan'....

adakah serbuan berkali-kali ke atas pusat hiburan ini menunjukkan bahawa undang-undang sedia ada tidak berkesan??? kalau diikutkan pada penilaian asas, aku boleh katakan ianya tidak berkesan...contoh mudah lah, kalau seseorang dah jatuh sakit...diberi makan ubat jenis A dan tak lega...itu membawa kpd beberapa keputusan iaitu samada ubat A tak berkesan atau ubat tak sesuai dengan jenis penyakit ataupun penyakit tu dah tahap kronik yg perlukan kaedah lain dalam perubatan.....

namun secara umumnya bagi aku, ketiga-tiga keputusan di atas adalah terangkum dalam satu rumusan iaitu ubat tu perlu ditukar kpd ubat atau kaedah lain....

dalam al Quran, Allah dah secara jelas sebutkan


أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin? (surah al Maidah - ayat 50)

kita ni semua makhluk yg dijadikan oleh Allah....tak tau lah kalau ada manusia yg merasakan dia dijadikan oleh 'tuhan' lain....sepanjang aku berkawan dgn org beragama Kristian, Hindu, Buddha dan lain2 agama... semuanya mengakui perkara yg sama....

tapi mengapa kita lebih suka guna hukum akal kita utk menyelesaikan penyakit yg sebenarnya Allah dah bagi ubat mujarab dan hanya kita perlu yakin sahaja....bukan yakin dgn ubat, tetapi yakin dengan Allah sebagai Tuhan yg menjadikan kita, yakin dgn Tuhan yg Maha Penyembuh

hangpa pikiaq lah ambik sendiri....aku bancuh yg patut saja....

lagi contoh berita serbuan berkali-kali (klik tajuk)
Kasino mini diserbu kali ketiga
Premis Kedai Urut Refleksologi Diserbu Kali 4
Diserbu 82 kali

banyak lagi berita lain....aku malas nk bubuh banyak2.....bukan nk ada org baca sangat pun.....hehehehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...