Blog Member

Rabu, 11 Januari 2012

resit lah pulak!!! nak bohong kok mana lagi lah niiiii................


gambar di atas adalah bukti resit yg sebelum ini didakwa bahawa Jamil Khir Baharom selaku menteri yg jaga hal ehwal agama telah menyelewengkan duit zakat dan gunakannya utk pembayaran kos guaman.....

ini sebenarnya lebih memalukan kerana sebelum ini depa dah jawab macam2....ada jawaban yg kata tak guna, ada yg kata guna sekejap dan ganti balik....hehehehe....mcm2 jawab....

di bawah adalah berita dari harakahdaily.net

KUALA LUMPUR, 11 Jan: PKR hari ini mendedahkan bukti terhadap dakwaan mereka berhubung salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum selama ini.

Bukti itu termasuk set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00.

Kedua merupakan surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Datuk Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat (iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucer tersebut) digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

"Baucer tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat," kata Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazni Nik Ahmad (gambar atas) pada sidang medianya di ibu pejabat PKR hari ini.

Katanya, Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.

Namun Laporan Ketua Audit menyebut bahawa MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini.

"Saya juga ingin membetulkan laporan Utusan pada 4 Januari lalu yang memetik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salahguna zakat ini tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

"KEADILAN tidak pernah mendakwa demikian, sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara seperti tertera," katanya lagi.

Ekoran itu, beliau akan membuat laporan polis esok 11 pagi di Balai Polis Dang Wangi berhubung dakwaan salahguna wang zakat tersebut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...