Blog Member

Isnin, 16 Januari 2012

umno mempolitikkan BR1M

RM4 juta BR1M diagih
berita : utusan.com.my


 
mengikut laporan berita dari utusan iaitu seramai 7,836 penduduk dalam kawasan Ampang berpeluang menerima bantuan RM500 di bawah program BR1M....

ini tidak lain bagi aku menunjukkan bahawa selama lebih 50 tahun umno be end berkuasa di Selangor, manakala kawasan Ampang ini termasuk sebagai kawasan perbandaran di pinggir Bandaraya Kuala Lumpur, masih ramai yg miskin rupanya....selama 50 tahun juga lah umno yg memerintah negeri Selangor membiakkan kemiskinan ini tanpa bantuan....hari ini pulak, depa terhegeh2 menghulurkan bantuan RM500 dgn menggunakan platform umno sebagai nk menunjukkan depa lah juara dalam memberikan bantuan....

Datuk Ismail Kijo selaku Penyelaras Parlimen Ampang yg dilantik umno dipetik berkata :
''Berdasarkan statistik, Ampang merupakan kawasan paling ramai didiami penduduk miskin bagi kawasan perbandaran di Selangor yang layak menerima BR1M itu''

dengan kata-kata itu, mmg sah bahawa selama ini umno selama lebih 50 tahun mentadbir Selangor ikut suka depa....rakyat marhaen dan miskin langsung tak dipedulikan....tetapi la ni, disebabkan politik dan keinginan nk tawan balik Selangor.....bantuan di bawah BR1M dipolitikkan.

kemudian pula, laporan utusan menyebutkan :
''Namun bagi yang ketinggalan masih boleh mendapatkan borang permohonan bantuan itu di Pejabat UMNO Bahagian Ampang sehingga 10 Februari ini''

lanjutan tarikh penghantaran borang ini pada mulanya ditegaskan tidak akan dilanjutkan....tetapi mgkn sbb nampak umno dapat memanfaatkan utk tujuan politik, mgkn itu lah juga sebab ianya dilanjutkan hampir sebulan lagi.....dan itu sbbnya juga, umno tanpa segan silu cuba menjadi juara mengedarkan borang yg sebenarnya depa lah juara memiskin kan rakyat selama 50 tahun ini.....kalau umno be end ni telus dalam mentadbir....pasti dah banyak masalah selesai....tp rupanya tidak....sejak tahun 1969 dari peristiwa 13 May....ummat Melayu masih lagi di takuk lama, malah aku rasa semakin teruk kalau dicampurkan dgn masalah sosial, akhlak, budaya, penyalahgunaan dadah, jenayah dsb......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...