Blog Member

Isnin, 2 Januari 2012

Umno yg cuba nk jadi juara 'surau'....cuba baca berita tahun 2007 di Selangor nih

Kuil runtuh, India kecoh. Surau roboh, Melayu buat buat bodoh
December 24, 2007 at 12:43 pm



Baru baru ini wak bertemu dengan saudara rapat, yang rumah nya berada di sekitar seksyen 8, Shah Alam. Bertanya akan wak tentang Surau Ar Rahmah, Seksyen 8/A Shah Alam, surau yang telah ditutup oleh JAIS dan kerajaan Negeri Selangor, angkara sembahyang dua imam. Adakah kemungkinan surau itu akan dibuka? Jawapannya mengecewakan kerana menurut beliau, ianya sudah menjadi kes mahkamah dan setelah dirujuk, sememangnya ianya benar. Ia bakal ditutup terus sehingga kes itu selesai. Melayu bisu, melayu lesu.


Menurut berita yang disebar dan tersebar, surau itu ditutup kerana kebimbingan tentang suasana politik di sana. Menurut saudara wak lagi, surau itu memang di antara surau yang aktif di dalam mengadakan ceramah. Tidak tahu sejauh mana ia menyentuh tentang keburukan sikap pemimpin tetapi apa pun perbicaraan tentang pemimpin dan rasuah, kerajaan mudah terasa.

Campurtangan pihak kerajaan telah menyebabkan penduduk di situ tidak berpuas hati dan terjadilah sembahyang 2 imam. Maksud sembahyang dua imam bukanlah sembahyang yang dilakukan oleh 2 kumpulan di dalam satu masa yang sama tetapi, 2 kumpulan, 2 imam, berlainan masa. Tidak tahu sejauh mana dakwaan ini benar.

Antara kisah yang menarik diberitahu bahawa ada berlaku kematian dan memaksa penduduk di sana mencabut dan mengangkat pagar surau tersebut untuk tujuan memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat. Apabila diketahui oleh pihak kerajaan, mereka telah memaksa mayat dibawa keluar dan pintu pagar ditutup kembali, menyedihkan pagar tersebut telah di ‘welding’ untuk mengelak dari ianya diangkat lagi.

Kisah surau dan tempat Ibadat Islam ditutup dan roboh, sudah menjadi perkara biasa. Namun, di dalam semua tindakan ini, ternyata umat Islam tidak bersatu untuk mempertahankan kedaulatan tempat ibadat. Umat Islam berpecah, ragu ragu dan tidak kurang juga yang tidak perihatin. Kalau hendak dibandingkan dengan penganut agama Hindu, ianya jauh berbeza. Mereka sanggup mati dan bermandi darah kerana mempertahankan rumah ibadat mereka, kenapa tidak umat Islam?

Diantara cerita awal perobohan Masjid adalah di Kampung Bujal, Terengganu, banyak masjid lain turut menerima nasib yang sama. Alasan kerajaan, masjid dibina tanpa kebenaran. Tetapi hakikatnya, kerajaan bimbang masjid dibina atas kewangan rakyat dan ia tidak boleh dikawal sepenuhnya oleh mereka. Kini penyakit roboh tempat ibadat sudah menular ke Selangor dengan alasan, Setinggan Sifar.

Biar apa pun alasan kerajaan, mereka tetap merobohkan rumah ibadat. Namun yang mempertahankan kebanyakan surau dan masjid ini adalah dikalangan penduduk setempat dan beberapa orang kepimpinan parti pembangkang. Kurang iman atau Melayu tidak berminat mempertahankan masjid dan surau? Apa sebenarnya yang telah merasuk bangsa Melayu beragama Islam sehingga kelihatan begitu lesu untuk mempertahankan tempat ibadat mereka?

Usaha merobohkan kuil di Rimba Jaya telah mengundang penganut Hindu datang dari pelbagai arah. Kalau bukan kerana sekatan jalanraya di beberapa jalan menuju ke kuil tersebut, mungkin lebih ramai yang hadir. Kemarahan kaum India tidak boleh dibendung lagi. Sebagai bukti, Samy Vellu yang cuba hadir pada waktu itu telah di herdik dengan perkataan kasar dan lucah sehingga menyebabkan Samy sendiri terpaksa berlalu pergi. Ianya berlaku ketika saat menanti perayaan Deepavali. Sehingga kini kaum Hindu masih berdendam dengan Samy Vellu. Begitulah semangat keagamaan Kaum Hindu di Malaysia. Panas masih membara dan kalau diberikan kesempatan, mungkin Samy Vellu akan diterajang. Keadan yang sama tidak berlaku kepada umat Islam. Kenapa?

Jawapannya cukup mudah. Kaum India berang kerana kuil mereka dirobohkan atas arahan Pemimpin Islam Barisan Nasional. Bila tempat ibadat mereka dirobohkan oleh penganut agama lain, suasana nya sama seperti yang dirasai oleh penganut Hindu dan Islam di negara India. Manakala Melayu lesu mempertahankan tindakan meroboh surau kerana yang merobohkannya adalah pemimpin Islam sendiri. Maka disitulah timbulnya perpecahan pendapat diantara umat Islam di Malaysia.

Peristiwa roboh surau dan masjid tidak berlaku di negara lain. Tiada lapuran tentang perobohan surau dan masjid di Selatan Thailand, Tidak berlaku di Palestine dan dimana mana.Yang paling buruk berlaku di Iraq hanya lah ke tahap memasuki masjid dengan ‘boot’ tentera. Tiada perobohan berlaku secara jelas melainkan pengeboman yang dilakukan di atas alasan memburu pengganas. Amerika tidak datang membawa jentolak dan peralatan semata mata untuk merobohkan masjid. Di Israel pula, tentera Israel tidak merobohkan masjid Al Aqsa melainkan menawannya sahaja.

Dengan ini, Malaysia telah mencipta rekodnya sendiri. Merobohkan masjid dan surau dengan niat. Ia telah lama berlaku sejak pemerintahan Mahathir sehingga sekarang. Kalau tidak dirobohkan, ianya akan ditutup. Ini semua berlaku kerana Melayu tidak kesah apa bakal berlaku, asalkan pemimpinnya Islam dan Melayu. Kalau melayu roboh masjid, Islam tidak kisah dan Kalau Islam robohkan surau, Melayu pun tidak kisah. Buat jahat macamana pun boleh diampun, asalkan pemimpin itu Melayu. Dengan fahaman begini, maka Melayu akan terus jadi lesu. Maka tidak hairanlah kalau kuil runtuh, India kecoh. Surau roboh, Melayu buat buat bodoh.

no2umno

1 ulasan:

  1. Patut buat senarai surau/masjid yang dirobohkan oleh umno selama ni kemudian pamirkan baru depa nak celik sat.

    BalasPadam

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...