Blog Member

Khamis, 5 Januari 2012

Kontrak lounge suit: Panel disiplin DAP siasat Nga

Lee Way Loon
malaysiakini.com 


Pucuk pimpinan DAP telah mengarahkan jawatankuasa disiplin parti itu untuk menyiasat dakwaan salah guna kuasa oleh Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming ketika beliau memegang jawatan ahli exco kerjaan negeri semasa pemerintahan singkat Pakatan Rakyat di Perak.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa pusat di Kuala Lumpur malam tadi, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tan Kok Wai pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu berkata seorang ketua cawangan DAP di Perak telah membuat aduan bahawa Nga telah melanggar disiplin parti.

Selain itu, seorang penulis blog pro-Umno turut menuduh Nga yang juga ahli parlimen Taiping telah mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh menganugerahkan kontrak untuk pakaian lounge suit kepada firma menjahit yang dimiliki oleh isterinya, pada tahun 2008. Nga adalah exco yang bertanggungjawab menjaga kerajaan tempatan.

Beliau bagaimanapun telah menafikan dakwaan tersebut dan memfailkan saman fitnah ke atas penulis blog berkenaan.

Pada mesyuarat malam semlam, Nga, yang juga penolong bendahari kebangsaan DAP, tidak hadir walaupun dilaporkan sebelum ini bahawa beliau akan hadir untuk menjelaskan dakwaan terhadapnya itu.

"Jawatankuasa tatatertib menerima aduan rasmi mengenai perkara ini dan oleh itu siasatan ke atas Nga perlu dijalankan. Beliau tidak perlu memberi penjelasan kepada jawatankuasa pusat," kata Tan sambil menambah bahawa Nga akan disoal semasa siasatan dijalankan.

Beliau berharap siasatan dalam diselesaikan pada minggu depan.
------------------------------------------------------------------
Bancuh : siasat, jangan tak siasat......kalau bersalah, kenakan tindakan yg wajar supaya menjadi satu pengajaran kepada semua pemimpin bahawa PR tidak berkompromi dgn sebarang perbuatan yg dianggap khianat

Tiada ulasan:

Catat Komen

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...