sepanjang hidup aku, ini kali pertama aku dengar satu keputusan Majlis Fatwa dibawa ke mahkamah utk membatalkannya....apakah ini satu perbuatan yg waras???
biarpun tak bersetuju, mahkamah bukanlah jalannya....mahkamah yg sama sekali tidak menggunapakai undang-undang dan peraturan Islam diharapkan utk membatalkan sebuah fatwa yg dibuat oleh orang-orang yang bertauliah dalam bidang masing2....dgn disiplin ilmu para ilmuan dan ulama' inilah, sesuatu fatwa dikeluarkan dgn mengambilkira maslahat umum dan maslahat lainnya...
tetapi, puak2 yg penuh dgn kejahilan ini tanpa punya sebarang sandaran dan hujjah bawa ke mahkamah utk membatalkan fatwa. ini secara tidak langsung juga menunjukkan suatu penentangan terhadap perkenan Kebawah Duli Yang Mulia Tuanku Sultan Kedah yg telah memperkenankan serta telah meluluskan fatwa itu diterbitkan serta dilaksanakan......justeru, aku paling mengharapkan supaya Tuanku Sultan bersuara kerana isu ini telah jelas melibatkan institusi Baginda selaku ketua agama....
mengapa sampai begitu sekali kejahilan puak2 ini ditunjukkan hanya semata2 utk menjuarai politik sempit depa.....
dan apa yg jelas juga, bahawa puak2 ini tidak mengerti peruntukan di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 iaitu satu undang2 di peringkat persekutuan yg terpakai di seluruh negara....kejahilan puak2 ini semakin terserlah dgn tindakan terbaru ini......
katakanlah nanti Hakim yg dipilih utk mengendalikan kes ini adalah seorang bukan Islam....maka apa natijah akan menimpa institusi Islam iaitu Majlis Fatwa sebagai satu badan yg berwibawa dalam menentukan hukum halal haram dsb dalam segala permasalahan yg dihadapi oleh ummat Islam setempat.....
bertaubatlah weii....jgn terlajak diri hanya semata2 nk pertahankan survival politik hangpa sbb itu tak menjamin kedudukan hangpa di 'sana' kelak......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....