Blog Member

Khamis, 5 Januari 2012

Inilah undang-undang manusia!!!! di manakah adilnya

Rakyat Indonesia lambak 1,200 selipar tanda kemarahan
2012/01/05

PALU: Rakyat Indonesia melambakkan lebih 1,200 pasang selipar di pusat pungutan di seluruh negara sebagai tanda sokongan terhadap seorang budak yang dihukum penjara kerana mencuri.

Budak berusia 15 tahun yang namanya tidak didedahkan kerana sebab perundangan, didapati bersalah oleh mahkamah daerah Sulawesi Tengah, semalam kerana mencuri selipar seorang pegawai polis.

Budak itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun tetapi dibebaskan semula untuk diberi kaunseling sahaja.

“Berdasarkan bukti dan keterangan saksi, kami mendapati dia bersalah kerana mencuri," kata hakim Rommel Tampubolon.

“Namun mengambil kira usianya, kami memutuskan untuk menghantar semula kepada ibu bapanya," katanya.

Budak itu bagaimanapun mendakwa dia dipukul oleh polis. 

“Tindakan yang ditunjukkan rakyat dan orang awam ini jelas menunjukkan mereka tidak setuju dengan jenayah yang membabitkan remaja. Namun undang-undang perlu menunjukkan keadilan. 
"Dalam kes ini hanya membabitkan kecurian selipar dan kebetulan ia dimiliki seorang pegawai polis," kata Arist Merdeka Sirait, pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia.

Laporan menyebut, anggota polis termasuk pegawai yang memiliki selipar berkenaan berjaya menahan budak berkenaan sebelum memukulnya dengan teruk bersama dua lagi rakannya.

Anggota polis berkenaan dikatakan turut menuntut agar budak berkenaan menggantikan semula selipar yang dicuri itu. - AFP
------------------------------------------------------------------

Inilah bentuk hukuman dunia.....hanya mencuri selipar, tetapi diberi hukuman yang tidak sepadan dgn kesalahan. bagi aku, ini juga satu bentuk kezaliman undang2 ciptaan manusia yg apabila diserahkan kpd manusia sesuatu urusan, depa tidak menggantungkan atau mengaitkan urusan tersebut dgn Allah swt....

inilah satu contohnya....walaupun kejadian berlaku di Indonesia, tetapi undang-undang manusia di mana pun sama....apa yang sama??? sama kerana tidak mampu memberi sebenar-benar keadilan kpd manusia, melainkan kebanyakannya digubal pada perkiraan manusia yang sebenarnya terhad atau cetek keilmuannya...

tetapi di Malaysia, ada pula yang hanya mencuri RM20 kerana kesempitan nak beli susu anak, dilayan dan dihukum macam penjenayah antarabangsa dgn hukuman yang juga tidak setimpal dgn kesalahan, sedangkan yang kaya raya dan terlibat rasuah berjuta diberikan keringanan hukuman pula. Bayangkanlah, seorang bapa yang terpaksa mencuri akibat kesempitan hidup demi untuk membeli susu anak dihukum dgn penjara yang panjang, bagaimana seterusnya nasib si anak tadi selanjutnya sepanjang bapanya dihukum??? iya, mencuri tetap satu kesalahan....tetapi dalam Islam, untuk menghukum sesuatu kesalahan seperti kesalahan mencuri itu tak semudah yang disangkakan....perlu kpd penyiasatan lain yg berbentuk kebajikan juga perlu diambil perhatian......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...