Blog Member

Isnin, 9 Januari 2012

hukum hakam pun tak reti ka perkasa ooiiii!!!!!

Perkasa adakan solat hajat lepas solat asar!!!!
rujuk berita : mstar.com.my

sedikit petikan berita di atas "KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Jalan Duta selepas Asar pada Ahad bagi memohon tiada kejadian tidak diingini berlaku di ibu kota berikutanperhimpunan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin"

Mgkn dah ramai baca berita ni.....aku cuma nk join sekali ja....

inilah yg bagi aku dan bagi pendapat ramai lagi bahawa perkasa ini ditubuhkan semata2 utk survival politik sempit sesetengah pihak setelah nampak umno sudah tidak lagi mampu menjaga kepentingan Melayu dalam umno.....ianya ditubuhkan sebagai jalan akhir sekiranya umno tewas pada masa akan datang, maka kemungkinan Perkasa akan ditukar menjadi wadah politik menggantikan umno....

walaupun di war-warkan bahawa Perkasa bukanlah sebuah badan berorientasikan politik, tetapi seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa semua tindakan depa bermotifkan politik....mana yg tidak menguntungkan survival politik depa, sama sekali depa tak akan bertindak atau bersuara.....

begitu juga dalam hal ehwal agama....kononnya Perkasa ini ditubuhkan utk memperjuangkan agama Islam...tetapi rupanya lebih indah khabar dari rupa.....pakai segak bergaya, tapi amalan tak seiring dgn kata. buat sesuatu tanpa ada ilmu di dada.....itu yg jadinya....ada ka pulak solat sunat lepas solat Asar.....tok guru mana ajaq depa pun tak tau lah.....ini ka kononnya pejuang Islam sampai hukum dan peraturan ibadat dalam agama sendiri pun lintang pukang....lepas tu, berlagak pandai pulak menuduh orang sesat.....orang jahil mmg tak ngaku jahil, dah tu tak mau terima kebenaran pulak mcm puak2 jahiliah di zaman awal keRasulan Nabi Muhammad.....tapi jahiliah zaman moden ni lagi hebat sbb depa dah lah tak ngaku jahil, pastu tuduh plak org lain yang jahil dan pada masa yg sama......




apa yg patut tambah, hangpa bancuh lah sendiri............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...