Blog Member

Ahad, 26 Februari 2012

umno punya kerja, PAS dapat busuknya!!!!!

klik gambar utk besarkan
aku diminta oleh seorang sahabat utk clarify cerita yg dipaparkan oleh sebuah blog (gambar disebelah) tu....

sumber : SINI

jeng....jeng...aku ni bukan lah penyiasat persendirian.... cuma zaman la ni zaman ICT....hanya sedikit kesabaran dan kepantasan utk sorting maklumat, insyaAllah kita akan dapat gambaran sebenar.....

apa yg dipaparkan oleh penulis dalam blog tersebut adalah merupakan satu tuduhan bahawa YB Nizar yang bertanggungjawab dalam pembinaan tokong2 tersebut....ini kerana tokong2 tersebut terletak dalam kawasan yg diwakili oleh YB Nizar iaitu di Kampung Permatang, Pasir Panjang....dalam DUN Pasir Panjang


antara ayat paling best yg ditulis dalam blog tersebut, iaitu "Agak aneh kerana kawasan berkenaan merupakan kawasan majoriti umat Islam tetapi tidak pula kelihatan masjid yang besar serta berkubah hebat sepertimana Berhala Kwan Ying yang terdapat Kampung Permatang. Bayangkanlah kalau kerajaan Zambry Abdul Kadir membina sebuah masjid besar yang menyaingi pembinaan patung-patung berhala gigantic itu, apakah yang akan dilalakkan oleh Nizar Jamaluddin dan rakan sekutunya seperti Nga Kor Ming dan sepupunya, Ngeh Kor Ham, ADUN Sitiawan?"


so, skrg time utk aku bancuh pulak......
mulanya, mcm biasa.....izinkan aku gelak dulu......hahahahahahahahaha....kalau dah jenis kaki tipu, mmg suka menipu....tak boleh hidup kalau tak menipu......

pertamanya kita guna logik akai dulu....apa yg aku nk bagitau hangpa, memanglah DUN Pasir Panjang diwakili oleh PAS....tapi, dalam bab pembinaan yg macam ni...tak kan lah boleh dibuat tanpa dirujuk dulu kpd Majlis Daerah Manjung dan kelulusan dari kerajaan negeri....dah tu plak, disebutkan dibina dgn menambak kawasan paya bakau...tak kan lah yg dok jaga undang2 alam sekitar dgn mudah boleh lulus kalau ada campurtangan dari Nizar.....itu logik akainya.....

so, apa faktanya??? faktanya iaitu pada asasnya hanya terdapat sebuah kuil kecil saja yg mempunyai dewa bernama Tua Pek Kong (hehehe....jgn tanya aku yg mana 1), kemudian pada satu hari sekitar tahun 1980-an, sebuah patung Kwan Yin dijumpai terdampar di pantai....kuil tu bernama "Kuil Ping Sien Si" dan pada hari ini, terdapat 8 dewa utama depa dan dikelilingi oleh 24 patung lain dgn ukiran yg amat unik...... nota :  pendedahan blogger spt gambar di atas bertarikh 6/2/2012

so...apa benar ini semua kerja buat DAP dan PAS??? apa benar, YB Nizar yg menjadi dalang disebalik semua kerjaan syirik (mengikut hukum Islam) ini??? untuk menjawab soalan ini....hangpa tengok sendiri di bawah ni!!!!


hehehehe.....itu bukti pertama.....jelas sekali siapa yg dijemput merasmikan tokong tu??? cuba tengok, tarikhnya bila??? bukankah tercatat 16/07/2011......siapa MB pada tarikh tu??? kad jemputan di atas tu, aku dapat dari blog Otai Manjung (OM)....juga dalam blog OM, disertakan beberapa video sedang akhbar oleh NGO berkaitan dgn kemusnahan alam sekitar termasuk kemusnahan paya bakau demi pembangunan tokong tersebut.....klik SINI kalau nk tengok

logik akai hangpa pikiaq lah.....kalau ini Nizar punya kerja, tak kan lah Persatuan Penganut Dewa Kuan Ying tu nk panggil Zambry dan Kong Cho Ha mai rasmi.....kalau Nizar punya kerja, dah tentu Nizar pulun minta dia yg rasmi sbb itu boleh menaikkan mileage politik dia di mata kaum Cina.....dan lagi satu....kalaupun Nizar tu ADUN Pasir Panjang, Parlimennya diwakili oleh Menteri Pengangkutan Malaysia.....

then, hangpa baca pulak keratan berita di bawah ni....

klik gambar utk besarkan
cuba tengok kat barisan yg aku dah highlight tu...apa dia tulis??? ditulisnya Kong Cho Ha selaku Menteri Pengangkutan yang juga MP Lumut menyumbangkan sebanyak RM300ribu kpd tokong tersebut....

hangpa tak mau tanya ka, sumbangan tu duit peribadi dia atau duit kerajaan negeri atau duit kerajaan pusat??? tapi, tak kanlah pulak duit Nizar atau duit Ngeh Kor Ham atau Nga Kor Ming!!!!!

berita penuh gambar sebelah tu, hangpa klik SINI utk  baca keseluruhannya....

ok...then mungkin pulak ada yg tuduh kata....mgkn kuil ini dah diluluskan pada masa Nizar jadi MB dulu lagi....hanya baru siap masa BN ambik alih nih.... hehehehehehe......biasa lah puak umno be end nih.... nk pertahan benang basah....depa reka segala macam andaian dan soalan lah.....kalau gitu, hangpa tengok pulak keratan cerita kat bawah ni.....

klik gambar utk besarkan
keratan berita ni aku ambik dari laman Perak Tourism yg dok tengah kempen Visit Perak 2012....

dengan segala hormatnya, sila klik SINI utk paparan originalnya

hehehehehe......cuba hangpa jegei skit biji mata kat bahagian yg aku dah tanda kotak merah tu...apa dia tulis!!!!

dia tulis "The original temple was built many years ago. In early 2011, after receiving much donations from worshippers and contributors here and abroad, a new temple building was erected in replacement of the old one"
kalau dalam bahasa aku, dia tulis bagitau faham mudah iaitu pada awal tahun 2011...setelah cukup sumbangan, kuil baru dibina bagi menggantikan yg lama.....hehehehe.....sumbangan tu mgkn dah bermula sejak lama....tapi sejak 2011 barulah pembinaannya bermula....siapa yg tadbir Perak tahun 2011??? siapa yg luluskan projek pembinaan kuil baru (sedia ada) menggantikan kuil lama berserta tokong dan patung yg ada??? siapa jugak yg meluluskannya dibina dalam kawasan perkampungan orang Melayu dan Islam??? Nizarkah punya kerja?????????

hehehehehehehe.......untuk kesekian kalinya, bagi aku......batu dibaling ke dinding....melantun balik ke batang idung puak umno be end.....kalau depa tak bukak cerita dok tuduh YB Nizar, aku pun tak tau ini cerita....tapi dah dituduhkan....kita pakat tau APA SEBENARNYA CERITA!!!!!! hahahahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...