Blog Member

Rabu, 15 Februari 2012

kerajaan Malaysia iktiraf Israel???


dalam beberapa minggu ini, gegak gempita lah seluruh pelusuk tanah Malaysia yg mengutuk DSAI dikatakan mengiktiraf hak Israel dalam isu konflik Palestin/Israel.....aku sejak mulanya tak mau mengulas ataupun memberikan komen aku sbb aku masih dalam pencarian maklumat berkaitan.....so, hari ini aku rasa maklumat yg ada sudah mencukupi utk aku bancuh sebenar apa yg dimaksudkan.....


mula sekali, aku nk ingatkan hangpa yg baca sini iaitu aku bukan penyokong tegar mana2 individu hatta DSAI sekalipun....aku adalah ahli PAS dan tetap setia dan patuh kpd kepimpinan PAS....cumanya dalam isu ini, setiap dari kita perlu selidik terlebih dahulu asas perkaranya.....

ok....aku nk bancuh begini sajalah....setakat yg aku faham berdasarkan apa yg diucapkan oleh DSAI secara mudahnya boleh dirujuk kpd perjanjian yg dimeterai oleh kedua2 pihak yg dinamakan formula formula "two-state solution" yg dicapai melalui Annapolis Confrence yang diadakan pada 27 November 2007 di Annapolis, Maryland, US....

hangpa boleh baca lanjut mengenai formula tersebut di SINI atau SINI

walaupun Israel tidak pernah mengotakan janjinya, tetapi formula tersebut pada asasnya telah diterima dan disokong oleh kebanyakan negara dunia....dan ini juga yang terkandung dalam ucapan Anifah Aman selaku Menteri Luar Malaysia dalam Persidangan PBB ke 66, 27 September 2011....hangpa tengok screen shot di bawah ni


hangpa klik SINI untuk paparan keseluruhan.....

mudah fahamnya, formula 'two-state solution' tu secara tak langsungnya mengiktiraf kewujudan Israel di samping mengembalikan hak negara merdeka Palestin....dan ini sebenarnya telah menjadi agenda penting oleh PBB dalam menyelesaikan konflik....walaupun pada asasnya kita semua sedar Israel tak pernah menghormati perjanjian yg ada.....selepas sahaja 2 hari George W Bush melawat Israel dalam melaksanakan perjanjian tersebut, Israel telah memutuskan bekalan elektrik ke seluruh Gaza....aku tinggalkan dulu fakta itu utk balik kpd isi tajuk.....

isu pokoknya iaitu apabila DSAI dituduh sebagai mengiktiraf negara Yahudi atau bangsa Yahudi itu sendiri....ok...kita tengok apa yg dia kata...antara katanya iaitu

“Some refuse to recognize the state of Israel,” he said, “but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians.”

ini boleh diterjemahkan spt berikut:
"Ada sebahagian yang menolak pengiktirafan negara Israel. Tetapi polisi kita mesti jelas - menjaga keselamatan (Israel) tetapi mesti mempunyai ketegasan yang sama di dalam menjaga kepentingan orang2 Palestin"

ayat di atas sebenarnya ditujukan kpd pihak2 yg selama ini dok protect Israel, tetapi pada masa yg sama tidak bertegas terhadap kekejaman yg dilakukan ke atas Palestin dan pada masa yg sama tidak membela rakyat Palestin dalam isu2 terbabit......

dan secara keseluruhannya, dalam menangani konflik Palestin/Israel ini....tidak ada jalan lain melainkan dgn kerjasama masyarakat antarabangsa dan hampir kesemuanya juga telah bersetuju dgn formula "two-state solution" tersebut....demi memulihakan terlebih dahulu kehidupan penduduk Palestin, mahu tidak mahu, secara  tidak langsung perlu mengiktiraf hak Israel utk bernegara spt yg dipersetujui dalam formula tersebut.....

cukup takat tu dulu lah kot....nanti aku tambah lagi kalau ada info lain. cuma kesimpulan yg aku nk buat iaitu, dalam apa jua keadaan pun....kita sama sekali tidak boleh redha dgn Yahudi, tetapi dalam keadaan sekarang, mengembalikan tanah air Palestin kepada rakyat Palestin adalah perlu diberi keutamaan utk membina semula kekuatan....

1 ulasan:

  1. Tuan bancuh,

    mohon link sekiranya sudi.
    ini blog saya http://libanglibu.blogspot.com/

    t/kaseh

    BalasPadam

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...