ini berita kata-kata manusia yg mudah lupa tu
klik gambar utk besarkan |
dalam tajuk bai'ah (bai'at) ini, sebenarnya masih terdapat berbilang penjelasan dan kefahaman yg menjadikannya khilaf antara ulama'... ada yg diperbolehkan dan apa yg merasakan ianya tidak bersesuaian...melainkan yang disepakati oleh para ulama' adalah bai'ah kepada ketua negara ataupun yg dinamakan sebagai 'amirul mukminin'...
dalam konteks yg disebutkan oleh TG Presiden PAS adalah boleh aku rujuk kpd satu Hadis yg bermaksud :
"Barang siapa yang mati dan tidak ada diatas pundaknya bai'at maka mati dalam keadaan jahiliyyah". Ketika Imam Ahmad ditanya tentang bai'at ini dia berkata: "bai'at ini adalah bai'at untuk Imam".
Imam yg dimaksudkan pulak adalah merujuk kpd pemimpin yg terdiri di kalangan pemimpin kaum Muslimin sahaja....
begitulah terpesongnya kefahaman TDM terhadap maksud bai'ah yg disebutkan oleh Tuan Guru Haji Hadi. dengan Allah, tidak ada bai'ah atau janji setia dalam konteks kefahaman spt di atas....kita tak perlu berjanji utk setia kerana itu adalah KEWAJIPAN yg telah difardhukan....ikatan antara makhluk dan Allah Maha Pencipta merentasi maksud ba'iah kerana kita makhluk WAJIB taat dan patuh kepada Allah dan tidak sekali-kali menyengutukan Allah dengan lain2....kalau ada bai'ah dengan Allah, maka kemungkinan akan ada bai'ah dgn 'tuhan' lain pulak sbb urusan bai'ah ini bukan sesuatu yg dipaksakan dan masih lagi boleh dibuat pilihan samada ingin berbai'ah atau tidak....sama sekali tidak sama antara hubungan yg ada antara makhluk dengan Allah Maha Pencipta iaitu kita tidak boleh memilih untuk menyembah 'tuhan' lain kerana sememangnya tiada tuhan melainkan Allah.....walaupun syahadah itu nampaknya seumpama bai'ah, tetapi ianya tidak boleh dipanggil bai'ah kerana bai'ah yg dimaksudkan itu adalah urusan manusia dengan manusia (hablumminannas)..
sebagai contoh, pada peringkat awal Saidina Abu Bakar as Siddiq dilantik menjadi Khalifah Islam yang Pertama, terdapat para Sahabat terutamanya ahli keluarga Rasulullah yg tidak datang berbai'ah dgn Abu Bakar, mereka itu termasuklah Saidina Ali, Utbah bin Abu Lahab, Khalid bin Said, Salman al-Farisi, Ammar bin Yassir, Ubai bin Kaab dan Abu Sufian...namun, akhirnya semua depa tu berbai'ah kpd Abu Bakar sebagai Khalifah kecuali Saad bin Ubadah yg tidak berbai'ah hingga ke akhir hayatnya....jelas menunjukkan satu contoh bahawa bai'ah itu bersifat 'sukarela' dan tiada hukuman bagi yg tidak ingin berbai'ah...namun jelas ada hukuman bagi yg melanggar bai'ah.....
aku tak pernah pulak jumpa mana2 penulisan yg merujuk bai'ah itu adalah dari manusia kepada Allah....tetapi banyak Hadis Rasulullah cenderung memberitahu bahawa urusan bai'ah itu adalah di antara manusia....cuma dalam keadaan hari ini, adakah bai'ah itu boleh dilaksanakan??? kalau tanya pada aku, sebenarnya bai'ah itu wujud dalam semua keadaan....cumanya tidak mencapai tahap yg disyaratkan oleh Islam yg boleh dijamin sekiranya berlaku perlanggaran padanya, maka boleh diambil tindakan sehingga dipancung kepala seperti yg disebut dalam satu Hadis Baginda Rasulullah.......
sebelum kita bekerja dengan sesuatu majikan, kita disuruh menandatangani surat yg selalunya dipanggil 'offer letter'...dalam tu dah termaktub beberapa syarat yang perlu dipatuhi dan ianya juga pada kebiasaannya menuntut 'loyalty' dari kita selaku pekerja, begitu juga dalam mana2 persatuan...perlu ada satu ikrar taat setia untuk mematuhi peraturan2 persatuan dan sebagainya.....namun semua ini tidak lah menepati syarat bai'ah seperti yg disyaratkan dalam Islam, cuma berlaku satu asimilasi atau kebaikan yg dicedok dari bai'ah Islam ke dalam janji taat setia kpd majikan atau pemimpin persatuan....yang mengikat kedua-dua pihak di sini adalah melalui janji untuk melaksanakan tanggungjawab masing2 yg mendatangkan kebaikan kepada semua pihak...namun jika ikrar tersebut mempunyai unsur yg dilarang oleh Allah dan Rasul, maka secara automatik ikrar tersebut akan menjadi haram lah pulaknya......
ish.....banyak lah pulak aku bancuh nih.....
ok....skit lagi aku sambung.....walau apa pun, bai'ah yg dimaksudkan sama sekali tidak seperti apa yg difahami oleh TDM dan kefahaman oleh TDM tu bagi aku adalah kefahaman yg jelas menyimpang kerana tiada bai'ah antara makhluk dgn Allah Maha Pencipta dalam ertikata seperti bai'ah antara manusia dengan manusia.....dan bai'ah rakyat dengan pemimpin umno be end yg menjadi pemimpin negara pada hari ini pun sebenarnya tidak boleh dimasukkan sebagai satu bentuk bai'ah yg boleh dikuatkuasakan mengikut perundangan Islam....kalau nk bancuh yg tu....panjang lagi lah.....huhuhuhuhu......
cuma, akhirnya.....aku nk tunjukkan satu bukti yg puak umno ni apabila depa bercakap, akan kembali kena batang idung sendiri.....cuba tengok bukti di bawah ini
klik gambar utk besarkan |
bukan kah itu bai'ah ka??? apa pasai boleh pulak??? hahahahahaha..........melantun-lantun bebalnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....