Blog Member

Ahad, 12 Februari 2012

Mukhriz: Semakin ramai India sokong BN di Kedah. Apa betul????

manek urai by election tuan aziz and mukhriz mahathir bn campaign 070709 06
berita : Mukhriz: Semakin ramai India sokong BN di Kedah
sedutan berita :
Sokongan masyarakat India di Kedah kepada Barisan Nasional (BN) kini dilihat semakin meningkat berikutan langkah BN yang sentiasa membantu masyarakat itu walaupun BN tidak mentadbir kerajaan negeri.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata peningkatan sokongan terhadap BN jelas terbukti dengan kehadiran ramai masyarakat India pada majlis-majlis politik, keagamaan dan adat anjuran BN di negeri ini.
berita penuh : SINI

pertamanya jom kita gelak dulu apa yg dikatakan oleh Mukhriz tu.... HAHAHAHAHAHAHA.....gelak bagi besaq skit


apa sebab patut gelak??? sebabnya paling utama iaitu pada ayat "semakin ramai India sokong BN"....tang ni memang aku nk gelak.....sebelum2 ini, majoriti rakyat India sememangnya tak pernah sokong BN ka??? kalau betoi gitu, maksudnya MIC dan PPP dok buat apa???

untuk pengetahuan hangpa lah....sejak pilihanraya belasan kali yg lalu di Kedah, sokongan kaum India tak pernah berbelah bagi kepada umno dan be end....depa merupakan penyokong setia dan di kebanyakan tempat menjadi sebagai faktor penentu kemenangan calon be end dalam pilihanraya...walaupun ada sesetengah tempat kaum India ni tak ramai, tetapi menjadi penyumbang kepada kemenangan calon umno dan be end....di sesetengah tempat itu pula, PAS cukup amat sukar untuk menembusi dek kerana kekuatan sokongan kaum India....tetapi, pada PRU 12 yg lalu....peralihan sokongan kaum India hanya sekitar <10% sahaja kepada PAS dan rakan sekutu dalam PR (nota - PR belum wujud secara rasmi pada PRU 12) dan masih sebahagian besarnya menyokong umno dan be end

maka, apabila ayat itu dikeluarkan oleh Mukhriz, aku rasa ianya hanya seperti mengetuk kepala sendiri dan cubaan utk menyembunyikan fakta sebenar iaitu semakin ramai orang India menyokong kuat PAS dan PR. aku sendiri pernah berjumpa dgn ramai orang India yg dulunya AJK MIC, AJK PPP dan tak berparti, tp sokong umno be end....tapi sekarang ni berani menzahirkan sokongan kepada PAS dan PR....ada yang mengaku masih lagi mengundi umno dan be end pada PRU 12, tapi kemungkinan besar tidak lagi pada PRU 13.....

sebuah kampung bersebelahan kampung aku merupakan majoriti penduduk kaum India dan ada sebuah sekolah India....di situ, dulunya tak ada seorang pun yang sokong PAS dan undi PAS....tapi sekarang ni, dah makin ramai yg isi borang DHPP dan ada yg dah jadi ahli PKR.....sedangkan dulunya cuma yg depa tau hanya MIC dan PPP.....tinggal lagi depa tak bakaq saja baju MIC dan PPP depa tu sbb depa kata masih boleh pakai kalau umno be end panggil nak bagi bantuan ka hapa......

hahahahaha.....insyaAllah kali ini orang India tidak lagi boleh dibodohkan sesuka suki....ada juga sebahagian kawan2 aku keturunan India yg mengaku terpaksa tukar tempat undi sbb tak mahu mak bapak depa tau depa undi PAS atau PR pada PRU 12 yg lalu....depa sikit saja, so kalau tiba2 ada 4-5 orang undi PAS di kampung aku, orang boleh tau.....jgn silap paham, dalam kerja buat pilihanraya.....orang yang punya kemahiran bermain dengan kedah statistik boleh tahu siapa undi siapa....tak ada rahsia melainkan ianya hanya dirahsiakan saja.....bukan rahsia sebenar rahsia....

berbalik kpd apa yg dikatakan oleh Mukhriz....aku hanya nk ucapkan tahniah sajalah....teruskanlah usaha2 propaganda tuh....sedangkan hakikat sebenar adalah berbeza.....kalau betoi makin ramai kaum India sokong umno be end, herannya jugak sedangkan dulu depa pun tak sokong PAS.....so, yang 'ramai' tu dari kalangan mana??? fikirkan dan selamat beramal......hehehehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...