Blog Member

Khamis, 9 Februari 2012

roboh sekolah agama, tanah dibahagi kpd pemimpin umno....mmg dasar perampas!!!!!

kalau di Kedah, dihebohkan segala macam hujjah berkaitan isu Madrasah Salahiah....tapi dalam isu ini, mana dia puak Perkasa (m), mana dia puak2 NGO mcm JATI, HIMPUN dsb....???? mana???? sembang saja lebih, habuk pun tak dak......konon nk perjuang IMR, yg sebenarnya memperjuangkan kepentingan politik sendiri... kononnya Islam diletakkan di pundak masing2, tetapi sebenarnya hanya utk angkat martabat diri....


berita :
Tapak sekolah agama diberikan kepada pemimpin Umno

KUALA TERENGGANU: Pihak pentadbir Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, Paka Terengganu yang mempunyai 700 pelajar mendakwa pihak berkuasa `merampas’ tapak tanah miliknya dan dibahagikan kepada pemimpin Umno setempat .

Guru Besar Che Wan Mustaffa Che Wan Kaman mendakwa tapak seluas dua ekar itu diberikan kepada pemimpin Umno yang menjadi ahli JKKK.

Berikutan itu, ibu bapa sekolah tersebut akan mengadakan perhimpunan bagi membantah rampasan tanah tersebut, Ahad ini.

“Seekar tanah dibahagikan kepada lima lot dan diberikan kepada pemimpin Umno yang menjadi pengerusi JKKK dan AJK atas nama RTB Kolam Permai mukim Paka.

“Tanah sekolah yang asalnya berkeluasan 15425 meter persegi telah berkurang kepada 6882 sahaja. Lot Tanah telah bertukar dari PT 15024 kepada PT 14863.

“Pelan baru tanah telah menyebabkan sekolah kehilangan dua pintu rumah guru, separuh surau (bahagian belakang), tiga perempat bangunan kantin dan padang sekolah.

“Sekolah juga kehilangan tapak bangunan asrama anak yatim yang dijadualkan dibina pada tahun ini selain tempat parking kereta ibu bapa dan pelawat sekolah,” katanya ketika dihubungi.

Rayu MB campur tangan

Che Wan Mustaffa berkata, yang tinggal apabila tanah kini tinggal tak sampai seekar dan sekolah ini diseliakan dengan sumbangan wang zakat dan derma orang-ramai.

“Sekolah ini juga berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) dan menggunakan kurikulum Kementerian Pendidikan dan mengambil peperiksaan UPSR.

“Kami mendapat kerjasama yang baik daripada pihak Pejabat Pelajajaran Dungun.

“Pelajar mendapat kelulusan cemerlang dengan keputusan 100 peratus pada tahun 2010,” kata beliau ketika dihubungi.

Che Wan Mustaffa berkata, pihak sekolah membantah sekeras-kerasnya rampasan tapak sekolah tersebut.

Pada April 2011, Penguatkuasa Pejabat Tanah Dungun telah datang menemui setinggan berkenaan dan memberi notis pencerobohan tanah kerajaan dan arahan pindah dalam masa 14 hari.

Katanya, pada 6 dan 7 Disember 2011, Pejabat Tanah Dungun telah mengeluarkan dokumen hak milik sementara sebanyak lima lot dengan membuat lot baru atas tanah kami dengan nama RTB Kolam Permai.

“Pengambilan tanah berkenaan sangat mengecewakan kami pihak sekolah dan para Ibubapa. Cadangan membina pusat anak yatim akan terhalang, parking kereta tiada dan menghapuskan segala perancangan atas tanah sekolah berkenaan.

“Kami pihak sekolah akan mempertahankan tanah tersebut dengan menggunakan segala saluran yang ada.Tanah ini adalah Tanah sekolah agama rakyat dan bukan milik individu.

“Saya menyeru kepada semua lapisan Masyarakat Islam yang cintakan keadilan dan penentang kezaliman untuk sama-sama berdoa dan membantu kami mengikut kemampuan yang ada bagi mendapatkan semula tanah berkenaan,” tambah beliau.

Che Wan Mustaffa juga berharap pihak berkuasa termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan mereka yang berkenaan campur tangan bagi menyelesaikan masalah ini.

1 ulasan:

  1. Kalau tak balun harta rakyat bukan UMNO namanya........

    BalasPadam

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...