Blog Member

Khamis, 2 Februari 2012

biar betoi....rumah hanya 1 kipas, 1 TV dan 1 peti ais = bil elektrik >RM1ribu sebulan???

Lim Ah Lek tertekan bil elektrik melambung


AH LEK (tengah) dan Peck Chin (kanan) menunjukkan bil elektrik masing-masing 
sambil diperhatikan Song Tuck di Johor Bahru semalam
JOHOR BAHRU – Seorang warga emas, Lim Ah Lek, 72, mendakwa hidupnya kini tertekan apabila terpaksa menanggung bil elektrik yang tidak munasabah sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Ah Lek, bacaan bil elektrik di rumahnya di Taman Perumahan Rakyat Iskandar di sini berubah secara mendadak sejak meter bacaan ditukar oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa pengetahuannya pada Oktober tahun lepas.

Jelasnya, sejak itu, bil elektrik melambung tinggi sehingga mencecah RM1,092.52 sebulan berbanding hanya purata RM17 sebulan sebelum ini.

Katanya, jumlah tersebut tidak munasabah memandangkan dia hanya tinggal bersendirian dengan memiliki sebuah kipas, televisyen dan peti sejuk dengan penggunaan yang cukup minimum.

Ujarnya, pada bulan Oktober tahun lalu, bil elektrik di rumahnya melambung sehingga RM96 dan dia kemudian menerima notis pemotongan pada bulan Disember apabila bil mencecah RM150.

“Apabila saya ajukan masalah ini kepada pihak TNB, saya dimaklumkan bahawa meter telah ditukar dan saya perlu membayar bil mengikut jumlah yang ditetapkan. Saya akur dan membayarnya.

“Bagaimanapun, bil terbaharu yang saya terima awal Januari lalu menunjukkan jumlah mengejutkan iaitu RM1,092.52. Ia membuatkan saya tertekan kerana tidak ada duit untuk membayarnya,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Biro Aduan Awam Pemuda MCA Johor, Kua Song Tuck di sini semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...