tubuhlah Jati ka Juta ka....tak pun tubuh 'junta'....boh lah apa namanya pun, tetapi bagi aku semakin lama makin terserlah.....apa yg terserlah??? hehehehe....dah tentu isi yg terdedah.....
di Kedah, beras JATI memang terkenal dan kayu JATI memang antara kayu termahal.....tapi, aku tak taulah nk samakan JATI Hassan Ali ni dgn jati yg mcm mana.....
apa yg aku nak bancuh ni, ringkas saja dan berkaitan petikan berita di bawah.....
"Kita adalah kuasa ketiga kalau bertanding pun atas nama kuasa ketiga dan kita tak kisah sama ada kita bertanding bersama atau tidak bersama dengan mana-mana parti politik,"
Ibrahim Ali menubuhkan PERKASA selepas dipecat dari umno....Hassan Ali pulak nk tubuhkan JATI lepas dipecat oleh PAS....manakala Zaid Ibrahim yg keluar dari PKR sblm saja dipecat yg lebih jelas perjuangan dan survival politiknya dgn menyertai AKIM dan kemudiannya ditukar kpd KITA....apa pasai Hassan Ali dan Ibrahim Ali (kebetulan nasab depa sama nama) tak berani bertindak spt Zaid Ibrahim??? aku tak punya jawapannya, tapi hangpa pakat2 pikiaq lah apa agak2 sebab nya.....
dan difahamkan JATI adalah sebuah NGO...tetapi di bawahnya pulak, dia mengulas yg menunjukkan bahawa akan wujud satu kemungkinan depa akan masuk bertanding dalam pilihanraya.....hehehehe....setahu aku, yg dok masuk bertanding dalam pilihanraya ni adalah parti berdaftar....atas nama NGO, rasa aku tak boleh kot!!!
dalam berita tu lagi, disebutkan Hassan Ali masih sayangkan PAS dan cuba utk membantu PAS menghapuskan golongan 'parasit' dalam PAS....hehehehe....kalau Zulkifli Nordin dgn istilah 'firaun kecil' nya, Hassan Ali dgn istilah 'parasit' nya....bagi aku, kedua2 depa ni sama saja....kedua2nya umpama mcm pelita...dok kira nk suluh orang bagi cerah, tp terlupa yg di punggung/kaki depa sendiri gelap gelita...tak percaya, hangpa tengoklah gambar pelita kt sebelah ni....tang mana cerah, tang mana gelap....mmg sesuai sangat lah mcm org tua2 bagi gambaran pelita dgn depa tu.....
tak pa lah, tubuhkan saja JATI tu....aku doakan semoga maju jaya.....cuma cadangan aku, lebih baik tubuh sebuah parti dari tubuhkan NGO.....sekurang-kurangnya aku tabik kpd Zaid Ibrahim sbb mampu mengurus tadbir sebuah parti dan sikit sebanyak terbukti dirinya sebagai ahli politik yg punya 'political direction' yg jelas dan nyata.....tapi Hassan Ali??? masih dok merawang cari tapak utk berdiri......
konon nk jadi kuasa ketiga.....hahahahaha.....orang dah cakap lama dah bab kuasa ketiga nih....RPK sejak awal lagi dah mulakan kempen kuasa ketiga sebagai kuasa pengimbang dan penentu kpd BN dan PR...tapi aku nk tanya lah pulak....siapa pulak nk jadi kuasa pengimbang kpd 'kuasa ketiga' nih??? cheh, kononnya mcm nk jadi pengadil dalam satu perlawanan lah....hahahaha....yg depa tak sedaq iaitu pengadil lah paling kuat rasuahnya.....biasanya org yg bertaruh saja dok rasuah pemain utk menang atau kalah....tapi semua org boleh merasuah pengadil utk berlaku adil atau sebaliknya....pada aku lah, kuasa ketiga ni sebenarnya lebih berbahaya sbb kebanyakannya jenis tak berpendirian dan rapuh pegangan.....bila2 masa boleh melintuk ke kiri atau kanan.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....