Blog Member

Rabu, 1 Februari 2012

hero penyelamat sudah sampai ka apa???

NONE

petikan dari berita :
"..........Datuk Raja Rezza (kanan) berkata 61 helai pakaian yang dibeli di pusat membeli-belah Carl Kapp di Paddington, Sydney, Australia, baru-baru ini sebenarnya adalah stok atau bekalan untuk sebuah kedainya di London.

Ditanya jika pakaian berkenaan termasuk pembelian daripada Rosmah, Raja Rezza berkata: "Ya, ini adalah stok bagi kedai saya di London yang akan menjadi platform kepada pereka daripada pelbagai latar bangsa dan agama dari seluruh dunia."


Aku tak mau lah komen lebih....cuma yg musykilnya, isu dah berminggu-minggu duduk dalam carta isu terkini dan sensasi....baru hari ini ada orang nk back-up.....aku nampak mcm ada yg tak kena....hehehehe....nampak mcm nk jadi hero selamatnya heroin dalam cerita hindustan....last minit baru hero sampai setelah menempuh perjalanan yg sukar dan jauh.....hahahahhaha

awat yg ambik masa lama sangat tu??? dok bertapa ka apa??? hahahaha.....kes cincin permata hari tu berbulan juga dok dalam carta....last-last ada hero tolong jawab "dibawa masuk utk pertunjukan"...herannya sampai hari ini pertunjukan dibuat entah di mana!!!! tup-tup disebut pulak dihantar balik ke tempat asalnya....hahahaha.....dah tu, yg awai jawab beli dgn duit simpanan tu kok mana pulaknya???? penin aku penin....

dah lah aku banyak hari dah tak boleh motong (menoreh) getah sbb hujan tak turun....baca berita ni, lagi tambah penin aku....hangpa jgn silap, orang lain motong getah time tak hujan....aku ja motong getah time hujan turun....special skit pokok getah aku tu....hahahahaha....ada orang kata kt aku "kalau nk menipu pun, agak2 laaaaa!!!!!"

entahlah, aku tak tau nak kata....dan tak harapkan betoi atau salah....masing2 kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak....pakat jawab ambik lah masing2 punya....masa tu dah tak ada siapa nk back-up tolong jawab....masing2 sibuk dgn amal perbuatan sendiri

berita penuh : malaysiakini.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...