Blog Member

Isnin, 13 Februari 2012

dah pencen, baru berani kata!!! amalan keadilan di Malaysia.....


berita : Badan kehakiman takut disebabkan Dr M, kata bekas Ketua Hakim


berita penuh : klik SINI

sedikit petikan berita :
KUALA LUMPUR, 11 Feb — Bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Hakim yang bersara itu menegaskan, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaidin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman.”

dah jadi macam satu trend atau corak keadilan di Malaysia....bila dah resign, pencen atau bersara dari perjawatan....baru lah berani nk cakap atau tegur atau dedahkan benda yg sebelum ini tak pernah didengar di telinga ataupun mengiyakan pandangan kritis sesetengah pihak....masa hangpa dok dalam perjawatan dulu bukan main pertahankan, bukan main tak mengaku kalau ditanya....tak berani nk jawab walaupun berbeza sepatah dgn pemerintah....bagi aku, semua manusia jenis ini adalah manusia yg tidak punya integriti, korup dan lemah akal dan budi......puak2 ini juga tak lebih sebagai tukang tokong tambah menyakitkan hati dan adalah lebih baik hangpa yang sejak dulu diam teruskan diam sampai mati.....

dah berpuluh tahun orang dok berjuang ketidak adilan yg berlaku, kemusnahan dalam bidang kehakiman dan hakisan kepercayan serta keyakinan terhadap insitusi keadilan negara....tapi hangpa diam seribu bahasa demi menjaga status dan pangkat......

aku tak bercadang nk bancuh mengenai isi yg diperkatakan....tetapi lebih kepada mempersoalkan mengapa baru hari ini hangpa nk bersuara setelah tidak lagi ada dalam perkhidmatan??? adakah baru hari ini hangpa sedar??? tidak keterlaluan jika aku katakan, manusia2 seperti ini tidak layak diberi sebarang penghormatan kerana sejak dulu depa sanggup menggadai prinsip kebenaran dan keadilan demi kedudukan dalam perkhidmatan.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...