Blog Member

Rabu, 22 Februari 2012

22 Tuntutan terhadap Kerajaan Negeri Kelantan oleh TUKAR

berita : NGO TUKAR tuntut K'jaan PAS K'tan tunai 22 janji
berita penuh : SINI

petikan berita : "Semua tuntutan tersebut akan diserahkan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat ini dan jika masih gagal menunaikan janji, kami bersepakat memberi mandat kepada BN dalam pilihan raya umum ke-13 nanti,"

petikan di atas adalah diucapkan oleh Pengerusi Gerakan TUKAR, iaitu sebuah gabungan NGO di Kelantan yg menuntut Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan PAS melaksanakan 22 tuntutan depa...jika tidak, kononnya depa akan bagi mandat kpd BN pada PRU 13 nanti.....


hahahahaha.......aku dah tengok sikit sebanyak isi kandungan tuntutan depa tu...bagi aku, apa yg depa tuntut sebahagiannya tu tidak berpijak di bumi yg nyata dan hanya membuat gimik politik semata2....gabungan NGO yg diberi nama TUKAR ni kalau nk diikutkan faham cara umno sebenarnya boleh dikira gabungan 'haram' mcm BERSIH lah jugak....kalau BERSIH dikira sebagai gabungan haram, maka gabungan TUKAR ni pun sebenarnya gabungan haram......tapi, kalau puak2 depa yg buat, tambahan lagi pulak digunakan untuk menentang PAS, terus jadi tak haram......pelik bin ajaib sama sekali

berkenaan dgn isi tuntutan tu....antaranya menyebutkan iaitu wakil rakyat mestilah di kalangan anak tempatan.... hehehehe....apa jenis tuntutan sebenarnya ini??? macamlah umno be end tak pernah letak calon bukan dari anak tempatan....bukan saja di Kelantan, malah di seluruh negara keadaan ini berlaku dan bukan hanya di pihak PAS, malah di pihak umno be end juga berlaku.....kalau nk tuntut pun, biarlah adil pada semua pihak.....tuntutan terhadap PAS, konon kalau PAS tak laksana...depa akan ubah kpd umno be end....hahaha... nampak jelas jalan politik depa....

dan lagi, depa menuntut supaya Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dilaksanakan.....tuntutan ini lagi lah tak berpijak di bumi yg nyata....adakah kalau depa ubah bagi kpd umno be end, Enakmen yg telah diluluskan itu akan dilaksanakan oleh umno be end??? jauh langit dengan bumi lah nampaknya..... 

NGO itu juga menegaskan supaya Kerajaan Negeri Kelantan berhenti menyalahkan pihak lain di atas kegagalan melaksanakan enakmen tersebut...... ini satu statement yg menunjukkan kedangkalan diri sendiri nampaknya.....ini bukan soal menyalahkan orang lain atau pihak lain, tapi dah memang itu keadaannya... keadaan yg ada yg menghalang dari ianya dilaksanakan...jika pun Kerajaan Negeri nak menguatkuasakan enakmen tersebut, PDRM di bawah Kerajaan Persekutuan mau bagi kerjasama ka??? hakim mahkamah mana yg berani utk bicara guna mengikut enakmen tersebut selagi tidak ada kelulusan di peringkat persekutuan.....bukan PAS yg mencipta suasana dan keadaan, tetapi umno lah yg sebenarnya menyebabkan keadaan tersebut wujud......kalau nk jugak dilaksanakan, patutnya puak TUKAR ni kena tukar pemerintah di peringkat Persekutuan utk bagi ruang kpd Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan apa yg telah diluluskan....itu baru betul....

banyak lagi lah tuntutan yg lain tu yg tak perlu aku nk bancuh satu persatu....cukuplah bagi aku, beberapa tuntutan yg aku sebutkan di atas sebenarnya adalah bercirikan politik umno be end....cumanya dibuat atas nama NGO supaya nampak macam rakyat bersama dgn depa.....dan lagi, aku rasa orang yg konon nk 'TUKAR' bagi mandat kpd be end tu sebelum ni tak pernah pun mengundi PAS....so, sebenarnya tak ada yg bertukar pun....kalau lah ramai di kalangan ahli NGO tu pro PAS sebelum ini, dah lebih heboh dah....

1 ulasan:

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...