Blog Member

Selasa, 7 Februari 2012

stok 'kupang tembaga' semakin meningkat!!!!!!

orang utara cukup paham lah kalau aku sebut 'kupang tembaga'.....apa itu kupang tembaga? kupang tu sejenis nama matawang yg digunapakai di utara dan tembaga tu adalah tembaga lah....tapi bila digabungkan keduanya, jadilah 'kupang tembaga' yg membawa maksud lebih kurang 'dua2 belah tak mau guna'....aku bukanlah pakar bahasa.... hehehehe....umno yg selama ini dok berkawan baik dgn MIC pun perlukan pakar bahasa hanya untuk terjemah ayat untuk buat banner.....apatah lagi aku.....hahahaha....


mudah pahamnya, kupang tembaga tu tang mana pun tak laku....sebelah kanan pun tak laku, sebelah kiri pun tak laku.....

apa kaitannya??? hahahaha.....ini berita terbaru yg aku terima iaitu dua orang pemimpin KITA dipecat dari parti...yg sorangnya tu adalah bekas setiausaha PKR Kedah dan lagi sorang iaitu ahli parlimen lompat....

so, apa kaitannya dengan 'kupang tembaga'??? hahahaha....ni lah yg aku boleh masukkan sebagai stok 'kupang tembaga' yang baru....dari satu parti, melompat ke satu parti.....kemudian lompat lagi...kali ini pulak dipecat oleh parti......

berita ini disahkan melalui siaran media di SINI
aku petik sikit beritanya supaya mencerahkan suasana, tapi aku malas nk translate sbb panel pakar bahasa aku sedang bercuti.....hahahahaha
KUALA LUMPUR, Feb 7 — Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA) today announced the sacking of two state chapter chiefs with immediate affect, accusing the duo of committing “gross violations” against party discipline.

The duo — Penang chief and central executive committee (CEC) member Tan Tee Beng and Kedah chief Zamil Ibrahim — were dismissed following a unanimous decision made during the party’s disciplinary board meeting held yesterday.


depa dipecat serta merta kerana melanggar disiplin parti dan dipecat pulak dengan keputusan 'sebulat suara' oleh jawatankuasa disiplin parti KITA.....

bagi aku, memang elok lah tindakan tu......sebagai pengajaran kepada yang lain iaitu jangan dok ambik jenis kupang tembaga masuk parti dan terus bagi jawatan tinggi.......kalau yang tak jenis kupang tembaga pun, kena ada kekuatan dalaman yg tinggi....kekuatan luaran tak begitu penting sangat berbanding kekuatan dalaman.

ketua KITA Kedah yg dipecat tu baru sehari lepas ajak Hassan Ali menyertai dan menerajui KITA seterusnya mendesak Zaid meletak jawatan dan bagi laluan kpd Hassan Ali....walaupun ianya ditolak oleh Hassan Ali, tetapi satu tamparan juga sbb Hassan Ali kata KITA tak seiring sejalan dgn perjuangannya....so, aku cadangkan Zamil pi join JATI sbb JATI bakal diketuai oleh Hassan Ali...maka tercapai lah cita2 utk berketuakan Hassan Ali.....Tan Tee Beng pun kalau nk join JATI, aku rasa mungkin diperbolehkan.... hahahaha.....tak pun, join PERKASA sbb depa dah nampak mesra dgn masyarakat Cina dan depa dah tentu perlukan seorang jurutunjuk adab dan budaya masyarakat Cina supaya kes 'angpau putih' tidak berulang....

dan di sebalik pemecatan itu, aku rasa lebih memudahkan KITA yang diterajui oleh Zaid samada mahu terus bergerak ataupun bubar seperti yg dicanangkan sebelum ini.....semoga Zaid dan KITA nya maju dan berjaya bubar atau bersama PR membawa aspirasi rakyat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

sapa-sapa pun boleh komen...tapi yang berkaitan sahaja...
nak ceghita pasai MLM tang ni, boleh blah...dan kalau dah komen tu, tlg lah boh nama...nama pendek ka, panjang ka...nama penuh ka.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...